Air Masak Membantu Menurunkan Berat Badan

Jika diberi pilihan antara air masak dengan air berperisa , yang manakah pilihan anda? Saya yakin, pasti ramai yang akan memilih air berperisa kerana tergoda dengan rasa, warna yang mengiurkan. Air berperisa seperti air sirap, teh O, air jagung mempunyai gula yang badan kita tak perlukan. Air gas pula tinggi gula, purata satu tin minuman gas mengandungi 6 sudu gula. Minuman air tenaga pula juga tinggi kandungan gulanya. Sebenarnya air kosong ialah minuman terbaik untuk kesihatan, namun ia selalu menjadi pilihan terakhir kebanyakan kita 

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, mungkin fikir "alah...air je pun, bukan boleh gemuk"

Ini adalah fakta yang perlu anda tahu. Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula.


Tahukah anda air kosong sangat bermanfaat untuk kesihatan diri kita.

Sebenarnya banyak khasiat air kosong yang kita tidak ketahui. Jadi disini admin nak kongsi dengan anda semua betapa pentingnya air kosong ini membantu anda untuk menurunkan berat badan.

1) Air kosong mempunyai 0 kalori. Jadi air kosong tidak menambah kalori dalam diri anda.

2) Air merupakan pelengkap kepada proses metabolisma diri kita. tanpa kehadiran air, metabolisma diri kita akan terganggu.

3) Dengan kehadiran air, ia membantu badan kita untuk memproses lemak dengan lebih effisen melalui proses thermogenesis. Jadi lebih cepat dan mudah lemak dihidrolisiskan (diuraikan dari badan).

4) Beberapa kajian yang dijalankan membuktikan dengan pengambilan air kosong sebelum makan dapat meningkatkan rasa kenyang dan dengan itu pengambilan makanan dapat dikurangkan.

Dengan point diatas, admin harap u all jangan mengabaikan pengambilan air kosong secukupnya.

Paling kurang, setiap 30 minit ambil secawan air kosong bagi mengelakkan hidrasi (kekurangan bendalir badan)



Kelebihan Minum Air Masak Selain Menurunkan  Berat Badan

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.

Berapa banyakkah dalam masa sehari kita minum air kosong?
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? 

Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.

Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah: 


25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg = 3 liter / hari

Jadi, jika anda serius ingin menurunkan berat badan..aplikasikan pengambilan air kosong secara konsisten. Lagipun sekarang air masam boleh di variasikan menjadi air detok .

Ini antara idea yang boleh anda gunakan untuk membuat air detoks ini.



Selamat Mencuba !




------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

 jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------