Alhamdulillah, harini ini saya ingin kongsikan pada anda semua bagaimana pengalaman saya sendiri bersalin secara paksa a.k.a INDUCE. Banyak yang kita dengar benda yang tak enak tentang induce ni kan..ada yang kata sakitnya lagi perit dari beranak normal tanpa paksa. Saya akan ceritakan lebih lanjut
Jangkaan tarikh bersalin sepatutnya 24 oktober 2013, dan pada tarikh tersebut saya masih belum punya apa apa tanda untuk bersalin.Jadi pada tarikh itu, saya perlu ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk tujuan check up, dan semasa check up didapati air ketuban berkurang,yang peliknya..saya tak mengalami apa apa masalah 'leaking' atau kebocoran air ketuban.
Punca saya diinduce adalah , air ketuban berkurang adalah disebabkan kurang minum air masak dalam kuantiti yang mencukupi. Ya, saya akui..memang tak suka minum air masak ,lagi suka air berperisa. Dan ditambah pula, bayi dalam kandungan kecil. Jadi, terpaksa dihantar ke hospital pada tarikh tersebut sebab takut bayi tak dapat oksigen yang mencukupi & takut lemas
Memang tak sangka, saya jadi blur masa check up. Berbelah bahagi nak bagitau si suami ke tak, kalau bagitau mesti dia gelabah pulak. Tapi, dalam keadaan masa tu, tetiba la pulak suami telefon tanya dah habis check up ke belum , sebab dia nak datang ambil. Kenalah berterus terang bagitahu dia , saya kena tahan masuk wad sebab air ketuban berkurang dan bayi kecik.
Mengelabah jugak la suami. Terus dia balik ambil baju, barang bayi. & suami ikut saya dari belakang van ambulan dan saya dibawa ke hospital menaiki ambulan. Nampak macam tragis je kan.Jangan risau , bukan ambulan yang pasang siren kecemasan pon :) Seperi biasa, terus pegang phone, google cari tentang pengalaman induce , kaedah induce . Dan apa yang saya pasti.. mana blog yang ada kesan negatif ,saya terus keluar sebab taknak virus negatif merebak dalam pemikiran saya. Saya taknak panik , fikir yang bukan bukan. Kita kan ada Allah :)
Sampai ke hospital, saya ditolak menaiki wheel chair ke wad bersalin (eh, bukan bersalin lagi) tapi untuk check bukaan rahim, berat bayi & ukur lilit bayi. Setelah selesai, doktor yang check tadi akan minta suami dan isteri untuk keterangan mengenai risiko bersalin secara induce.
Jangan risau, bersalin secara induce adalah satu proses yang biasa, yang kebiasaan terjadi pada ibu ibu dan suami isteri perlu menandatangani borang persetujuan untuk di'induce'. Kemudian, nurse tolong selesaikan bab pendaftaran bersalin.Oh ya, saya bersalin di Hospital Seberang Jaya. Selesai semuanya, suami dah bawak kan baju bayi, keperluan untuk bersalin.Saya suruh suami balik dulu kerumah.
Prosedur induce dilakukan pada pagi keesokan harinya. Bermula dari pukul 6 pagi, tengah asyik lena dibuai mimpi, nurse datang kejutkan & suruh saya bersedia ke bilik khas untuk dimasukkan ubat induce .Selesai mandi dan solat subuh, saya terus ke bilik khas itu.Pertama sekali, doktor akan checkkan bukaan rahim, bukaan rahim saya pada masa itu masih 0cm :) Jadi ubat induce dimasukkan didalam vagina, lebih kurang macam pil (agak agak je) , proses memasukkan ubat induce tak sampai seminit pon.
Selepas di'induce' terus balik ke bilik ,disarankan oleh doktor tidur atas katil selama 30 minit, kalau boleh jangan buang air besar dan kecil dalam tempoh itu. Selesai 1 kali di induce, masih tak terasa apa apa tanda untuk bersalin , tak ada apa pon rasa kontraksi untuk bersalin.Boleh rileks rileks lagi bersembang. Hihi.Ada orang yang sekali induce pon dah rasa kontraksi untuk bersalin. Tapi saya takda apa pon tanda
Disebabkan tak ada apa tanda untuk bersalin dan jalan atau bukaan rahim masih belum terbuka.Induce ubat kali kedua dilakukan pada pukul 12 tengahari. seperti biasa lepas induce , perlu rehat dikatil selama 30 minit.Kemudian, suami datang bawakan makanan, sembang sembang. Ye, masih tak ada apa apa tanda pon.
Waktu petang , mak abah datang pon masih boleh sembang gelak gelak lagi.Memang tak ada sikit pon rasa sakit pinggang atau apa tanda sekalipon.. Kalau nak tahu paling maksima untuk induce hanya 4 kali je, kalau tak da apa apa tanda .Doktor akan buat c-sect (pembedahan untuk bersalin)
Kemudian, induce ketiga dilakukan.Bukaan masih belum terbuka, tapi baby dah kebawah. Doktor cakap baby memang nak keluar dah ni, dah masuk lorong, doktor dapat rasa rambut & kepala bayi masa check bukaan . Dengan lafaz " Laila haila anta, subhana ini kuntu minaz zolimin '' , doktor tarik bayi kedepan untuk cepatkan lagi proses bukaan .
Pada masa tu, terbayang susah payah mak melahirkan kita. Tersedu sedan kat depan doktor, bukan sebab sakit,tapi sedih bila mengenangkan pengorbanan mak selama ni.Doktor pesan, balik ke balik baca quran, baca surah yasin, telefon mak minta maaf kalau ada salah silap selama ini. Alhamdulillah, dapat dipertemukan doktor sebaik itu (tak ingat nama)
Saya terus balik kebilik, masa tu mak mertua & suami ada dalam bilik.Tompok tompoh darah & lendir pon dah keluar, tapi tak rasa apa pon sakit. Seingat saya pukul 9 malam, mula rasa kontraksi tapi masih perlahan ,sempat lagi saya tidur sebab nak recharge. Saya target nak bersalin pagi sebelum subuh (ye, saya buat self affirmation). Pada pukul 11 malam, kontraksi makin kuat tapi masih boleh tahan. Mata ni asyik tengok jam je, sambil mundar mandir dalam bilik konon nak kurangkan rasa sakit kontraksi tu.
Sampai pukul 2 pagi saya tahan sakit kontaksi tu yang makin kerap, rasanya 5 minit sekali. Mesti nak tahu kan sakitnya macamana.. Hanya Allah je yang tahu, terketar satu badan tahan sakit , terketar macam orang yang mandi pagi dengan air ais (macam tula keadaan saya). Zikir , doa nabi yunus memang tak lepas dari mulut.Air zam zam jadi bekalan,sebaiknya jangan ambil air selusuh sebab ada pesakit yang ambil air selusuh kena marah dengan doktor .Memang air selusuh cepatkan kelahiran ,tapi rasa sakitnya berganda .Dalam bilik tu, saya jalan mundar mandir nak kurangkan sakit, tapi makin jalan makin sakit contraction tu terasa. Jadi saya decide untuk baring.
Tepat pukul 2 pagi, saya bagitau nurse yang sakit semakin kerap , boleh dikatakan seminit sekali. Nurse check bukaan, baru 2 cm. Prosedur untuk masuk labor room bukaan rahim sekurangnya 4 cm. Jadi, kena tunggu sampai 4 cm baru boleh ditolak ke labor room. Saya masuk bilik, tahan lagi sakit.
Pukul 3 pagi memang dah tak dapat nak tahan dah kesakitan tu, bagitahu nurse tak tahan dah. Seperti biasa, check bukaan baru 3 cm. Alhamdulillah, nurse tolong cepatkan bukaan rahim dan saya terus ditolak ke labor room. Sebelum tu,saya telefon suami bagitahu nak masuk labor room dah.Hospital Seberang Jaya tak boleh ditemani suami semasa bersalin, suami kena tunggu kat luar dewan bersalin je.
Masuk dalam labor room, doktor mulakan prosedur CTG . Sungguh tak minat betul CTG ni, kita dahla sakit, sempat pulak nak berCTG bagai. Ada seorang doktor ni kata "bukaan awak baru 4 cm, kena tunggu 6 jam lagi baru boleh bersalin ni". 6 jam lagi??? Sempat lagi fikir, kesian laki aku tunggu lama kat luar,haha dan kalau boleh saya nak cepat cepat bersalin.
Kemudiaan, air ketuban dipecahkan.Sebab dah tak tahan kesakitan tu, sempat bagitahu doktor "kalau boleh czer, czer la..tak tahan dah ni", kemudian doktor offer ubat tahan sakit yang dicucuk di punggung dan sedut gas . Sedut gas tu buatkan saya mengantuk, mana taknya tiap kali contraction saya sedut dalam dalam, gas tu mengkhayalkan & rasa mengantuk.
Tapi doktor bagi kata kata semangat, teruslah PUSH ,PUSH ,PUSH bayi..Macamana nak Push? Macam teran berak..tapi yang ni keluar satu lagi nyawa. 3 kali Push, Alhamdulillah, terus bayi keluar. Keluarlah puteri tercinta. Dan SUBHANALLAH, segala kesakitan yang tadi tahap maksima, terus lenyap,tak rasa apa apa dah pon lepas baby keluar.Setelah 5 jam bertarung kesakitan
Terus doktor angkat bayi , tunjukkan pada saya . Doktor tanya "nampak laki ke pempuan". Hihi, perempuan anak ku. Terus baby diletakkan didada saya untuk disusu kan. Sungguh nikmat yang tak terkata. Tak terluah kata kata. Kemudian ,baby diambil untuk dimandikan dan dibersihkan . Ayahnya pon cepat azankan si anak :)
Inilah buat hati saya yang tercinta, segala perit jerih diharungi untuk dia :) Syukur ya Allah.Puteri Damia Alisya lahir pada 26 Oktober 2013 (lewat dua hari dari tarikh jangkaan) pada 4.49 pagi dengan 2.69kg
Pesan saya pada ibu ibu,
- semasa hamil, amalkanlah minum air masak 3 liter sehari.Jangan malas sebab ia membantu untuk penghasilan air ketuban
- Jangan panik bila dapat tahu terpaksa di'induce', sakit bersalin itu menggugurkan segala dosa kita.Buang segala benda negatif dalam minda kita.
- Bayangkan yang indah belaka (self affirmation).
- Perasan tak saya ada tulis, saya nak lahirkan a.k.a beranak bayi waktu pagi sebelum subuh, sebab suasana waktu tu hening je dengan staff wad tak berapa ramai kalau nak dibandingkan waktu waktu lain. Ye, saya memang berniat sebelum beranak pagi. Kita memang tak boleh ubah takdir pukul berapa nak beranak, tapi kita minta yang terbaik pada Allah . Minta! Saya yakin , dan Alhamdulillah dengan izin Allah ..saya dapat lahirkan di waktu yang saya inginkan. Allah bersama dengan sangkaan hamba hambanya.
- saya bayangkan , semua staff perempuan je yang melayan & merawat saya.Untuk pengetahuan anda, saya bersalin di hospital kerajaan je. Tahu tak? Doa & apa yang saya bayangkan dah terjawab ! Sepanjang diwad, check bukaan jalan, bersalin semuanya dilakukan oleh doktor wanita tanpa permintaan saya sendiri. Nampak tak macam mana Allah mudahkan?
- Yakinlah dengan apa yang anda doakan. Bersangka baik dengan Allah. Allah bersama dengan sangkaan hamba hambanya
- Sakit bersalin setiap orang tak sama, ada yang senang..ada yang susah.Semua tu habuan untuk diri masing masing.Allah uji kita sebab dia tahu kita mampu. Ada kawan dalam satu wad cerita pengalaman dia di'induce', sakitnya hanya 2 jam je, kemudian terus lahirkan bayi dengan selamat. Ada setengah orang, tak induce pon ..tapi sakitnya kuat
- Tolonglah, jangan tinggal SOLAT ! Walaupon dah keluar darah & lendir, kita tetap kena sembahyang kecuali kalau dah bertambah contraction yang kuat. Anda hanya perlu basuh & pakai pad yang baru,ambil wudhuk dan solat.
- banyakkan zikir & selawat untuk memudahkan proses bersalin. Jangan lupa solat hajat & tahajjud mohon Allah permudahkan.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------