Antara kerisauan ibu2 menyusu adalah kedatangan haid. Sejauhmana haid mengganggu breastfeeding anda? Ibu-ibu yang mengamalkan breastfeeding lazimnya akan datang haid sedikit lewat berbanding ibu2 yang tidak BF. Namun begitu ada segelintir ibu2 walaupun mengamalkan exclusive BF tetapi haid mereka datang seawal selepas habis pantang. Semua itu bergantung kepada kadar hormon dalam individu.
Haid selepas bersalin lazimnya datang atas beberapa faktor :
1-berapa kerapkah bayi menyusu?
(makin jarang menyusu, makin tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)
2-berapa kerap bayi menyusu menggunakan botol?
(kekurangan rangsangan dari hisapan bayi di payudara menyumbang ke arah kembali haid)
3- adakah bayi menghisap puting tiruan?
(puting tiruan menyebabkan bayi kurang menyusu kerana selesa)
4- berapa lama bayi tidur pada waktu malam?
(lebih panjang bayi tidur, kurangnya pengeluaran susu (expressed milk), tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)
5- adakah bayi telah diperkenalkan dengan makanan pejal?
(start solid food, bayi akan kurang menyusu sebab dah kenyang)
Apabila perkara di atas berlaku, kebarangkalian untuk datang haid adalah tinggi.
Ketika haid, berlakunya ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Ada ibu2 yang mengalami kekurangan susu yang ketara ketika haid. Jangan bimbang kerana keadaan itu hanya sementara. Kejatuhan kuantiti susu biasanya berlaku pada hari-hari awal haid, ketika mengalami heavy flow. Selepas masuk hari ke3 @ ke4, flow sudah menjadi berkurangan, paras hormon kembali stabil dan kuantiti susu akan kembali normal.
Ada pendapat mengatakan, selepas kedatangan haid, kuantiti susu ibu tidak semeriah seperti sebelumnya.

Bagaimana produksi susu ibu semasa kedatangan haid?
Ketika haid, berlakunya ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Ada ibu2 yang mengalami kekurangan susu yang ketara ketika haid. Jangan bimbang kerana keadaan itu hanya sementara. Kejatuhan kuantiti susu biasanya berlaku pada hari-hari awal haid, ketika mengalami heavy flow. Selepas masuk hari ke3 @ ke4, flow sudah menjadi berkurangan, paras hormon kembali stabil dan kuantiti susu akan kembali normal.
Ada pendapat mengatakan, selepas kedatangan haid, kuantiti susu ibu tidak semeriah seperti sebelumnya.
Ada sesetengah ibu mengalami puting sensitif semasa haid. Wlaaubagaimanapun, itu hanyalah sementara.
Teruskan penyusuan semasa haid. Susu anda sama sekali tidak akan berubah dari segi khasiat dan rasa. Bayi mungkin akan merasa sedikit kelainan pada rasa susu ketika awal2 haid kerana berlaku perubahan hormon.Yang penting semasa haid, lebihkan pengambilan cecair kerana semasa haid, cecair banyak dikeluarkan. Juga ambil makanan yang kaya kalsium dan magnesium semasa haid.
Kawal emosi semasa haid. Jangan stress dan tension-tension kerana ianya mengganggu pengeluaran susu anda.
Dan harus berhati-hati... kedatangan haid menandakan kesuburan anda meningkat. Sekiranya tidak mahu lagi zuriat dalam tempoh terdekat, rancanglah sebaik mungkin.