Bagaimana Berat Badan Mempengaruhi Kesihatan & Kesuburan ?

Indeks Jisim Badan (BMI)  merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Tahukah anda apa itu Body Mass Index?Body Mass Index adalah indeks jisim badan di mana ianya merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Kenapa BMI itu perlu? BMI perlu supaya kita tahu adakah kita mengambil makanan secara bersesuaian atau sebaliknya.

Pemakanan seimbang dan sihat adalah penting untuk tumbesaran setiap individu. Diet yang tidak menentu boleh mengakibatkan banyak penyakit berbahaya seperti serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi terutamanya bagi seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes. 






BMI Melebihi 25 atau Overweight / Obesiti

Kesan Terhadap Kesihatan

Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus


Kesan terhadap Kesuburan

Lelaki obes dan terlalu kurus boleh mengalami masalah jumlah sperma kurang atau jumlah sperma yang berbentuk tidak normal adalah tinggi. Ada penyelidik mengatakan, pengumpulan sel lemak di sekitar testis menyebabkan peningkatan suhu yang menjejaskan penghasilan sperma. Ini sebabnya zakar dicipta di luar badan supaya suhu badan yang tinggi tidak membunuh sperma. 

Kegemukan mempengaruhi penghasilan sperma. Ketidaksuburan akan meningkat sebanyak 10% bagi setiap 10 kg kelebihan berat badan

Masalah berat badan ini juga mempengaruhi kesuburan wanita. Obesiti pada wanita boleh mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung.


Sekiranya anda termasuk dalam kategori berlebihan berat badan atau obes, anda boleh dapatkan set kurus Shaklee dari saya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai SET KURUS SHAKLEE .❞



BMI kurang dari 18.5 atau terlalu kurus

Kesan Terhadap Kesihatan

BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.Mempunyai badan yang terlalu kurus menunjukkan kekurangan nutrisi yang sangat diperlukan didalam badan. Ia boleh menyebabkan imun badan semakin berkurang & terdedah kepada jangkitan. Kekurangan berat badan menyebabkan kekurangan stamina & tenaga


Kesan Terhadap Kesuburan 

Masalah kekurangan berat badan boleh menyebabkan masalah kesuburan. Wanita yang sangat kurus akan berisiko kurang subur dan haid tidak teratur jadi amat sukar untuk hamil. Penelitian dari Advanced Fertility Center mendapati bahawa wanita yang terlalu kurus ternyata lebih sukar untuk hamil Wanita yang kurus agak sukar hamil disebabkan penurunan hormon estrogen, masalah kekurangan nutrisi sehingga embrio sukar untuk membesar didalam rahim
 


❝ Sekiranya anda termasuk dalam kategori terlalu kurus, anda boleh dapatkan set weight gain dari saya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai  SET WEIGHT GAIN SHAKLEE.❞








------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------


KLIK SINI