Assalamualaikum semua,
Sekarang ni ramai yang dah mulakan setapak kemajuan untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online.Bermacam macam jenis perniagaan..ada yang jual pakaian, barang preloved, makanan, dan kebanyakannya promosi menggunakan internet.Saya pula memilih menjadi pengedar Shaklee sebagai punca utama pendapatan saya :)
Sebenarnya dalam perniagaan ni , ada pasang surutnya. Semasa surut tu lah nak menguji kekentalan hati untuk teruskan perniagaan. Nak berjaya bukan senang ye dik :) Perlukan pengorbanan masa, tenaga.Proses mendidik hati sangat penting
Allah hadirkan Shaklee dlm hidup sy sebagai asbab untuk saya berfikir dan berubah. Untuk terus motivasikan diri. Belajar 'move on' bila jatuh. Belajar berfikir akan perlunya membantu orang lain. Belajar lebih berdikari. Belajar lebih menghargai ibu bapa dan mereka yg hadir di sekeliling kita.
Bila kita tengok orang lain berjaya, terdetik dalam hati "Senangnya dia berjaya.Mudahnya dia berjaya... Macamana dia buat ya. Apa magic yang dia ada..Apa teknik dia guna..."
Kita pun tanyalah orang tu, minta derang turunkan tip2 nak berjaya juga... tapi akhirnya kecewa,sebab mereka tak bagitau pun.Bukan kerana mereka kedekut, tapi mereka buat EXACTLY sama dgn apa yng kita tahu, apa yang kita tahu tapi tak buat pun
Jom ,kita Jemput rezeki dalam perniagaan melalui jalan ibadah
1- Kenapa kita perlu jadikan Allah Sebagai business partner?
Hati manusia Allah pegang, termasuk hati kita. Rezeki adalah urusan Allah S.W.T., jadi sekali-kali jangan sombong meminta dariNya. Adakah kita telah mengambil kira faktor faktor spiritual yang mengaitkan aktiviti kita dengan redha dari Maha Pemberi Rezeki iaitu Allah swt ?
Namun sekiranya rezeki kita tertahan – terasa susahnya sangat nak dapat rezeki maksudnya terdapat dosa atau mungkin kita belum cukup syarat yang boleh menghalang laluannya untuk sampai kepada kita. Caranya ialah membersihkan diri kita terlebih dahulu dengan ibadah dan pastikan kita istiqamah dengannya.
JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.Percaya pada Allah.
2- Amalkan Solat Dhuha
Pernah suatu masa, saya rasa 'lost' dalam hidup. Tak tahu apa yg terbaik utk diri.. Tercari-cari sesuatu yang hilang. Ada yg tak lengkap. Bila rasa sesak, orang lain dipersalahkan.. Jiwa rasa kosong sangat.. Macam lagu Najwa Latif tu..Kosong Kosong .hihi
Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya.
Jangan stop belajar, jangan stop perbaiki iman dan amal kita. Berusaha mesti ada zahir dan batin. Zahirnya kita berusaha di luar tetapi batinnya, kita berusaha jaga solat 5 waktu, buat solat tahajud, dhuha, taubat, hajat dan istikharah setiap hari. Banyakkan istighfar dan selawat untuk mohon Allah swt lihat kita dan lihat permohonan serta rintihan hati kita.
Kalau rasa kita terlalu SIBUK, carilah KELAPANGAN dengan berdhuha. Kalau selalu KUSUT, carilah KETENANGAN dengan berdhuha . Dhuha bukan sahaja MENJEMPUT REZEKI ,tapi ia adalah FADHILAT untu saham AKHIRAT
3- Zikir dan Istighfar
Adakah anda tahu selain dari diampunkan dosa, salah satu daripada kelebihan istighfar ini adalah memaksa rezeki datang bertamu?
Rezeki itu datang dari pelbagai cara dan jenis. Rezeki bahagia, rezeki sihat, rezeki harta,rezeki anak, dan bermacam-macam lagi. Tak percaya? Majalah Al-Islam telah merungkaikannya. Tempat pertama memaksa rezeki masuk bukan solat dhuha tetapi jatuh kepada istighfar. Subhanallah. Bertapa besarnya hikmah kalimah ini.
Zikir, di waktu lapan jangan nyanyi melalak lalak,Jom ubah dengan zikir. AMalkan :
- Zikir astagfirullahalazim 300 kali
- Zikir Ya Wahhab 1000 kali
4- Sedekah (The More You Give, The More You Get)
Surah At-Talak ayat 7,
“Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar mampu). Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya. Orang-orang yang disempitkan hidupnya, ingatlah bahawa Allah akan memberi kesenangan selepas berlakunya kesusahan.”
Usahawan ramai tewas di tengah jalan dan menemui jalan buntu apabila tidak jelas akan matlamat bisnes mereka. Target untuk buat sales 300K sebulan bunyinya amat jelas dan bermatlamatkan? Tetapi untuk apa kita berusaha gila-gila mencapai jualan sebegitu jika ianya tidak kembali semula kepada Allah. Kita akan dapat hasil jualan sebegitu atau lebih daripada itu, tetapi ianya amal sia-sia untuk seorang Muslim, apabila amal itu tidak berhubung kepada Allah. so khalas! licin. yilek! We get nothing in the Hereafter nauzubillahi minzalik.