Alhamdulillah, entry kali ni saya akan tekankan tentang proses pemulihan ibu selepas bersalin samada secara normal mahupun caesarean. Saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 26 oktober yang lalu secara normal :) Syukur kehadrat Allah. dan harini adalah hari ke 14 berpantang , semuanya dipermudahkan. Saya adalah pengguna setia Shaklee darilah zaman bujang sehinggalah dah beranak pinak . Shaklee the best. Sepanjang berpantang, syukur takde apa apa masalah. Luka jahitan cepat sembuh, rasa lebih bertenaga, susu ibu meriah, cergas & sihat.Itulah pengalaman saya dengan set berpantang Shaklee
Jom kita tengok proses dibawah :
Proses Pemulihan bagi Ibu yang BERSALIN NORMAL
1. Luka episiotomi atau koyakkan dijahit dengan benang
Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tips Sembuh dan Keringkan Luka Bersalin dengan Cepat Tanpa Bermasalah
Jika lambat sembuh, jumpa doktor untok mendapatkan nasihat. Biasanya doktor akan memberikan antibiotik serta ubat untuk mencuci luka tersebut.
2. Rahim akan mengecut dalam masa 10 hari
Sekiranya
rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan besar masih
ada cebisan uri yang tertinggal. untuk memastikannya, ibu perlu
menjalani pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan. jika betul terdapat uri
yang tertinggal, ibu perlu menjalani D&C untuk mengeluarkan cebisan
tersebut.
3. Kepentinggan penjayaan payudara
Pastikan
kelancaran susu dan kebersihan payudara sentiasa terjaga. sekiranya
payudara sakit dan merah atau 'Masititis' (jangkitan yang menyebabkan
payudara bengkak, keras, kemerahan dan sakit), ibu harus mengambil
antibiotik.
Disampin itu , penyusuan susu ibu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat dan membantu si ibu mendapatkan berat badan asal dengan mudah
Ikuti entry saya sebelum ini mengenai Dapatkan Bentuk Badan Asal Selepas Bersalin
Disampin itu , penyusuan susu ibu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat dan membantu si ibu mendapatkan berat badan asal dengan mudah
Ikuti entry saya sebelum ini mengenai Dapatkan Bentuk Badan Asal Selepas Bersalin
4. Diet yang baik
Selepas
bersalin, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat dan
vitamin seperti buah betik dan sayuran hijau yang penting untuk
mengelakkan masalah sembelit. Digalakkan juga makan tambahan yang kaya
dengan asid folic dan zat besi kerana ibu akan menyusukan bayi. Semasa
bersalin ibu kehilangan banyak darah dan perlukan zat tersebut untuk
mendapatkan darah yang mencukupi bagi keperluannya.
5. Post-partum blues / depress atau tekanan
Keadaan
ini adalah disebabkan oleh gangguan paras hormon dalam tubuh badan
wanita selepas bersalin. Wanita memerlukan sokongan suami dan keluarga
agar sentiasa bersemangat dan ceria.
Proses Pemulihan bagi Ibu yang BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (C-ZER)
Keutamaan diberi kepada penjagaan luka lebih besar dan dalam. Ada luka jenis menegak dan ada juga jenis melintang. Kebanyakkan ibu takut hendak mandi atau mebasahkan luka. Akibatnya kulit menjadi kotor dan kuman menyerang luka..Keadaan ini akan menyebabkan 'wound breaksdown' iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula.
Cara yang betul ialah dengan mandi dan jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci luka dengan bersih-bersih dan keringkan dengan tuala bersih. untuk mengeringkan luka yang telah dicuci dengan cepat, anda boleh pasang kipas dan halakan pada luka.
Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tips Sembuh dan Keringkan Luka Bersalin dengan Cepat Tanpa Bermasalah
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------