Setiap wanita yang mengandung mestilah inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungannya.betul tak? Me as well....jadi, bermulalah episod google menggoogle tips terbaik sewaktu mengandung ni lebih lebih lagi kalau mengandung anak pertama.
Dalam Islam, ibu-ibu yang mengandung sangat digalakkan untuk perbanyakkan membaca al-Quran terutamanya beberapa surah pilihan khas untuk ibu mengandung.
Selain itu, ibu bapa dan bakal ibu bapa ini juga digalakkan mengamalkan beberapa amalan yang boleh membantu mendidik anak dari dalam kandungan supaya mereka dilahirkan sebagai anak yang baik, soleh dan solehah.
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan ibu mengandung dan suami:
- Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengandung bagi mengelak anak yang panas baran.
- Amalkan bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
- Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
- Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
- Banyak berdoa kepada Allah SWT
- Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
- Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat.
- Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
- Baca al-Quran - Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
- Baca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
- Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
- Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
- Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
- Makan makanan yang baik.
- Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
- Rajin mengukirkan senyuman
- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Perkara yang Perlu Dielakkan ketika Ibu Hamil
Selain amalan membaca surah dan doa pilihan, ibu-ibu juga dinasihatkan agar menjaga tingkah laku, mengelakkan perbuatan dan perkataan yang tidak elok bagi mennjaga bayi di dalam kandungan agar tidak mengikut sifat negatif kita.
Jom lihat antara perkara yang perlu dielakkan ketika ibu hamil :
Jom lihat antara perkara yang perlu dielakkan ketika ibu hamil :
- Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk
- Elak makan dan minum yang haram
- Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain.
- Elak penampilan yang tidak menarik di hadapan si suami
- Jauhi maksiat
- Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik
- Jauhi amalan khurafat seperti kepercayaan karut
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------