Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk
hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda
lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.
Kitaran haid adalah proses perubahan bulanan yang akan dilalui oleh badan setiap wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Proses inilah yang dipanggil kitaran haid.
Pastinya timbul kerisauan di hati kerana anda menyangka seolah-olah anda tidak sempurna seperti wanita lain. Kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering kali dikaitkan dengan masalah kesuburan.
Haid tidak teratur bukan saja bikin susah nak rancang kehamilan, tapi buat sang isteri sokmo emo tak tentu pasal. Bagaimana isteri ini mengatasinya :
Kesan Haid Tak Teratur Pada Wanita
- Masalah Kesuburan
- Sukar menentukan waktu subur
- Tiada pelepasan ovum dilakukan disebabkan haid yang tak datang
- Masalah hormon kewanitaan dalam badan
- Petanda penyakit lain seperti cyst, fibroid, kanser rahim dan banyak lagi
12 kemungkinan kenapa masalah haid boleh terjadi
#1 :Tekanan atau Stress
Mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita. Ketahui lebih lanjut mengenai Stress atau Tekanan Menjejaskan Kesuburan?
#2 : Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
#3 : Penggunaan Ubat-ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
#4 : Berlebihan Hormon Prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
#5 : Kegagalan Ovari Pra-Matang
Merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum waktunya iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.
#6 : Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
#7 : Tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Ketahui Benarkah Penyakit Tiroid Menggangu Kesuburan Wanita ?
#8 : Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen - menyebabkan haid anda terganggu. Ketahui Obesiti atau Berat Badan Berlebihan Punca Sukar Hamil?
#9 : Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
#10 : Tersilap kira
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
#11 : Menopaus
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopaus.
#12 : Pencegah kehamilan
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
Bagaimana Atasi Masalah Haid Tak Teratur?
Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis acid lemak omega 6 yang digunakan supaya badan kita membentuk prostaglandin iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu tubuh kita mengawal proses badan yang normal.
Keistimewaan GLA COMPLEX SHAKLEE berbanding Evening Primrose Oil ( EPO ) jenama lain adalah, EPO diambil daripada bunga evening primsore. Benih bunga liar EP mengandungi 25% asid lemak penting termasuk Linoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA).
Asid lemak ini sangat menpunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutama wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang kurangnya 8% GLA complex.
Di dalam EPO terdapat 25% GLA dan GLA COMPLEX SHAKLEE memberikan anda 100% GLA. so pastinya GLA SHAKLEE la yang terbaik berbanding EPO
# Testimoni 1
# Testimoni 2
Selepas pembelian, saya akan menghubungi anda untuk memberikan konsultasi percuma , jadual pengambilan vitamin
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------