Cepat Letih dan Kelesuan Semasa Hamil

Biasanya,ibu mengandung tak boleh lari dengan masalah cepat penat dan letih . Pastinya anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. 

Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan ditambah pula dengan masalah alahan (morning sickness), banyak angin dalam badan dan banyak lagi masalah lain semasa hamil



Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. 

Tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau; bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden:




Sebab dan punca berlakunya masalah cepat letih dan kelesuan semasa hamil

  • Tidur yang tidak cukup – disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.

  • Tak cukup tenaga – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.

  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untuk mengharungi kerja harian yang perlu disiapkan. 

  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja. Apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low). Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan

** Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g. 



  • Gangguan Emosi – Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi.Perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan. 

  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasa dehidrasi Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.



** Ada beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil yang disarankan :

Antaranya ialah :
  1. Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi  
  2. Minum sebelum rasa haus.
  3. Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.
Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya. 


    Vitamin Shaklee Yang Membantu Atasi Masalah Kelesuan dan Cepat Letih Semasa Hamil

    Untuk ibu ibu mengandung yang sering merasa keletihan dan cepat penat, saya cadangkan Energizing Soy Protein yang sangat membantu si ibu, antara khasiatnya adalah :

    • Mampu kurangkan letih si ibu hamil, tapi juga mampu membantu ibu mengandung kekal bertenaga sepanjang hari. Bila ibu bertenaga, ibu akan kurang stres dan tidak mudah hilang fokus
    • Membantu mengurangkan Morning Sickness anda. Antara penyebab berlakunya Morning Sickness atau alahan adalah disebabkan kurangnya pengambilan makanan berkhasiat dan kalsium. ESP yang mempunyai kalsium ini mampu membantu mengurangkan kadar asid di dalam perut anda yang menyebabkan dinding perut luka disebabkan gastrik atau asid di dalam perut
    • Kacang soya memang terbukti membantu dalam menyeimbangkan hormon di dalam badan. Selalunya ibu mengandung yang sering stres dan marah dipengaruhi hormon di dalam badan. ESP boleh membantu menyeimbangkannya.
    • Penting dalam pembentukan kulit, rambut dan kuku. Pengambilan protein yang seimbang dan cukup membantu agar badan si ibu tidak kendur akibat kekurangan protein. Selain itu, protein membantu agar bayi dalam kandungan mendapat protein yang secukupnya bagi membantu pembentukan kulit, rambut dan kuku
    • Sesuai buat ibu mengandung yang mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi kerana soya Shaklee ini mempunyai Glisemik Indeks yang rendah. Glisemik indeks memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Ini membantu ibu mengandung tidak mudah lapar.

    Testimoni Shaklee untuk Ibu Mengandung Yang Cepat Letih

    # Testimoni 1

    (klik pada gambar untuk zoom)



    # Testimoni 2





    ------------------------------------

    Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
    adalah pengedar sah Shaklee anda

    Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
    sila hubungi :

     SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
     Email : nornadiamansor@yahoo.com


    Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

    ☑ jadual pengambilan vitamin
    ☑ tips ekslusif
    ☑ konsultasi percuma berterusan 
     layak dijemput ke ekslusif group di FB.

    ------------------------------------