Anak-anak harus dilatih berpuasa seawal mungkin. Meski begitu, latihan puasa bagi anak-anak tentu tidak seperti puasa pada orang dewasa. Mengajarkan puasa pada anak harus dengan pendekatan, sebab kekuatan anak-anak tentu berbeza dengan orang yang sudah dewasa.
Pada usia 5 hingga 7 tahun, anak-anak masih dalam proses membesar dan berkembang. Ketika anak berlatih puasa sebaik-baiknya orang tua juga mengingatkan hal ini. Pada usia ini, anak-anak masih memerlukan pengambilan nutrisi , rehat dan tidur yang cukup.
Kegiatan berpuasa bagi anak-anak yang belum dewasa hanyalah sebuah latihan. Tujuannya adalah agar anak terbiasa dengan keadaan ini dan akrab dengan aktiviti beribadah. Jadi, latihan puasa bagi kanak-kanak bukan merupakan hal yang final sehingga perlu fleksibel dengan umur kanak-kanak, keadaan, dan keadaan psikologi.
5 DUGAAN terbesar dalam mendidik anak berpuasa
(1) mengejut anak untuk bangun sahur.
(2) menggalakkan anak untuk makan sahur, dan mengelakkannya tertidur di meja makan.
(3) mengajar anak cuba bersabar & bertahan dari godaan untuk makan dan minum, hatta meminta secawan susu.
(4) kerisauan samaada anak mendapat zat & nutrisi sepenuhnyasepanjang berpuasa.
(5) takut anak dehidrasi akibat kurang air di dalam badan.
10 Tips Melatih Anak Puasa
Bagi para orang tua, kadang-kadang menemui kesulitan untuk mengajar anak berpuasa. Jangan bimbang. Berikut adalah tips mengajar anak berpuasa sejak awal yang boleh anda dan buah hati lakukan bersama-sama:
#1 : Jelaskan apa itu puasa
Memberi pemahaman tentang pentingnya puasa Ramadhan. Sebaiknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan. Gunakan kata-kata yang jelas, bahasa yang sesuai dengan umur anak.
Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Jelaskan pula tentang keutamaan orang yang melakukan ibadah puasa, dan apa akibatnya bagi orang yang tidak berpuasa.
#2 : Belajar Puasa Secara Berperingkat
Untuk anak-anak, melaksanakan puasa penuh tentunya tidak mudah. Anda boleh mengajarkan puasa dengan cara beransur-ansur. Misalnya, latihan untuk makan hanya di saat lapar dan tidak sampai kenyang atau puasa setengah hari hingga Zuhur. Jika anak sudah terbiasa, ia akan kuat berpuasa sampai maghrib.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Pena diangkat dari tiga orang: orang yang tidur hingga bangun, anak kecil hingga baligh, dan orang gila hingga sedar." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Sehingga dalam kita melatih anak semenjak awal untuk berpuasa ini boleh kita lakukan secara beransur-ansur. Sehingga ketika sang anak telah mencapai usia baligh, mereka boleh menjalankan kewajiban berpuasa Ramadhan
#3 : Ajar Anak untuk Bersahur!
Menetapkan masa tidur si kecil agar memudahkan mereka bangun sahur. Ajaklah anak-anak kita sahur bersama keluarga, ini untuk membiasakan diri agar mereka dapat memahami waktu sahur.
Pastikan anak untuk selalu melakukan sahur agar mendapatkan sumber tenaga. Buatlah suasana semasa sahur menyenangkan buat anak kerana pada masa ini anak masih terasa sangat mengantuk.
#4 : Jauhkan Godaan
Jangan meletakkan makanan atau minuman secara terbuka di hadapan anak.
#5. Melibatkan Anak Secara Langsung
Mengajak si kecil untuk mempersiapkan makanan semasa berbuka dan sahur atau mengajak tarawih bersama boleh menjadi cara melibatkan kanak-kanak secara langsung untuk memberi makna kepada bulan suci ini.
#6 : Aktiviti yang Menyeronokkan
Ajaklah anak melakukan aktiviti alternatif yang bermanfaat untuk mengisi masa puasa agar anak lupa terhadap rasa lapar dan hausnya. Boleh juga mengajak anak untuk melaksanakan hobinya. Mungkin dengan melukis atau membuat kraf tangan yang disukai kanak-kanak.
#7 : Berbuka Dengan Makanan Kegemarannya
Buatkan anak menu kesukaannya untuk makanan sahur dan buka puasa . Tanyakan padanya apa yang dia ingin makan saat sahur dan buka.
#8 : Motivasi
Beri motivasi kepada kanak-kanak. Misalnya, puasa selama tiap 3 jam. Jika mereka tidak tahan, maka biarkan dulu mereka makan. Lalu disambung lagi. Di samping pujian berikan hadiah untuk menambah semangat si kecil dalam melaksanakan ibadah puasa.
Dalam al-Quran telah dijelaskan mengenai hal ini yaitu dalam surat al-Baqarah ayat ke 286 yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
Gunakan Carta Ramadhan seperti :
Sampai pukul berapa adik berpuasa? (Klik untuk zoom) |
Carta Ibadat Semasa Ramadhan (Klik untuk Zoom) |
#9 : Sahur yang Bernutrisi
Anda harus memastikan anak makan makanan yang cukup dan berkhasiat semasa sahur. Menu makanan sahur dibuat sesuai dengan kesukaan anak , tentunya dengan mengutamakan kandungan gizi, karbohidrat dan nutrisi yang cukup. Ini untuk merangsang anak untuk mahu makan sahur
#10 : Wujudkan Persaingan
Strategi lainnya agar anak semangat berpuasa adalah dengan membuat
persaingan sihat kepada anak. Cara ini efektif jika anak memang memiliki teman sepermainan (teman di rumah atau sepupu yang seusia) yang juga
berpuasa dan tarawih.
Selamat melatih anak berpuasa.
Vitamin Yang Membantu Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa
Di Shaklee, kami mempunyai set pemakanan tambahan yang sesuai diberikan untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa, iaitu Set Mighty GemSupplement ini sesuai untuk seisi keluarga , bukan hanya pada anak je
- Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan protein & fiber.
- Sesuai bagi anak yang sukar menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan .
- Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anak anda rasa kenyang lebih lama.
- Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anak anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
- Mengelakkan anak mengalami dehidrasi. PD berfungsi untuk mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
- Setelah berbuka pula,PD bantu anak anda untuk menambah semula tenaga. Pasti si kecil akan kekal ceria sepanjang Ramadhan jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur.
- Rasa Oren yang menyegarkan!
- Anak kekal bertenaga sepanjang hari.
- Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
- Untuk rasa yang sedap, bancuhkan sesudu teh ESP dengan susu coklat kegemarannya.
Alhamdulillah, syabas adik Faris!!! ^_^
Namun, perlu diingatkan bahawa kesannya berbeza bagi tiap individu. Dan, bagi ibu bapa yang tidak memberikan apa-apa suplemen kepada anak, pastikan anda sentiasa monitor keadaannya, terutama Dugaan No. (5) di atas - dehidrasi melampau kepada kanak-kanak boleh mengundang bahaya.
Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang masih mencari suplemen untuk anak-anak sepanjang bulan puasa ini, boleh lah mencuba dua pemakanan tambahan yang kami cadangkan ini.
Menariknya, kedua-dua suplemen ini juga boleh di ambil oleh ibu bapa juga, agar badan lebih bertenaga di dalam menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan ini. Insya Allah.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.
---------------------------------