Assalamualaikum. Masalah tidur semasa hamil adalah perkara biasa. Dalam trimester pertama, anda mungkin terkejut betapa kerap anda rasa ingin tidur.Bila memasuki trimester ketiga, masalah sukar tidur semakin kerap terjadi disebabkan tumbesaran bayi didalam rahim si ibu.Apabila rahim semakin membesar, keadaan sukar bernafas semasa tidur lebih terasa pada wanita hamil.Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.
Mengapakah tiba-tiba saya rasa hendak tidur?
Pada awal kehamilan, anda mula merasa sangat mengantuk pada waktu siang. Tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan anda rasa mengantuk secara tiba-tiba.
Progesteron boleh membuatkan kehidupan seharian di tempat kerja terasa seperti begitu memenatkan, seolah-olah anda sedang berlari dalam acara marathon. Anda juga mungkin rasa begitu letih sehingga anda menyangka anda hendak terkena demam selesema. Keadaan anda yang keletihan ini juga boleh membuatkan loya dan muntah-muntah yang berlaku pada awal kehamilan menjadi lebih teruk.
Malangnya, progesteron juga boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam dan menyebabkan anda rasa lebih letih pada waktu siang. Apa yang anda boleh lakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan tidur sebentar bila-bila anda boleh.
Mengapakah sukar bagi saya untuk tidur dengan selesa semasa hamil?
Payudara anda yang membengkak mungkin membuatkan sukar bagi anda mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap.
Trimester pertama merupakan waktu yang terbaik untuk melatih diri anda tidur mengiring. Posisi ini dapat memperbaiki aliran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) anda. Berbaring dalam posisi ini juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Lebih cepat anda membiasakan diri tidur mengiring, lebih mudah untuk anda tidur dengan selesa apabila perut anda sudah memboyot nanti.
Mengapakah saya asyik rasa hendak membuang air kecil?
Uterus anda yang sedang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan anda lebih kerap berlari ke tandas. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda. Anda mungkin dapat tidur lebih lena jika anda kurangkan minum pada waktu malam. Oleh itu, pastikan anda minum banyak air pada waktu siang kerana penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat.
Adakah kurang tidur akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Rasa mengantuk adalah perkara biasa semasa hamil dan ia tidak akan membahayakan bayi anda.
Dengarlah kata badan anda apabila ia memberitahu untuk anda mengurangkan aktiviti dan berehat. Jika anda tidur terlalu sedikit dalam awal kehamilan, anda mungkin berisiko lebih tinggi mengalami praeklampsia dan tekanan darah tinggi.
Terimalah hakikat bahawa tiga bulan pertama kehamilan anda akan jadi sangat meletihkan, oleh itu, berehat atau tidurlah sebentar bila-bila anda ada peluang.
Tips Untuk Tidur Lena Semasa Hamil
Disebabkan seorang bakal pelanggan saya mengadu dia ada masalah nak tidur masa hamil. Dan ada ketikanya bila dah tidur, senang saja terjaga. Lepas tu dah susah nak lena balik. Itu belum dikira bila tiba-tiba saja terjaga sebab kejang kaki. Memang azab juga lah bila kekejangan kaki menyerang
Sebenarnya masalah ni dihadapi oleh ramai ibu yang sedang hamil. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan. Juga, susah nak lena tidur masa hamil tu sebenarnya adalah latihan sebab bila dah bersalin nanti mesti kena bangun di tengah malam untuk tukar lampin dan susukan anak. :)
Apa-apa pun di harap tips berikut dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena semasa hamil :
1. Pastikan anda mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.
2. Baring secara mengiring ke sebelah kiri kerana posisi ini membantu pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik ke plasenta.
3. Elakkan dari minum air yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh terutama diwaktu malam.
4. Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang. Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.
5. Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah dengan mengiring dan separuh lutut di bengkokkan. Posisi ini membantu jantung anda bekerja dengan lebih baik dan berat janin tidak menekan pembuluh utama darah.
Supplement Shaklee yang dapat Membantu Masalah Sukar Tidur Semasa Hamil
- Bantu tidur lena sepanjang malam.Badan terasa bertenaga dan mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
- Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
- Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutama buat ibu hamil Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)
Jom dapatkan OsteMatrix anda hari ini!
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------