Anda mengalami masalah susu tersumbat atau bengkak susu? Ya, ia amat menyakitkan , boleh buat ibu jadi demam dan menggigil badan. Ohh sakitnya.Boleh demam dibuatnya.
Sebelum saya meneruskan. Tahniah pada anda , kerana menjayakan susu badan iaitu susu yang terbaik untuk si manja anda.
Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi.
Apakah Simptom Masalah Duktus Tersumbat ?
- Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump
- Penghasilan susu yang merundum
- Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.
- Terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”
Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat.
Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.
Apa punca duktus tersumbat?
Duktus tersumbat selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran.
Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan . Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.
Kesimpulannya, antara punca berlakunya perkara bengkak susu adalah
Kesimpulannya, antara punca berlakunya perkara bengkak susu adalah
- Jarak masa antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama
- proses cerai susu yang terlalu drastik
- penggunaan saiz corong breast shield yang tidak sesuai
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan puting tersumbat?
Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan.
Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan.
- Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
- Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
- Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
- Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
teknik urutan pada buah dada untuk melancarkan susu badan |
- Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.
Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor .
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor .
Apakah Vitamin Shaklee yang Dapat Membantu?
Lecithin Shaklee
180 Kapsul
Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy lecithin merupakan sumber utama kolina.
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya
# Testimoni 1 : Tiada lagi masalah bengkak susu dan kurang sakit semasa mengepam
# Testimoni 2 : Lansung takde lagi bengkak susu dan semua jadi sepeti sediakala
BONUS ! Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.