Teknik Lekapan dan Posisi Yang Tepat Untuk Menyusukan Bayi

Ramai di antara ibu-ibu yang tak tahu tentang posisi yang betul untuk menyusu termasuklah saya ketika melalui pengalaman pertama menyusukan anak.Bagi saya, ilmu ini sangat penting bagi ibu yang berazam ingin menyusukan bayi mereka kerana ianya sangat membantu.Jika salah teknik dan cara, bayi anda tak kenyang kerana tak mendapat susu dengan teknik lekapan yang sebenar. Jom sama sama kita membaca untuk sedikit perkongsian ini 



Bila masa untuk mula menyusukan bayi?


Sebaik sahaja setelah lahir, sebenarnya si kecil sudah mampu untuk menyusu buat pertama kalinya. Jika tidak boleh, lakukan ia selepas 30 minit setelah melahirkan bayi. Mengapa? Kerana, pada waktu inilah si bayi mempunyai daya tindakbalas yang kuat untuk menghisap susu ibu. Amat sayang sekali kalau ia tidak dilakukan dengan cepat. Tambahan lagi, air susu pertama ini mengandungi kandungan zat seimbang yang tinggi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Kolostrum itu tinggi protein dan rendah karbohidrat dan lemak dan menjadikan ia mudah dicerna oleh bayi. 




Bagaimana kalau si kecil lahir melalui pembedahan? 


Biasanya jika sebegini, ia belum boleh disentuh selama 24-48 jam. Meskipun begitu, usah khuatir walaupun bayi anda hanya mahu menyusu pada hari yang ke-3. Tubuhnya masih menyimpan kelebihan cairan dan, kolostrum akan tetap keluar dari tubuh anda. Memang, pada mulanya anda dan bayi anda perlu banyak-banyak “berlatih”. Si kecil belajar menyusu dan merangsang produksi susu badan, sedangkan anda belajar menyusukan bayi dan menghasilkan susu. Lama kelamaan anda berdua pasti menemui cara dan posisi menyusukan bayi yang paling sesuai.Semakin teratur dan lama hisapan bayi, semakin banyak pula susu yang akan anda hasilkan. 



Teknik Lekapan yang Betul




  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.


Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Posisi menyusukan bayi yang betul 


Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda.Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.





Acara menyusukan bayi akan berjaya apabila posisi menyusukan bayi anda juga betul. Ini bererti, posisi tubuh dan cara memegang bayi membuat anda berdua sama-sama selesa. Dan, yang masuk ke mulut bayi saat menyusu bukan hanya puting susu saja, namun juga sebagian besar areola (daerah hitam di sekitar puting). Inilah beberapa posisi menyusukan bayi yang umum dilakukan: 

❤ Posisi Menggendong 


Baringkan si kecil dalam posisi mengiring. Dengan begitu, sebagian muka, perut dan lututnya menempel pada dada dan perut anda. Selipkan tangan bayi lainnya di bawah lengan anda agar ia biar bebas bergerak-gerak. Ini posisi menyusukan bayi paling disukai sepanjang zaman. 


❤ Posisi menggendong silang 


Tahan kepala bayi dengan telapak tangan. Kepala, bahu dan perutnya menghadap anda. Jika anda menyusukan bayi dengan payudara kiri, pegang si kecil dengan tangan kanan. Lekatkan mulutnya ke puting susu dengan ibu jari, sedangkan lengan anda di belakang kepalanya. Posisi ini biasa jadi pilihan jika payudara anda terlalu besar bagi mulut si bayi. 



❤ Posisi Berbaring


Alas kepala, bahu dan kedua lutut anda dengan bantal. Dengan begitu, punggung dan panggul anda dalam garis lurus. Sambil tidur berhadapan, bantu mulutnya mendekat pada puting susu. Untuk lebih selesa, alas kepala bayi dengan bantal juga. Posisi ini biasa dilakukan jika anda belum mampu duduk dengan selesa kerana disebabkan proses pembedahan caesar. 


❤ Posisi Mendakap


Sangga kepala, leher, dan bahu si kecil dengan telapak tangan anda, sedangkan tubuhnya diletakkan di bawah tangan anda. Mukanya menghadap anda. Untuk keselesaan alas tangan anda dengan bantal yang diletakkan di atas pangkuan. Kalau anda akan menyusukan bayi pada payudara kanan, pegang bayi dengan tangan kanan. Arahkan mulut bayi ke putting susu anda. Posisi ini baik sekali bila si kecil kembar, puting susu anda datar, dan anda baru sahaja selesai pembedahan 
caesar. 





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------