Cara Menentukan Tarikh atau Waktu Bersalin dengan Mudah Dan Tepat

Perkara yang buatkan bakal ibu ibu teruja semasa kehamilan selain dari jantina si anak adalah tarikh bersalin. Teruja si ibu nak beli persiapan si anak atau kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan akan lahir pada hari hari yang bersejarah buat mereka seperti tarikh ulangtahun perkahwinan atau mungkin jatuh pada  sama tarikh lahir dengan si ibu !

Pada lawatan pertama anda ke klinik untuk membuat booking @ daftar kehamilan,doktor akan menentukan tarikh jangkaan anda akan melahirkan bayi anda.Jangkaan bersalin ini boleh ditentukan melalui hari pertama bagi haid anda yang terakhir. 

Bagaimana cara menentukan tarikh bersalin dengan mudah?


Cara mengira tarikh jangkaan bersalin melalui tarikh pertama bagi akhir haid anda

Cara Menentukan Tarikh atau Waktu Bersalin,tarikh bersalin

Contoh:

Haid terakhir anda adalah 02/09/2008 sehingga 10/09/2008

Doktor akan tanya bila last anda datang haid. Anda perlu memberikan tarikh 02/09/2008 BUKAN 10/09/2008


Bagaimana doktor kira tarikh bersalin ?

1. Naegele's Rules 

Secara ringkasnya saya tunjukkan di sini buat pengetahuan anda :
Hari + 7, Bulan – 3, Tahun + 1

Tarikh hari pertama haid terakhir: 02/09/2008 ,
2+7 = 9
9- 3 = 6
2008 + 1 = 2009





Maka, untuk contoh di atas, tarikh jangkaan bersalin ialah 09/06/2009


2. Due Date Calculator

Cara nilah paling senang, ibu ibu boleh muat turun di telefon pintar masing masing atau terus ke website yang menyediakan kalkulator jangkaan tarikh bersalin ini.

Anda hanya perlu isikan hari pertama kitaran haid terakhir




3. Roda Kehamilan .

Biasanya jika anda ke klinik , doktor akan mengesan tarikh jangkaan besalin melalui roda kehamilan ini.  Doktor akan berikan tarikh jangkaan bersalin setelah mendapat maklumat mengenai tarikh hari pertama haid terakhir anda






Bagaimana tentukan tarikh bersalin jika saya tak pasti tarikh terakhir hari pertama haid ?

Biasanya ada ibu yang tak ingat tarikh hari pertama haid terakhor mungkin disebabkan haid yang tak teratur sebelum ini. Tetiba je ada simptom simptom ibu mengandung dan bila disemak dengan kit kehamilan..Alhamdulillah, naik dua line positif


Sekiranya anda was-was dengan tarikh haid anda, doktor akan membuat ultrasound untuk menentukan tarikh jangkaan anda bersalin. Ultrasound pada awal kehamilan adalah lebih tepat berbanding di tengah- tengah atau di hujung kehamilan.Tarikh akan ditentukan melalui imbasan berdasarkan perkembangan janin dalam rahim si ibu.

Ultrasound atau scan bertujuan untuk mengetahui jumlah bayi dan menganggar tarikh bersalin yang paling tepat kerana pada waktu itu jika terdapat ralat, bezanya hanya 1 minggu. Kelemahan scan bergantung kepada siapa yang scan. Mungkin ketepatan imej yang didapati berbeza antara 2 individu.



Adakah tarikh  jangkaan bersalin  ini adalah tepat 100%?

Bagaimanapun, jangkaan bersalin ini adalah sekadar jangkaan sahaja. Ia tidak semestinya tepat. Ini kerana setiap wanita mempunyai kitar haid yang berbeza. Ada yang 21 hari dan ada juga 28 hari. Sebab itulah kita lihat ramai yang melahirkan bayi mereka awal dari jangkaan ataupun lewat dari jangkaan doktor.

Sebaiknya, si ibu buatlah persediaan seawal 7 bulan kehamilan. Biasanya tempoh matang untuk kehamilan adalah 36 minggu keatas. Bila bila masa sahaja si ibu boleh melahirkan jika kandungan lebih dari 36 minggu.

Maka, anda perlu ingat bahawa ini adalah jangkaan semata-mata.


Ibu Cergas, Anak Sihat! 

Sebaiknya, jagalah kesihatan anda sepanjang kehamilan dengan baik kerana ia juga memberi kesan pada kandungan anda. 

Jadi, Shaklee menawarkan set kehamilan Shaklee buat ibu ibu untuk membantu anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan :)

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk wanita yang sedang hamil.


  • Untuk wanita hamil trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
  • Untuk wanita hamil trimester 2 dan  3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.

Kalau anda inginkan kesihatan optimum untuk anda dan bayi dalam kandungan, sangatlah disarankan pengambilan  ESP(energizing soy protein)  yang sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih menyusukan







------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.


---------------------------------

KEBENARANNYA ADALAH APABILA BAYI ANDA BERSEDIA UNTUK KELUAR, DIA AKAN MEMBERIKAN TANDA-TANDANYA KEPADA ANDA. =) 






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN
 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

-----------------------------------