Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.
Ibu ibu yang ingin dan berazam menyusukan anak sehingga 2 tahun dan buntu mencari jalan penyelesaian nya, anda boleh mencuba set penyusuan shaklee untuk menggalakkan pengeluaran susu badan, walau bagaimana pon anda tak digalakkan bergantung 100% dengan set penyusuan ini . Maksud saya, jika anda ambil set penyusuan ini, tapi culas untuk menyusukan bayi..ia tak memberi kesan untuk anda dan bayi.
Disini saya terangkan fungsi setiap vitamin yang terdapat dalam SET PENYUSUAN SHAKLEE :
Ibu ibu yang ingin dan berazam menyusukan anak sehingga 2 tahun dan buntu mencari jalan penyelesaian nya, anda boleh mencuba set penyusuan shaklee untuk menggalakkan pengeluaran susu badan, walau bagaimana pon anda tak digalakkan bergantung 100% dengan set penyusuan ini . Maksud saya, jika anda ambil set penyusuan ini, tapi culas untuk menyusukan bayi..ia tak memberi kesan untuk anda dan bayi.
Disini saya terangkan fungsi setiap vitamin yang terdapat dalam SET PENYUSUAN SHAKLEE :
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
Kenapa Set Penyusuan Shaklee begitu Istimewa dan Menjadi Pilihan Ramai Ibu-Ibu?
Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2.
Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN.
1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.
2. Si ibu memasttikan pengambilan air yg seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari
3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dlm menjayakan penyusuan lengkap buat si kecil.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.
Budget saya kurang Perlukah ambil 1 SET LENGKAP ?
Ini adalah cadangan untuk penyusuan ,tak perlu ambil kesemuanya atau satu set tapi ia bergantung pada budget anda :).Insyaallah sy akan mencadangkan vitamin penyusuan yang sesuai dengan budget anda. Budget terendah adalah serendah bawah RM50!
Tapi jika anda mempunyai budget yang lebih, saya sangat galakkan Set lengkap penyusuan ,dengan hasil optimum dan sangat memuaskan .Kesannya bukan hanya pada bayi,tapi juga apa ibu menyusu itu sendiri
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------