Mencegah Dan Mengatasi Masalah Rambut Beruban di Waktu Muda

Melihat muka di cermin dengan keadaan rambut yang semakin memutih, membuatkan mereka berasa rendah diri dan malu untuk berjumpa rakan-rakan, khususnya bagi remaja lelaki. Kalau perempuan yang bertudung, bolehlah selindung dan sorok masalah rambut itu. Bagaimana pula kalau yang tidak bertudung?

Munculnya uban di rambut bukan lagi merupakan petanda bahawa seseorang telah lanjut usia  kerana zaman sekarang ini sering sekali kita melihat anak remaja pun dah beruban.  

Apabila anda adalah salah satu orang yang terkena permasalahan ini dan sedang bingung mencari penyelesaiannya. Insyaallah, harini saya kemukakan beberapa info mengenai masalah uban sebelum usia :)

Jom kita baca

rambut beruban sebelum tua,punca rambut beruban,punca rambut beruban di usia muda,punca uban,mengatasi rambut berubanmcara merawat rambut beruban di usia muda,mengatasi rambut beruban sebelum waktunya,muda dah beruban




Punca-punca uban pra-matang


Perkara ini membuatkan remaja runsing apabila dikatakan sudah tua hanya kerana uban di kepala

1. Genetik

Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Kalau ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi. 

Gen yang berpengaruh dalam tubuh badan seseorang itu akan menyebabkan tumbuhnya uban lalu menyebabkan rambut yang hitam bertukar keputihan. Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan itu.



2. Merokok 

Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.





3. Tahap Tekanan yang Tinggi 

Stres atau tekanan perasaan juga boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.



4. Campuran Bahan Kimia 

Produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.


Apabila pewarna rambut ini kerap digunakan akan meresap ke dalam pigmen rambut dan menyebabkan uban akan mudah tumbuh dan jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya di kemudian hari.



5. Gaya Hidup Tidak Sihat

Ada juga remaja kini yang sangat malas untuk mencuci rambut dan tidak menggunakan syampu. Ada pula sabun badan digunakan untuk rambut? Bahan yang digunakan dalam sabun mandi dan syampu berbeza dan sabun tidak sesuai digunakan untuk mencuci rambut. Sila ingat dan faham! 


6. Pemakanan yang Tak Seimbang

Pemakanan yang seimbang mamainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh termasuk juga kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B12 adalah punca rambut beruban yang biasa. 

Menurut Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu, uban yang muncul pada usia muda biasanya disebabkan oleh faktor nutrisi tidak seimbang.
"Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut.
"Pigmen berkenaan dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai melanosit dan rambut menjadi putih kerana melanosit tidak lagi menghasilkan melanin," katanya.


Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi.Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam.




Cara Merawat Rambut Beruban Diusia Mudah & Mencegahnya Berulang

1. Elakkan Mewarna Rambut

Jika anda menggunakan pewarna rambut, mulai dari sekarang kurangkanlah kerana bahan kimia yang terdapat dalam kandungan perwarna rambut tersebut boleh merosakkan pigmen rambut


2. Menjaga Kebersihan Kulit Kepala

Penyelidikan yang dilakukan oleh dermatologi menunjukkan bahawa kelumumur juga merupakan salah satu punca rambut beruban. Gunakan syampu anti kelumumur atau perahan jus lemon sebagai alternatif semulajadi untuk menghilangkan kelumumur


3. Penggunaan Inai

Penggunaan inai untuk mewarnakan rambut yang putih digalakkan kerana produk di luar belum tentu halal dan ada ketikanya tidak boleh digunakan untuk bersolat.


4. Tingkatkan pengambilan Vitamin

Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Dalam usaha untuk memerangi masalah uban ini, pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan memakan sayuran berdaun hijau dan buahan berwarna kuning. Anda juga boleh mengambil vitamin B12 dalam bentuk pil.


5. Mencegah stres

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.





Bagaimanakah Vitamin Shaklee dapat Membantu Masalah Ini?

http://www.greenvitamin.net/search/label/B-COMPLEX
B Complex 
120 Tablet (4 bulan penggunaan)


Kekurangan vitamin B juga adalah punca kepada tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda.

Ia juga menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan.


Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini, remaja boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut.


Shaklee B Complex mengandungi Vitamin B12 yang membantu menghasilkan melanin dan mengembalikan warna hitam pada rambut yang akan tumbuh



http://www.greenvitamin.net/search/label/VITALEA
Vitalea Iron Formula 
120 Tablet (2 hingga 4 bulan penggunaan)

Mineral sememangnya penting untuk tubuh berfungsi dengan sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. 

Oleh itu, penting untuk mempunyai pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. 

Multivitamin yang diformulasikan dengan zat besi ini juga memainkan peranan penting sebagai ELEMEN PENTING UNTUK SEL TUBUH. Ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup , pertumbuhan sel baru,membantu proses tumbesaran , pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan  hormon  serta menjaga kesihatan tiroid.








------------------------------------

Saya adalah pengedar Shaklee ,
Nornadia Mansor 
ID Shaklee : 866457 

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.

--------------------------------------------