Kenalpasti Usus yang Sihat Melalui Najis

Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat kebersihan usus , jadi amatlah penting untuk kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ni.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN MENGENAI USUS!!

  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon[THE STAR, 13 MEI 2004]
  • Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain
                   

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. 

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditoleransi dan membawa masalah kesihatan. 

Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. 

Ia menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

  1. Sembelit
  2. Mata menjadi kusam
  3. Sering sakit kepala
  4. Susah nak hadam
  5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
  6. Masalah saraf
  7. Nafas dan najis berbau
  8. Perut buncit
  9. Kulit yang bermasalah
  10. Wajah kusam
  11. Sakit otot
  12. Radang hati (Pedih ulu hati)
  13. Ulser Peptic
  14. Cirit-birit
  15. Kanser kolon


Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. 

Sebaiknya, kalau ada rasa nak membuang tu. Segeralah ke tandas,lepaskan hajat , jangan ditangguh ! . Jika anda bertangguh ,lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit yang boleh menjejaskan kesihatan sistem badan.




























Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

  1. Jantung stres atau lemah
  2. Sakit sendi dan arthiritis
  3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
  4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
  5. Badan lesu dan otot lemah
  6. Berat badan bertambah
  7. Cepat nampak tua
  8. Kanser Kolon


Vitamin Yang Dicadangkan untuk Detoks 

Proses detoksifikasi memakan masa untuk mencuci bahagian dalaman khususnya usus dan darah.gSo! jangan terlalu teruja ntuk mencuba produk kecantikan yang menawarkan hasil untuk dapatkan kulit licin, andai anda tidak faham akan konsep detoks ini. 

Herb-lax ini merupakan produk bagus untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit dan membersihkan usus. Ia merupakan produk semulajadi yang membantu untuk membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan kita. Di dalam Herb-Lax terdapat 9 herba yang digabung untuk menghasilkan supplement terbaik ini.

Antara produk yang ditawarkan oleh Shaklee untuk mencuci dalaman tubuh adalah : 


Bersih dan cucilah dalaman anda agar kekal bersih, sihat dan selamat.Detoxlah sekurang-kurangnya 2 minggu dan lihat hasilnya. 


Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan.

Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.


# Testimoni 1



# Testimoni 2


Selamat berDETOKSIFIKASI !





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

 jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------