Manfaat Senaman Kegel untuk Wanita Hamil

Trimester yang kedua merupakan masa terbaik untuk anda memulakan senaman kegel. Senaman kegel dinamakan sempena nama Dr. Arnold Kegel. Senaman kegel boleh menguatkan otot pelvik dan memudahkan anda melahirkan anak. Anda boleh melakukan senaman kegel ini di mana-mana sahaja.Tarik dan lepas otot pelvik anda. Ia sama seperti anda cuba menghentikan pengaliran air kencing.


Otot-otot yang anda tarik dikenali sebagai “pubococcygeus”. Ia terdapat padatulang pubik hingga ke pengakhiran tulang belakang (ekor tulang). Kehamilan boleh menyebabkan tulang ini lemah. Disebabkan kelemahan tulang ini, anda akan mudah terkencing apabila anda ketawa, bersin ataupun meneran. 

Terdapat satu kajian yang menyatakan 50% wanita hamil mengalami kelemahan pundi kencing ketika hamil dan juga selepas hamil.

Senaman kegel bukan sahaja membantu mengelakkan anda dari terkencing tetapi ia juga boleh membantu membetulkan kepala bayi anda kepada posisi yang betul untuk bersalin. Oleh itu, senaman kegel ini sebenarnya sangat penting.



Untuk melakukan senaman ini, anda perlu tahu bagaimana ingin membezakan antara otot-otot anda. Jangan pula anda menarik seluruh otot otot perut, peha dan punggung. Anda hanya perlu menarik otot yang saya nyatakan tadi sahaja.



Jika anda keliru untuk melakukannya, cuba fikir bagaimana jika anda menghentikan pengaliran air kencing yang masih lagi ingin keluar. Jika anda masih lagi keliru tentang otot mana yang ingin ditarik, anda perlu berlatih beberapa kali dengan menahan air kencing ketika anda sedang kencing. Dengan itu anda akan berjaya melakukan senaman kegel. 



Senaman kegel sangat mudah dilakukan. Ia dapat dilakukan di mana-mana sahaja samada di rumah, ditempat kerja, malahan ketika bershopping pun anda masih boleh melakukannya. Mulakan dengan 10-25 kali. Kemudian tingkatkan sehingga 100 kali sehari secara berperingkat-peringkat.





Manfaat senaman kegel bukan sahaja untuk wanita hamil. 


Malahan dari pelbagai sudut. Contohnya;

  • Mengelakkan buasir
  • Mengelakkan daripada rahim jatuh
  • Membantu penyembuhan episiotomi akibat melahirkan anak
  • Membantu anda klimaks ketika melakukan seks
  • Menguatkan otot-otot pelvis selepas melahirkan anak.




Cara Melakukan Senaman Kegel





Secara ringkasnya:

1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing
2. Tahan selama 2-3 saat
3. Lepaskan ia secara perlahan-lahan dan rehat sebentar
4. Lakukan 3 kali sehari dengan jumlah 25 kali setiap kali. Tingkatkan
jumlahnya jika otot anda telah menjadi kuat




------------------------------------

Saya adalah pengedar Shaklee ,
Nornadia Mansor 
ID Shaklee : 866457 

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.

---------------------------------------------