Rawat Masalah Talasemia dengan Shaklee

Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mana penghasilan struktur hemoglobin di dalam sel darah merah yang tidak normal.  Talasemia adalah penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. 

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.



Jenis Jenis Talasemia :

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.


Tanda dan Simptom Penyakit Talasemia

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

Selain daripada itu,
  • Tubuh pucat
  • Lemah
  • Gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas. 
  • Jaundis 
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakkan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukkan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Bagaimana Talasemia boleh Diwarisi Kepada Anak ?

Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. 

(1) Kedua-dua ibu bapa adalah normal

Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.

(2) Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal

Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
(3) Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia

Mereka adalah golongan berisiko.Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai 
  • 1:4 (25%)  peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major
  •  1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat 'Thalasemia trait'
  •  1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada penyakit tersebut.


Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?

1-Sejarah dan pemeriksaan fizikal.
2-Penyelidikan makmal:
  • Indeks Hematologi. Parameter Hematologi ini diukur menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah. Ianya untuk menilai ukuran dan isi padu sel darah merah dan jumlah hemoglobin yang terdapat di dalamnya. Talasemia disahkan apabila ukuran dan isi padu sel darah merah dan kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjukkan berkurangan dengan jelas.
  • Filem Darah dan morfologi sel darah merah. Apabila dilihat dibawah mikroskop, sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil daripada ukuran normal dan yang paling penting kebanyakan mempunyai bentuk yang ganjil: anisocytosis, poikilocytosis.
  • Hemoglobin electrophoresis. Proses ini adalah untuk memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul Hemoglobin- contohnya HbA,HbA2, dan HbF. Bagi pengesahan penyakit Talasemia ditentukan dimana tahap Hemoglobin janin (HbF) adalah tinggi daripada paras normal dan perbezaannya adalah antara 20-90%. HbA2 biasanya dikira sehingga 3% daripada paras normal hemoglobin dewasa, boleh jadi tidak wujud, berkurangan, normal atau sedikit meningkat.
  • Kaedah Molekular. Kaedah ini adalah cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapat maklumat yang khusus berkaitan dengan pengesahan penyakit, melalui kajian DNA.

altalt
Darah pesakit TalasemiaDarah individu yang normal

PENTING!

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

**** Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia.


Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?

Jika tidak dirawat, pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang dinyatakan diatas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk. 

Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang-kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia.

Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). 

Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala.


Vitamin Shaklee yang Membantu Masalah Talasemia


  • Vitamin B-Complex membantu dalam meningkatkan tenaga 
  • diperlukan untuk membina sel darah merah.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Disarankan kerana protein membantu di dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel-sel darah merah. 
  • membantu meningkatkan tenaga.

  • Sebagai Anti Oksidan 
  • membantu melindungi sel darah merah 
  • meningkatkan imun badan 

  • Lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D 
  • memberi manfaat kerana membantu meningkatkan tenaga


Testimoni Pesakit Talasemia dengan Set Thalasemia Shaklee


# Testimoni 1



# Testimoni 2


# Testimoni 3


Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement untuk Talasemia Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda dari Shaklee. InsyaAllah, saya akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN

♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------------