Harini saya nak berkongsi dengan anda semua yang ingin hamil & menimang cahaya mata, tapi usia melebihi 35 tahun. Mustahil ke? Sebenarnya tak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Pernah dengar ada wanita yang usia 55 tahun pun masih hamil.
Untuk pengetahuan korang, ibu mertua Nadia pun hamil pada usia 45 tahun.Pada mulanya, kami sekeluarga pon terkejut, maklumlah suami saya pada masa tu pon dah 25.
Kiranya anak & mak mertua mengandung serentak. Beza cuma 5 bulan dengan anak saya :) tapi sama tahun.hihi .Untuk pengetahuan anda juga, ibu mertua saya mengandung tanpa sebarang komplikasi sehinggan saat melahirkan bayi yang normal berat 3.1 kg secara normal & yang paling saya kagum , melahirkan tanpa jahitan walaupun waktu tu dah mencecah usia 45 tahun
Kerana kebiasaanya, kita selalu dimomokkan dengan bayi down syndrome dan berbagai lagi. Percayalah, sesuatu yang terjadi pasti bersebab . Ibu mertua saya dan kami sekeluarga pon risau dengan mitos sebegitu, tapi ia hanya peringatan pada kita. Yang penting, bersangka baik dengan Allah. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Mia bersama maksu nya :) |
Kenali Risiko Hamil di usia 35 keatas
Jika usia anda lebih dari 35 tahun, maka:
- Anda mungkin akan mengalami sukar hamil. Pada awal 30-an, telur anda mula menurun kadar kualitinya dan anda mungkin akan berovulasi lebih jarang daripada umur anda sebelum 30-an. ( tapi, tak mustahil ye! ramai je yang hamil melebihi usia 35 tahun)
- Bayi Anda akan berisiko lebih tinggi mengalami kelainan kromosom, seperti Down syndrome.
- Anda lebih mungkin mengalami keguguran.
- Anda berada pada risiko lebih tinggi terkena diabetes gestational.
- Anda lebih mungkin untuk hamil bayi kembar. Bila anda lebih berusia, perubahan hormon akan menyebabkan anda melepaskan lebih dari satu telur setiap kali anda berovulasi.
- Berada pada risiko lebih tinggi terkena komplikasi yang berhubungan dengan kehamilan
- Potensi untuk melahirkan bayi secara operasi Caesar (pembedahan) sangat tinggi
Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik.
Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.
Mengapa Usia dikaitkan dengan Tahap Kesuburan
Secara kesimpulannya, tahap kesuburan wanita berkait rapat dengan kualiti telur yang dihasilkan. Semakin berusia, kadar kualiti telur atau ovum semakin menurun dan boleh menyebabkan punca sukar hamil.
Tips Meningkatkan Kesuburan Di Lewat USia 35 Tahun
(1) Makan Diet yang Seimbang
Mengamalkan makanan yang kaya asid folik , kalsium , zat besi , dan protein . Tambahan diet anda dengan mengambil vitamin pranatal sebelum anda hamil dan dengan terus digunakan selama kehamilan anda .
(2) Menjaga Berat Badan Sihat
Pastikan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik sebelum anda cuba untuk hamil . Wanita yang mengalami obesiti ( indeks massa tubuh 30 atau lebih tinggi ) mungkin mempunyai masa yang lebih sukar untuk hamil . Wanita yang lebih tua dan mengalami obesiti lebih terdedah dengan diabetes gestational.
(3) Elakkan Terdedah Bahan Berbahaya
Tidak digalakkan minum alkohol , minum ubat tertentu , pengambilan dadah , dan merokok.
(4) Jauhi Stress
Menjauhi stress , dan mengamalkan gaya hidup yang sihat akan meningkatkan peluang anda mempunyai kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko hamil di usia tua .
Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Meningkatkan Kesuburan Dilewat Usia ?
Untuk anda yang masih lagi berusaha , jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Cadangan vitamin bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan
Energizing Soy Protein
protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
- Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
- Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
- ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang
- Menyokong kesihatan prostat (lelaki)
- Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan
- Meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum
Gla Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio
Membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Selain daripada itu, Gla Complex juga membantu
- menghasilkan telur atau ovum yang matang
- menstabilkan hormon kewanitaan
- mencegah daripada menopause sebelum usia
- menstabilkan kitaran haid wanita
B Complex
Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
notakaki : segalanya tidak mustahil. Teruskan berdoa. Harapan sentiasa anda untuk anda
Kisah ibu mertua saya tadi sebagai satu semangat untuk anda,jangan takut untuk hamil dilewat usia 35 tahun.Alhamdulillah ,sepanjang kehamilan ibu mertua saya yang berusia 45 tahun , tidak mengalami sebarang komplikasi seperti morning sickness, darah tinggi.
Semuanya baik baik belaka dan melahirkan secara normal. Ibu mertua saya adalah salah seorang ibu yang hanya MENYUSUKAN BADAN ,takda campur susu formula pon sehingga hari ini. Di usia 46 tahun.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------