Sebelum ini, saya ada kongsikan dengan anda entry mengenai Tips Bina Otot Badan atau Six Pack Dengan Cepat , kali ini saya kongsikan anda kesalahan yang kerap dilakukan dalam proses bina badan
Menambah otot adalah mudah jika anda mempunyai pengetahuan dan disertakan dengan kerja keras. Tetapi jika mempunyai program yang betul, hendak kekal dengannya pun bukan mudah. 10 Kesilapan-kesilapan biasa dilakukan:
8 Kesalahan Dalam Proses Membina Otot Badan
1. Tidak Cukup Latihan
Anda mungkin fikir sudah cukup teruk berlatih, tetapi adakah badan anda betul-betul sampai ke limit? Untuk merangsang pertumbuhan otot, otot mesti dibelasah sehingga limit sehingga meransang otak menerima isyarat yang meransang untuk pertumbuhan otot untuk persiapan latihan seterusnya.
Ini untuk mereka yang tidak memakai bantuan luar seperti dadah sukan. Banyak yang saya lihat, walaupun berlatih kaki, tapi masih senang bergerak seolah-olah tiada apa.
2. Latihan Terlalu Panjang
Banyak yang fikir, jika berlatih lama lagi bagus. Betul ke? Saya selalu lihat mereka yang berlatih sehingga 3-4 jam sehari. Untuk apa? Korang takde kehidupan lain ke kat luar? Latihan yang bagus cuma mengambil masa 45-60 minit. Ada latihan boleh berlatih secara berpasangan. Tetapi jika menyasarkan bakar lemak dan berpasangan, memang kesilapan besar.
Ini kerana dengan berpasangan, masa rehat bertambah. Untuk bakar lemak, kita memerlukan masa rehat minimum sekitar 10 saat, bukan 3 minit. Kebiasaannya, yang jadi sehingga 3-4 jam disebabkan berlatih sampai 3-4 pasangan atau pun terlalu banyak borak di dalam gym.
3. Makan Terlalu Banyak
Saya ingat lagi, ketika saya baru mula bersenam dahulu, saya diajar untuk makan sebanyak mungkin. ‘Saiz’, kata jurulatih saya dahulu. Betul ke? Tidak betul sama sekali, seeloknya makan mengikut keperluan. Jika memerlukan 4000 kalori sehari tetapi kita makan 6000 kalori sehari, yang lebih akan ke mana? Akan disimpan di perut.
Jika untuk membesarkan badan, buat penambahan 300-500 kalori atau sekitar 10% penambahan, bukan lebihan 2000-3000 kalori atau dalam bahasa mudahnya, mengambil kalori makanan melebihi keperluan. Ketika membesarkan badan boleh ikut diet 50:30:20, karbohidrat:protein:lemak.
Makan makanan yang betul penting dalam bina otot. Untuk meningkatkan berat badan secara berkesan , saya sarankan anda dengan pengambilan Set Weight Gain Shaklee yang sekaligus membantu meningkatkan berat badan dan otot
Makan makanan yang betul penting dalam bina otot. Untuk meningkatkan berat badan secara berkesan , saya sarankan anda dengan pengambilan Set Weight Gain Shaklee yang sekaligus membantu meningkatkan berat badan dan otot
4. Tidak Cukup Rehat
Rehat yang cantik adalah sekitar 72 jam untuk bahagian otot yang besar dan 48 jam untuk otot-otot kecil. Manakala tidur berkualiti adalah sangat penting untuk pemulihan. Tidur sekurang-kurang 8-10 jam sehari untuk pemulihan maksimum.
5. Tidak Cukup Latihan Asas
Kekal pada senaman asas seperti squat, deadlift, bench press untuk mengukuhkan asas. Senaman ini adalah gerakan kompoun yang menggunakan lebih daripada satu sendi dan melibatkan kebanyakan otot besar. Mereka mempunyai pengaruh besar dalam meransangkan serat otot untuk tumbesaran.
6. Kurang Motivasi
Untuk berjaya, anda harus menjadi orang yang mampu bekerja keras berulang kali untuk satu jangka masa panjang. Konsistensi adalah rahsia kejayaan. Anda mesti mempunyai sesuatu yang memberi anda semangat berterusan untuk ke gym, mungkin kerana sesuatu, atau mungkin dicabar, dan lain-lain.
7. Tidak Menetapkan Matlamat dan Tarikh Akhir
Dalam bekerja, jika tiada tarikh akhir untuk siapkan sesuatu kerja, biasanya kita akan melambat-lambatkannya. Begitu juga dalam gym, jika kita tidak meletak sasaran, hendak jadi bagaimana? Berapa besar? Berapa kuat? dan bila sasaran kita? susah untuk cecah apa yang diharapkan. Berlatih bertahun-tahun tetapi tiada matlamat yang jelas.
8. Tidak Bertanding
Bertanding tidak semestinya bertanding di atas pentas atau masuk pertandingan. Bertanding paling kurang pun dengan diri sendiri. Bagaimana badan kita dua bulan lepas jika dibandingkan sekarang?
Atau bagaimana hasil diet tahun lepas jika dibandingkan dengan tahun ini. Bagi mereka yang bertanding di atas pentas, boleh membezakan apa bezanya tahun lepas dan tahun ini. Saya sering lihat, mereka yang bertanding setiap tahun, badan sama je, tiada perubahan.
Apakah Produk Shaklee yang Membantu Pembinaan Otot ?
Anda sudah fahamkan bagaimana otot badan terhasil? Saya harap anda faham apa yg disampaikan.Di Shaklee, untuk membina otot badan ,pengguna disarankan pengambilan Energizing Soy Protein
Energizing Soy Protein
850 gram
Setelah lemak dibakar dan dibuang dari badan, anda mungkin mengalami keadaan dimana kulit dan otot menjadi kendur. Sebab itu anda perlukan suplemen untuk membina semula otot-otot tersebut.
- Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
- Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
- Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
- Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.
TESTIMONI PENGGUNA ESP SHAKLEE
Berdasarkan testimoni diatas, kita dapat lihat penggunaan protein (Energizing Soy Protein) dapat membantu meningkatkan otot badan dan dalam masa yang sama, tiada lagi otot mengelember & berat badan turun ke paras ideal dari 100kg ke 83 kg . Hilang 17 kg! Badan pon dah sado.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.