Tingkatkan Selera Makan dan Berat Badan Anak dengan Mealshake

Memang buntu kadang kadang kalau selera anak sering berubah-ubah. Kejap nak makan, kejap tak nak. Kejap nak sayur, kejap tak nak. Alah, kita masa kecik-kecik pun macam tu jugak. End up besar reti pulak makan ulam segala, reti pulak segala sayur telan semua. Hehehehe . 

Walaubagaimanapun, disebabkan anak-anak ni sedang membesar, maka pemakanan mereka tak boleh dipandang enteng. Justeru pemakanan yang sihat amat perlu untuk membantu mereka membesar sihat dan pintar.

Saya pon mengalami masalah yang sama, anak saya sangat cerewet bab makanan. Boleh dikatakan kalau makanan tu tak bekenan dihatinya dan tak menepati selera dia..alamatnya habislah bertaburan macam peluru hidup dalam rumah sisa makanan tu.

Adakah anak anda cerewet dalam pemakanan?

Anak selalu menolak makanan yang diberi?
Berat badan si anak tidak meningkat?

Senang dijangkiti penyakit? 



Kadang-kadang kita sebagai ibu selalu pening kepala kan bila melayan karenah anak yang taknak makan. Takpun, cerewet dan memilih makanan..itu taknak..ini taknak...cabaran..cabaran...


Apakah tanda-tanda anak anda seorang atau cerewet makan?


1. Bila anak hanya makan satu/dua jenis makanan atau kumpulan makanan tertentu sahaja.



2. Bila dia menolak smeua makanan berwarna hijau dan apa2 yang kelihatan mcm sayur-sayuran.


3. Bila dia hanya mengambil makanan berperisa manis atau masin sahaja


4. Bila si anak mudah terganggu dan lebih berminat untuk bermain dari makan. 


Jika ciri ciri di atas ada pada anak anda, itu lah tandanya dia seorang cerewet makan . Dan ibu bapa patut risau bila keadaan ini berlaku kerana jika dibiarkan lama kelamaan anak anak akan mendapat kurang nutrisi dalam diet harian mereka.




Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak

Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ''tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. 

Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Menjejaskan kecerdasan otak
Mengganggu pertumbuhan fizikal
Mengganggu perkembangan kanak-kanak 
Mudah dijangkiti penyakit 



Tips Penyelesaian untuk Anak yang Susah Makan 

1. Cari Tahu Penyebabnya

Penting untuk difahami bahawa untuk membuat anak kurus menjadi gemuk, sangat bergantung pada penyebabnya. Bila lantaran penyakit, ya, perlu diubati dulu penyakitnya. Umumnya selepas sembuh dari penyakit, nafsu makannya akan bertambah baik sehingga ia tak sukar makan. Selain itu berilah nutrisi yang baik agar berat badannya bertambah. 


2. Berikan Anak Pengambilan Pemakanan Seimbang 


Bila anak kurus bukan lantaran penyakit, maka untuk membuatnya menjadi lebih berselera adalah dengan menganalisis diet makannya. Tentu dengan menu pemakanan seimbang. Apakah pengambilan makannya sehari-hari sudah memenuhi keperluan mengikut umur dan aktivitinya. 

Jika anaknya termasuk aktif, maka pengambilan makanan perlu lebih banyak secara kuantiti. Bila berat badannya tak meningkat bermakna pengambilan makanan tak memenuhi keperluannya. 


3. Atur Jadual Makan Anak 

Dalam hal jadual makan harus diperhatikan waktunya. Ingat, perut anak kosong setiap 3-4 jam. Kerana itu biasanya pemberian makan kira-kira 7 kali sehari yang terdiri 3 kali makanan padat dan selebihnya nutrisi tambahan untuk anak usia 1 tahun ke atas. 

Jadi jangan  dipaksa makan setiap jam, padahal belum waktunya makan. Cara pemberian makan juga penting, anak tak boleh dipaksa.Contohnya, pada anak tempoh 6-9 bulan, tempoh kritikal di mana kanak-kanak belajar menyelaraskan otot-otot menelan dan mengunyah. Sehingga bila diperkenalkan makanan padat, pada umur-umur sekian si anak dimuntahkan kembali. 


4. Berikan Pemakanan Tambahan Terutamanya Protein  

Selain itu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak kecil agar ia dapat tumbuh sihat dan kuat. Salah satunya adalah protein . Protein  adalah nutrisi yang sangat penting yang diperlukan setiap sel dalam tubuh anak untuk pertumbuhan atau pembaikan.

Umumnya masalah pemakanan yang dialami anak-anak bukan hanya disebabkan oleh pengambilan protein yang kurang, tetapi juga kerana zat pemakanan yang berjaya dibawa oleh darah sangat sedikit, sehingga tidak boleh memberi nutrisi pada sel. Kes seperti ini sering dijumpai pada anak-anak yang mempunyai kebiasaan makan banyak dan cukup berkhasiat, tetapi pertumbuhannya sangat lambat. 

Banyak ibu yang  mengaitkan lambatnya pertumbuhan anak dengan gejala cacing. Padahal, punca utama adalah kerana kekurangan protein. Kekurangan protein menyebabkan zat pemakanan di dalam darah tidak dapat disalurkan dengan baik ke sel-sel tubuh yang memerlukan. Kekurangan pemakanan seperti ini pun memberi kesan terhadap penurunan daya kekebalan tubuh, sehingga anak mudah sakit. 


Bagaimana Mealshake Membantu Meningkatkan Selera Makan Anak 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  
Meal Shakes
544 gram


Shaklee Meal Shakes sesuai untuk anak anda yang kurang selera makan! 

Yang seronoknya, Shaklee Meal Shakes bukan hanya untuk kanak-kanak. Malah orang dewasa pon boleh. 

Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 




Mealshake juga mempunyai faedah berikut:
fussy eater, cerewet makan, anak susah makan, mealshake shaklee, kelebihan mealshake shaklee

Pertama, untuk kecantikan kulit.
Selain menambah selera makan, mealshake kaya dengan protin yang menyihatkan sel-sel dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat. 

Kenapa protin penting?

❎ berfungsi untuk membina sel baru
❎ menggantikan sel rosak atau sel yang telah mati
❎ membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot. protin
❎ mensintesis hormon bagi koordinasi badan
❎ tingkatkan antibodi bagi pertahanan badan.


  Kedua, untuk mengurangkan masalah sembelit  
Untuk satu bahagian mealshake, terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam usus (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit kerana kurang selera makan. 

 
Ketiga, untuk antioksida.
Disebabkan mealshake mengandungi vitamin A, C, E, selenium, maka keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada mealshake. Antioksida penting bila mana badan kita mempunyai radikal bebas.

 
Keempat, untuk bantu anak lebih fokus. 
Mengandungi 12 Vitamin & 11 mineral penting dalam menambah selera makan anak. Bagi setiap satu hidangan, anak akan mendapat vitamin keperluan harian yang mencukupi.Anak-anak dan remaja yang sedang membesar tetapi tiada selera makan sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik seterusnya menambah selera makan mereka.

 
 Mealshake tidak sesuai diberikan kepada anak yang berumur kurang dari 1 tahun kerana kerana terdapat mineral dan nutrien yang menyebabkan buah pinggang mereka terbeban, seperti protein, garam, fosforus dan kalium berlebihan. 


Testimoni Pengguna

Mari kita tengok testimoni mereka yang berjaya menambah selera makan anak

# Testimoni 1






# Testimoni 2







# Testimoni 3



Sukatan Pengambilan Meal Shakes

>> Kanak-kanak 1-4 tahun : 1/2 sudu teh sehari


>> Kanak-kanak 4 tahun ke atas : 1 sudu teh sehari



Cara Membancuh Meal Shakes yg paling senang untuk anak-anak saya adalah dgn mencampurkan Mealshake  itu ke dalam susu atau minuman mereka!







------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.


------------------------------------