Keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat .
Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.
Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.
Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga kancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan.
Tempoh Berpantang Selepas Keguguran
Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari.
Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
Pantang Larang Bagi Wanita Selepas Keguguran
Pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.
Ya! Pemakanan perlu dititikberatkan semasa berpantang. Saya pun amalkan berpantang cara ini selepas keguguran. Alhamdulillah, berkat kesabaran. Saya kembali hamil tak lama selepas itu. Boleh baca kisah saya disini Hikmah Keguguran Dalam Islam
Perlu diingatkan, pemakanan amat berkait rapat dengan kesihatan ! Untuk kehamilan dan kesuburan yang baik , sangat perlulah dan penting untuk kita menjaga kesihatan :) Jangan hentam semberono saja! Badan kita nak pakai lama. Janganlah berkira sangat dengan kesihatan diri. Jadi, kita yang perlu bertanggungjawab pada diri kita.
Cara Saya Berpantang Selepas Keguguran
Saya pun pernah mengalami peristiwa sedih keguguran pada 5 minggu kehamilan. Memang sedih sangat ! Allah je yang tau perasaan tu. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah keguguran. Sebaiknya, berurut untuk naikkan peranakan , dan pastikan bertungku dalam masa 2 minggu pertama selepas keguguran untuk cepat kecutkan kembali rahim .Selebihnya, saya amalkan makanan tambahan untuk stabilkan kembali hormon (sebab lepas keguguran, hormon pon ting tong..),stabilkan haid dan tingkatkan kesuburan . Nak kandungan kuat, si ibu pon kena lah sihat. Ye tak?
Kemudian , tawakallah kepada Allah. Banyakkan sedekah dan doa. Yang penting, jangan layan perasaan negatif dan stress tak tentu pasal . Sebab stress ni boleh menganggu hormon kita. Sebab tula ada setengah wanita, bila terlampau stress sehingga keguguran, haid pon dah ke laut!
Alhamdulillah, selepas 2 bulan keguguran saya disahkan hamil kembali ^___^. Syukur tak terkata. Petuanya seperti diatas . saya memang jaga kesihatan saya baik baik. Supplement memamg tak miss. Pemakanan memang saya jaga.
Adakah keguguran akan mengganggu tahap kesuburan dan bolehkan seseorang itu hamil kembali selepas mengalami keguguran?
Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran.
Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu.
Jika sekarang anda mengalami keguguran, sebaiknya berpantang dan jagalah kesihatan sebaik mungkin . Shaklee juga ada menawarkan Set Berpantang Selepas Keguguran yang membantu merawat dari dalam dan kesihatan rahim anda
Apa Kata Pakar ?
Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Apa yang penting untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad adalah :
- Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
- Ovum yang matang
- Rahim yang kuat dan sihat !
Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovumyang kurang berkualiti. Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimbang.
Berdasarkan sifir yang mudah kejayaan untuk kehamilan dari Dr Zubaidi seperti gambar diatas adalah
Berdasarkan sifir yang mudah kejayaan untuk kehamilan dari Dr Zubaidi seperti gambar diatas adalah
Kejayaan untuk Hamil = (Sperma + Ovum yang berkualiti & sihat ) + Rahim yang kuat
Jadi, kesihatan rahim adalah penting untuk membantu mengelakkan keguguran dari berlaku dan berulang
Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee
Bagi yang ingin berpantang keguguran, disarankan agar menggunakan Set Berpantang Keguguran Shaklee kerana fungsi dan keberkesanannya untuk menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.
Anda mempunyai pilihan samada ingin dapatkan , biasanya 1 set adalah untuk 4 bulan penggunaan. Maknanya, walaupun selepas berpantang , si ibu masih boleh meneruskan pengambilan vitamin untuk membekalkan nutrisi dalam badan dan persediaan sebelum kembali hamil
- Set Asas Berpantang Selepas Keguguran
- Set Lengkap Berpantang Selepas Keguguran
#Testimoni 1
#Testimoni 2
#Testimoni 3
Ini adalah testimoni dari pelanggan saya sendiri yang pernah mengamalkan Set Keguguran Selepas Berpantang. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan beliau berjaya hamil dan kandungannya semakin kuat (sudah 4 bulan usia kandungannya, melepasi trimester pertama yang mendebarkan )
.
Kelebihan dan Kebaikan Set Berpantang Selepas Keguguran
Biar saya terangkan ciri-ciri dan kelebihan menggunakan set berpantang selepas keguguran ini Shaklee ini . Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami
✅ Selamat Dimakan
✅ Melengkapkan Nutrisi yang Diperlukan Badan
✅ Si ibu Lebih Cergas Dan Bertenaga
✅ Cepat Menyembuhkan Luka Dalaman
✅ Menstabilkan Emosi Si Ibu Semasa Berpantang
✅ Tempoh Berpenggunaan yang Lama
✅ Harga Yang Berpatutan
✅ Meningkatkan Sistem Imun Si Ibu
✅ Tingkatkan Kesuburan
✅ Menguatkan Rahim
Vitalea Iron Formula
(120 Tablet)
|
|
B Complex
(120 Tablet)
|
|
Zinc Complex
(120 Tablet)
|
|
Kesimpulannya Set Berpantang Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum.Selain itu, Set Berpantang Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan.
Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.
Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------