Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tapi Ujian Kehamilan Negatif ?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil).


Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah.

Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haid tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening.

Saya selalu memberitahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil. Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalm rahim.

Perasaan seperti seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini.

Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharap kehamilan sebaik sahaja mereka 'tidak datang darah haid' pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi wanita ini mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan sebagainya.

Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormon dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormon, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperma belum berlaku.

Antara hormon yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon prgestrone. Kepekatan hormon progestrone akan meningkat secara secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil.

Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor akan meningkat tahap hormon progestrone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan IPS.


APA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA WANITA TIDAK KEDATANGAN DARAH HAID DAN MENGALAMI TANDA-TANDA DAN PERASAAN SEPERTI KEHAMILAN?

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama 2 minggu dari tarikh darah haid sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haid pada 3hb Mac, maka jika 17hb April, masih tidak mengalami haid, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound.

Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dibimbangi beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hampir sama dengan tanda-tanda 'Premenstrual Tension' sebelum kedatangan haid.

Janganlah terlalu melayan perasaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil. Ada wanita yang rasa seolah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil.

Terdapat satu lagi istilah perubatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu'Pseudocyesis' di mana seseorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi 'Pseudocyesis'  menyebabkan wanita itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil.


APA AGAKNYA PUNCA SEORANG WANITA TIDAK MENGALAMI HAID PADA WAKTU YANG TETAP?

Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai pelbagai hormon yang mempengaruhi kesuburan beliau.

Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari pelbagai hormon. Apabila telur ini tidak disenyawakan, ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haid selepas 14 hari.

Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormon-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahim juga turut tidak mengeluarkan darah haid. Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haid, doktor akan memberikan pil hormon bagi memberikan 'Isyarat Palsu' pada rahim untuk mengeluarkan darah haid.


 Cadangan jika seorang wanita tidak kedatangan haid enam bulan dan didapati tidak hamil agar Melakukan Beberapa Pemeriksaan Hormon.

Antaranya ialah:

☑ HORMON THYROID

Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon penting yang mengawal kitaran haid. Selain tidak mengalami darah haid, seorang wanita yang mengalami masalah hormon thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat penat, bertambah berat badan dan mudah rasa sejuk. Pemeriksaan darah membantu doktor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.


☑ HORMON PROLACTIN

Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haid, ini mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormon prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haid. Peningkatan hormon ini dapat dirawat dengan mengambil ubat-ubatan.


notakaki : JANGANLAH TERLALU KECEWA APABILA TIDAK HAMIL.JANGANLAH MUDAH PUTUS ASA. BUATLAH PEMERIKSAAN LENGKAP TERHADAP KESUBURAN  SEBAGAI IKHTIAR UNTUK HAMIL.


Wallahu a'lam

[Susunan: Dr Zubaidi hj Ahmad]


Jika anda inginkan info Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Untuk Mendapatkan Cahaya Mata







------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------