Apakah Punca Kehamilan Luar Rahim Terjadi?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.
Siapakah yang Berisiko ?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:
✿ Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
✿ Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
✿ Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
✿ Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
✿ Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
✿ Jika anda merokok.
✿ Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.
Harapan kehamilan pada masa depan
Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.
" Alhamdulillah......Alhamdulillah...Alhamdulillah....Selama ni sy hanyalah pembaca setia SGL, namun hr ni sy nk berkongsi cerita dgn semua kngkawan d'sini...Sy mengandung 4mgggu, walaupun sy disahkan PCOS. Period sy regular, namun berat bdn yg b'tmbah m'gngu thp k'suburan sy. Sy t'pksa m'ngambil clomid + metmorfin ats nsht Pakar O&G. Sy xhbis lgk consume GLA +Alfalfa+Omega...dan utk pngetahuan semua pembaca jg, sy br menjalani operation pd November 2012 yg lalu krn "ectopic pregnancy". Alhamdulillah, t'gerak hati nk cuba Shaklee ni ats nasihat Norliza Ibrahim, sy mula consume Shaklee 1 Jan 2013, smlm sy check UPT +ve. last period sy 25 Disember 2012...Ya Allah syukur.. sgt2. Kpd yg m'ngidap PCOS spt sy, In Sha Allah ada jln nya, Usaha+Doa+Ikhtiar...:) " --Puan A [sumber: Shaklee Golden Lounge]
Alhamdulillah. Usaha, doa dan ikhtiar. InsyaAllah.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------