Setelah tamat tempoh 90 hari cuti bersalin .Sudah hampir tiba masanya untuk kembali bekerja. Sudah pasti anda tidak mahu melepaskan masa istimewa yang telah anda curahkan bersama bayi dan ingin meneruskan penyusuan susu ibu. Dengan sedikit perancangan awal, anda masih boleh melakukannya sambil memenuhi kewajipan bekerja.
Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Disini, saya kongsikan dengan anda beberapa tips mengendalikan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya.
1-Mula merancang
Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Disini, saya kongsikan dengan anda beberapa tips mengendalikan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya.
1-Mula merancang
Bekerja dan menyusukan bayi bermaksud anda perlu memikirkan tentang memerah susu badan untuk dibekalkan kepada bayi sementara anda tidak ada di rumah:
• Buat keputusan sama ada hendak memerah susu dengan tangan atau pengepam payudara.
• Memerah susu dengan tangan lebih selesa dan murah tetapi anda perlu berlatih melakukannya.
• Memerah dengan pengepam lebih cepat dan kurang meletihkan anda tetapi ia mungkin agak sukar untuk mendapat jumlah susu yang banyak dan boleh juga menyakitkan anda (jika ya, perahlah menggunakan tangan)
tapi ... jika anda memerlukan Pengepam Payudara. Sudah tiba masanya untuk anda ke kedai. Carilah pengepam yang:
• mudah dibawa, diguna, dibersih dan mempunyai bahagian-bahagian yang mudah untuk disterilkan.
• merangsang penghasilan susu dan dapat mengepam keluar susu keluar sepenuhnya daripada payudara.
• tidak memberi trauma kepada payudara. Pada amnya, terdapat tiga jenis pengepam payudara, manual, menggunakan bateri dan menggunakan elektrik. Anda perlu memilih yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan gaya hidup anda.
2- Memerah Susu
Berlatihlah memerah susu dua minggu sebelum cuti bersalin anda berakhir. Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama-kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa percubaan. Sebelum mula memerah, basuhlah tangan dengan sempurna dan cuci peralatan di dalam air panas bersabun. Perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam peti sejuk sejurus selepas diperah.
Memerah dengan tangan
• Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
• Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan.
• Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting.
• Ulangi gerakan ini sehingga payudara menjadi kosong, kemudian beralih ke payudara sebelah.
Menggunakan pengepam
Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan,
hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkan corong ke dalam areola untuk
membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagian luar corong; sedutan akan
mengepam susu keluar daripada payudara.
3- Menyimpan Perahan Susu
Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
• Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
• Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
• Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
• Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
• Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan
4- Sediakan Bayi dan Maklumat kepada Penjaga Bayi
Sekarang tibalah masanya untuk membiasakan bayi mengambil perahan susu serta orang yang akan menjaga bayi sementara anda pergi bekerja. Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanya pada waktu yang sama.
Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan susu dengan menggunakan botol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik jika bukan anda yang memberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu dari payudara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
• Bagaimana cara menyimpan perahan susu.
• Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi.
• Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu.
5- Kembali ke Tempat Kerja
Beberapa perkara yang anda perlu lakukan setelah kembali ke tempat kerja iaitu cuba perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.Jangan lupa, etakkan susu yang diperah ke dalam bekas dan label nama anda dengan jelas
Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak mengganggu kerja anda.
Pastikan anda dalam keadaan yang tenang kerana aliran susu juga dipergaruhi oleh emosi. Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
– Tarik beberapa nafas dalam jika anda menjadi cemas.
– Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
– Jika boleh, dengar muzik yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------