Cara Kira Kalori Dalam Makanan

Hari ini kita bercerita tentang kalori, pernah dengar apakah kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Ia dikenali sebagai unit “kcal”. Tanpa kalori, diri kita tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi asas seperti bernafas, berpeluh, mengekalkan suhu badan dan lain-lain lagi.Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.

Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat. Tenaga yang di ubah dari makanan di panggil kalori.Kalori di ukur dalam unit joule.

Ada orang bertanya “apa salahnya mengambil banyak kalori?”.Anda akan menjadi gemuk dengan memakan makanan yang banyak kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.


Adakah badan perlukan kalori?


Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.



Bagaimana cara untuk kira kalori dalam makanan?

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;

Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?



Apa akan berlaku jika tabiat makan (melebihi kalori diperlukan)  berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak.

- 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan.
- Maka, dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!!


Bagaimana untuk membakar kalori?

Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?


Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

kalori, bakar kalori, kalori dalam badan, senarai makanan dan kalori



Adakah anda mengambil tahu kadar kalori yang anda makan seharian?

Di bawah, disenaraikan makanan yang mengandungi kalori beserta jumlah kalorinya sekali.
kalori, bakar kalori, kalori dalam badan, senarai makanan dan kalori



Alamak!! semua makanan kesukaan mempunyai kalori yang banyak!

Ya, betul, tapi itulah kandungan kalori yang dipersetujui oleh para pakar pemakanan. Patutlah perempuan senang untuk bertambah berat badan




KETAHUI :







------------------------------------

Saya adalah pengedar Shaklee ,
Nornadia Mansor 
ID Shaklee : 866457 

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.

---------------------------------------------