Ketahui Bagaimana Kitaran Haid Berfungsi


Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.

Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan uterus, apabila anda mendapat haid. (Baca lebih lanjut mengenai bagaimana bayi dibuat.)





Apakah kitaran haid biasa?


Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda.

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor anda jika berlaku pendarahan semasa antara haid atau selepas melakukan seks.



 Jika anda mempunyai masalah Haid Tak Teratur , Sila klik link dibawah 
                                   ----> http://goo.gl/fDj49F



Bagaimana hormon anda berfungsi ?


Kitaran haid anda berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan anda:

  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen (yang dikeluarkan dari dalam ovari).
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).

Seluruh proses bermula dalam otak. Hipotalamus mengeluarkan hormon yang melepaskan gonadotrofin (GnRH), yang bergerak ke kelenjar pituitari dan mengisyaratkannya untuk melepaskan hormon perangsang folikel (FSH).

FSH dibawa mengelilingi badan oleh aliran darah dan merangsang ovari untuk memulakan proses mematangkan telur. Antara 15 dan 20 sak yang mengandungi telur, yang dipanggil folikel, kemudian mulai matang dalam ovari. Satu folikel (atau dua atau lebih, tetapi ini jarang sekali berlaku,) tumbuh lebih cepat daripada semua yang lain.

FSH juga merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen. Ini menggalakkan telur matang dan mulai untuk menebal lapisan uterus supaya ia bersedia untuk menyokong kehamilan, jika persenyawaan berlaku.

Ovulasi: telur dilepaskan
Apabila tahap estrogen meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian membangun semula, disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora lutea (luteinising hormone, LH) dari kelenjar pituitari. Iniah hormonnya yang mencetuskan ovulasi, semasa telur yang paling matang pecah keluar dari sak dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.

Biasanya serviks anda (leher uterus anda) mengeluarkan mukus yang tebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga ia menjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di mana persenyawaan mungkin berlaku.



Selepas ovulasi


Dalam ovari, folikel yang kini kosong runtuh dan menjadi korpus luteum. Gumpal sel kuning kecil ini mula mengeluarkan hormon progesteron.

Progesteron mengubah mukus dalam serviks supaya sekali lagi, ia tidak dapat ditembusi oleh sperma. Ia juga bertindak ke atas lapisan uterus, membuatnya menjadi tebal dan mampung akibat penambahan bekalan darah, menjadinya sedia untuk menerima telur yang disenyawakan. Ketika tahap progesteron meningkat, payudara anda mungkin berasa regang dan mencucuk-cucuk.

Kelenjar pituitari berhenti mengeluarkan FSH supaya tiada telur lagi yang boleh matang dalam ovari anda.

---> Jika persenyawaan berlaku...Jika telur disenyawakan di tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanamkan diri ke dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi ini, telur yang disenyawakan itu mengandungi kira-kira 150 sel.

Perjalanan dari ovari ke uterus ini mengambil masa kira-kira lima hari. Tahap progesteron anda akan kekal tinggi dan anda boleh mula merasai tanda-tanda awal kehamilan.



---> Jika persenyawaan tidak berlaku...Jika telur tidak disenyawakan atau tidak berjaya diimplantasi, ia mula hancur dan korpus luteum mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus anda mula mengeluarkan prostaglandin. Kimia-kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan, dan merangsang rahim untuk kontraksi.

Haid anda bermula dan lapisan uterus tanggal bersama-sama dengan telur yang tak disenyawakan, dan kitaran haid anda bermula sekali lagi




 Jika anda inginkan info Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Untuk Mendapatkan Cahaya Mata 





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------