[Keguguran & Kesuburan] Endometriosis Ancaman untuk Wanita!

Endometriosis adalah penyakit yang merebak secara senyap tanpa disedari oleh kaum wanita. Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.

Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.  



Apa itu Endometriosis?

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  





Semasa proses kitaran haid setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.



Bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), situasi ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu dan menjadi punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.


Apakah tanda-tanda atau gangguan?

1.  Senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   

Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. 

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.  Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 



2. Ketidaksuburan dan kemandulan.

Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis . Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 



Adakah endometriosis menyebabkan kemandulan?  

  • Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih
  • Mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
  • Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.     
  • Endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.   


Adakah Endometriosis menyebabkan keguguran ?

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.

Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.     


Adakah supplement yang dapat membantu masalah endometriosis ?

endometriosis, cyst dalam rahim , sakit dalam rahim , vitamin shaklee untuk endometriosis,



Terdapat 4 jenis supplement iaitu B-complex, Vitamin C, Vitamin E dan GLA complex yang berkemungkinan dapat membantu dalam merawati masalah ini.

  • B-complex bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasan wanita yang mengalami tekanan jiwa. Stress dikatakan merupakan antara punca masalah endometriosis
  • Vitamin E : Antioksidan untuk menghalang pertumbuhan semula abnormal sel
  • Vitamin C : Merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Meningkatkan tahap imunisasi badan individu.
  • GLA complex : Bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon di dalam badan wanita terutamanya berkaitan dengan masalah wanita seperti  menopause, PMS simptom atau kitaran haid.


Vitamin dicadangkan adalah untuk membantu mengurangkan masalah endometriosis dan mengelakkan dari endometriosis berulang.Ini hanya cadangan dan vitamin tidak menjanji korang benar-benar akan sembuh kerana ini adalah salah satu ikhtiar daripada kita sebagai hambaNYA yang lemah sahaja. 

Andai rezeki korang pulih dengan usaha pengambilan Supplement Shaklee maka sembuhlah kamu,jangan terlalu bergantung kepada sesuatu vitamin sahaja.Makan harus pantang dan jaga juga.Sayangilah kesihatan anda semua.




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com



ATAUPUN
 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

-----------------------------------