Atasi Sakit Gigi dan Gusi Semasa Hamil dengan Shaklee

Semasa hamil, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. 

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.

Tak kurang juga ada yang mengalami sakit gigi semasa hamil.Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.


Saya juga pernah mengalami masalah sakit gigi & gusi berdarah semasa hamil..tak tidur malam dibuatnya sebab sakit gigi yang  teramat. Saya pergi ke klinik pergigian untuk cabut gigi, tapi tak diterima dengan alasan tak boleh cabut gigi semasa hamil sebab takut ada pendarahan dan dos bius tak bersesuaian untuk ibu mengandung

Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X .



Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil

  • perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit gusi melalui pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
  • pertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • kekurangan kalsium dalam badan sebab bayi atau janin menyerap kalsium dari tubuh si ibu
  • Alahan semasa mengandung menyukarkan proses memberus gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
  • Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.



Tips Cegah Masalah Sakit Gigi Semasa Hamil

Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.

Ikuti langkah ini:
  1. gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
  2. gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
  3. jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
  4. jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
  5. flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
  6. kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
  7. dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.



Adakah Sakit Gigi Semasa Hamil Berisiko Pada Kandungan?

Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat 




Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Melegakan Sakit Gigi & Gusi ?


(1) Ostematrix Shaklee

Ya! Ostematrix (mengandungi Kalsium-Magnesium dengan vitamin D) Shaklee sangat-sangat membantu kita mengatasi masalah sakit gigi

Tidak mendapat kalsium yang cukup boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit gusi. Benar. Dalam kajian pengambilan kalsium dan penyakit gusi, para peserta dengan gigi sihat mengkonsumsi lebih dari 800 mg kalsium setiap hari. 

Pada masa yang sama, mereka yang digunakan kurang dari 500 mg mineral setiap hari adalah 54 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit gusi. 


Ostematrix menyediakan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Cuma kali ini saya terpaksa mengubah cara makannya. Setiap 6 jam saya akan menelan 4 biji tablet bagi melegakan kesakitan gigi ini. Alhamdulillah kerana sakit gigi tersebut beransur berkurangan. Kerja yang tergendala kembali dapat dilaksanakan. Kalau tak memang tak jadi apa. Asyik melepek atas tilam menahan kesakitan. 



(1) Sustained Released Vita C  Shaklee

Sustained Release Vita C Plus memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  

Vitamin C juga diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C yang mencukupi dapat membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan



INFO TAMBAHAN !
Bagi wanita hamil, saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk mengambil suplemen lengkap bagi wanita hamil.


Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk wanita yang sedang hamil.



  • Untuk wanita hamil trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
  • Untuk wanita hamil trimester 2 dan  3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.


Kalau anda inginkan kesihatan optimum untuk anda dan bayi dalam kandungan, sangatlah disarankan pengambilan  ESP(energizing soy protein)  yang sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih menyusukan

Ketahui maklumat lengkap & fungsi vitamin semasa kehamilan 

------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN

 Walk In ke mana2 Cawangan Shaklee seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.