Tip Ubati Bayi Demam Tanpa Ubat

Mula hari Isnin pagi ,badan Mia dah mula panas sikit.tapi semangat lagi nak main dalam Jumperoo..boleh lagi lompat lompat. Malamnya , dia dah nampak macam tak bermaya sangat, nak main pun taknak..asyik merengek je.Selasa, boleh dikatakan kebanyakan waktu siangnya, banyak dia tidur..mungkin tak selesa dengan badan yang panas dengan 37.9 darjah celcius. Ibu mana yang tak bimbang kan bila anak sakit. 


Tip Ubati Bayi Demam Tanpa Ubat , bayi 6 bulan demam, redakan demam bayi, susu ibu bantu anak demam, bayi 0-6 bulan demam, risiko demam pada bayi


Hari ini , alhamdulillah, banyak perubahan ..lebih cergas dan panas badan dah berkurang. Semestinya, saya mahukan yang semulajadi untuk anak saya, tak sanggup nak kasi dia ubat lagi dalam usia 7 bulan.



Mia dah sihat :)


Jadi apa yang saya applykan mengikut tips tips dibawah :



Tip Ubati Bayi Demam Tanpa Ubat 

1) Mandikan anak dengan kerap



Kalau nak tau, lagi kerap mandi lagi elok. Cuma cara mandi kena betul.

Suhu air mandian kena pada suhu yang anak-anak selesa. Seeloknya air suam. Sebab kalau badan panas sangat, tiba-tiba kena air sejuk takut suhu badan turun mengejut dan mendatangkan ketidakselesaan. Cuba kalau kita sendiri demam, badan tengah panas, kenakan kulit kat air paip. Mesti rasa seram sejuk semacam kan. Padahal kalau tak demam ok je, tak rasa apa pun.



- Siram bermula dari kaki bawak ke badan last sekali kepala. Ha yang ni tips paling penting. Ingat ye, mula mandi dengan kaki. Bukan kepala dulu last sekali kaki.



- Mandikan anak 5-10minit. Jangan lama sangat takut menggigil sejuk pulak nanti.



- Selepas mandi, lap sikit-sikit je. Biarkan air di badan anak tersejat sendiri. Kalau saya, saya pakaikan pampers je lepas tu upah susu dan anak tertidur sementara badan nak kering. Anak lagi mudah tertidur selepas mandi sebab dah selesa suhu badan kembali normal. Cuba check suhu badan before and after mandi, insyaAllah ada perubahan yang ketara.



Kaedah mandi ni saya banyak praktikkan di siang hari. Kadang-kadang 3 jam sekali mandi. Kalau malam, buat masa ni tak la. Sebab umur anak baru 7 bulan. Kalau dah besar sikit boleh kot mandikan malam.

2) Sentiasa lap badan anak dengan tuala basah.



Yang ni memang wajib buat untuk elakkan suhu badan anak naik lebih tinggi. Mungkin perlu 3 ke 4 helai kain basah. Letak kain basah kat belakang tengkuk, dahi, kawasan berlipat (ketiak, belakang lutut). Tekap-tekap je tau, bukan gosok badan anak dengan kain tu. Semak suhu badan setiap 10-15 minit. Kalau makin tinggi mungkin boleh terus mandikan.

Waktu malam semasa tidur,  letakkan kain lembap di belakang leher bayi. kalau letak di dahi, takut bila bayi bergerak mengiring semasa tidur boleh menyebabkan kain tadi menutup mukanya.



Ok, yang tu dari segi penjagaan luaran. Kalau dari dalaman, antara yang boleh ibubapa beri kepada anak yang sedang demam ialah:

3) Pemakanan si anak 



  • Minum air masak secukupnya. (kalau bayi 6 bulan keatas). Makin banyak makin bagus. Lagi bagus kalau ditiupkan selawat ke atas nabi, selawat syifa atau potongan ayat-ayat suci Al-quran.
  • Minum air zam-zam. Baca bismillah dan selawat ke atas nabi. Niatkan supaya Allah sembuhkan anak dan keluarkan segala penyakit yang ada di tubuhnya.
  • Makanan sunnah: kurma/kismis --> madu tak digalakkan untuk bayi


4) Persediaan ibu 


Tahniah jika anda ibu yang menyusu badan, kerana susu badan sangat membantu pertahanan imun badan bayi. Jadi, kerapkan penyusuan pada bayi. Untuk supplement tambahan ibu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan si bayi, digalakkan pengambilan NUTRIFERON  kerana apa khasiatnya akan disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada bayi. Sebab tulah ibu menyusu dinasihatkan mengambil makanan yang berkhasiat  




Nutriferon juga sesuai untuk ibu yang menyusu.Kita tahu dan faham bahawa susu merupakan minuman yang unik dan yang nyatanya, susu boleh dianggap sebagai penyambung kepada sistem imun ibu, menyediakan kebaikan keimunan yang sepenuhnya kepada pengguna. 


Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa selain daripada kandungan nilai pemakanannya, susu juga dapat memberikan perlindungan keimunan pasif atau perlindungan daripada penyakit dengan menggunakan rawatan antibodi ke atas manusia. 


Maka jika ditambah dengan nutirferon (ibu yang mengambilnya) maka susu ibu pada ketika mengambil nutriferon mampu dan adalah yang berkualiti.mampu menangggani selsema , batuk pada bayi.


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Bagaimana Nutriferon bertindak?


NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan 


Insyaallah, dengan ada Doa,Usaha,Ikhtiar,dan tawakkal, dengan izin Allah, Allah akan menyembuhkan segala penyakit, Semoga Bermanfaat.



Cara Pengambilan Nutriferon 

  • Jika anda ibu yang masih menyusukan bayi  sebaiknya pengambilan Nutriferon 1 sachet sehari untuk meningkatkan tahap imun , dan zat itu akan disalurkan oleh si ibu melalui penyusuan 
  • Jika anak anda berusia satu tahun keatas, berikan Nutriferon secubit dua ke dalam mulutnya






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------


KLIK SINI