Tempoh pemulihan semasa bersalin adalah penting bagi seorang ibu bagi mengekalkan kesihatan dan keperawanan luar dan dalam.Almaklumlah tempoh mengandung dah berbulan bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak sangat meletihkan dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental
Jadi sebab itulah penting bagi para ibu untuk menempuh tempoh berpantang walaupun agak merenyahkan, tempuhlah dengan sabar.Maklumlah, badan kita tak ada spare part kat kedai, nak pakai lama perlulah sabar dan berdisiplin
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.Yang logiknya, takut luka bersalin terbuka..parah jawabnya kalau terbuka. Terpaksa ke hospital untuk dijahit balik.
Disebabkan pantang larang ini ada setengah ibu ibu yang biasa membuang air besar secara mencangkung , rasa takut untuk membuang. Ada pulak yang tahan diri dari membuang air besar berhari hari. Jangan ye...takut sembelit kang lagi susah!
Saya pun tak pandai membuang di tandas duduk sebab terbiasa dari kecik pakai tandas mencangkung tu. Cuma bila di tandas mencangkung, rapatkan kaki.Insyaallah takde apa :) Untuk melawaskan dan senang membuang , saya amalkan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang berpantang takde lagi kena sembelit
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula dan mempercepatkan pecantuman luka jahitan semasa bersalin.Untuk mempercepatkan proses luka jahitan,saya amalkan Zinc Complex setiap hari. Alhamdulillah, seminggu dua selepas bersalin luka jahitan dah sembuh sepenuhnya dan saya mampu menjaga bayi semasa berpantang tanpa bantuan ibu
Jangan Terlalu Aktif
Jangan terlalu aktif disini bukannya bermakna duduk diam tak buat apa apa ye ibu ibu :) Sebaiknya jangan lah terlalu aktif seperti mengangkat benda berat, melakukan kerja rumah yang terlampau. Ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.Kerana ada info yang saya baca, ibu kaki mempunyai kaitan dengan peranakan wanita.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.Ada juga ibu ibu yang berpantang selama 44 hari. Terpulang pada individu masing masing dan bergantung pada tahap kesihatan seseorang itu. Jika anda menjalani proses kelahiran yang sukar , sebaiknya berpantanglah lebih lama sedikit untuk tubuh anda kembali sihat dan cergas seperti biasa.
Bab berpantang untuk bersama suami tu, sebenarnya dalam Islam bila dah habis darah nifas adalah boleh suami isteri bersetubuh. Tapi, berbalik pada kondisi ibu yang masih lemah. Sebaiknya , suami perlulah bertoleransi dan bersikap timbang rasa.
Vitamin Shaklee Semasa Berpantang
Untuk mengembalikan kesegaran tubuh, kesihatan ibu dan anak , penyembuhan yang cepat untuk luaran dan dalam si ibu . Shaklee memperkenalkan Set Berpantang Shaklee yang sangat membantu ibu dalam berpantang lebih kekal cergas dengan berbagai kelebihan nya.
ciri-ciri dan kelebihan menggunakan set bersalin Shaklee ini . Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami
✅ Terbukti Membantu Menurunkan Berat Badan Si Ibu Kepada Asal
✅ Selamat Dimakan
✅ Melengkapkan Nutrisi yang Diperlukan Badan
✅ Membantu Meningkatkan Aliran Susu Badan
✅ Si ibu Lebih Cergas Dan Bertenaga
✅ Cepat Menyembuhkan Luka Bersalin Normal @ Pembedahan
✅ Menstabilkan Emosi Si Ibu Semasa Berpantang
✅ Tempoh Berpenggunaan yang Lama
✅ Harga Yang Berpatutan
✅ Meningkatkan Sistem Imun Si Ibu dan Anak
✅ Mencantikkan Kulit Si ibu
✅ Membantu Tumbesaran Bayi
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------