Pms atau pre-menstrual syndrome , lebih dikenali sebagai SENGGUGUT adalah gejala normal yang berlaku kepada para wanita yang menyebabkan ganguan kepada mental, emosi dan fizikal yang terikat kepada kitar haid. Secara am nya, pms berlaku dalam seminggu atau sehari sebelum period seseorang wanita dan akan berhenti pada hari kedua atau ketiga pendarahan.
PMS boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang masih mempunyai kitar haid. Pms adalah gejala yang sangat rumit. Didapati sebanyak 80% wanita akan mengalami sedikit sebanyak simptom-simptom pms. Cara merawat pms yang terbaik masih tidak jelas.
Tanda-tanda anda mempunyai PMS atau senggugut
Perubahan diri anda dari segi mood (emosi), kelakuan dan keadaan fizikal akan muncul.
Sebenarnya, PMS merupakan himpunan lebih daripada 200 tanda atau simptom.
3 tanda utama PMS ialah terlampau sensitif, tension, dan dysphoria (rasa tidak gembira).
1. Emosi
- gelisah
- perasaan gugup
- cemas
- emosi yang tidak stabil
- tekanan perasaan
- rasa tidak selesa
- pelupa, keliru
- sukar untuk tidur(insomnia)
- mempunyai rasa benci di hati.
2. Kelakuan
- mengingini makanan manis seperti gula-gula
- kuat makan daripada biasa
- senang menangis
- kurang focus dalam sesuatu perkara
- sensitif terhadap bunyi
- nafsu seks yang semakin berkurang.
3. Kesan fizikal
- sakit kepala
- berdebar-debar
- penat
- pening kepala
- naik badan,
- kembung
- sakit otot dan sendi
- jerawat
- pembengkakan
- sakit buah dada juga
- cirit birit dan sembelit.
*Jika anda mempunyai gejala-gejala lain ketika datang bulan, itu mungkin juga antara tandatanda PMS.
Cara merawat PMS secara semulajadi
Melalui 2 cara :
- Bersenam
Senaman amat penting dalam membantu wanita untuk menghilangkan tekanan erasaan, emosi tidak stabil atau masalh kembung yang dihadapi. Bersenam tidak semestinya memerlukan tenaga yang banyak, cukuplah sekadar berjalan-jalan di luar rumah selama 20 minit.Dan perlu dilalukan secara berterusan paling kurang 3 kali seminggu.
Jadikan ini sebagai gaya hidup anda. Apabila anda bersenam untuk menghilangkan pms,
sebenarnya anda juga telah berjaya membawa diri anda ke dalam cara hidup yang sihat.
Cara makan memainkan faktor penting dalam menangani pms. Jika kita tidak berhati
hati dalam pengambilan makanan, gejala-gejala yang datang bersama pms boleh
menjadi semakin kronik dan teruk
- Diet
Cara makan memainkan faktor penting dalam menangani pms. Jika kita tidak berhati hati dalam pengambilan makanan, gejala-gejala yang datang bersama pms boleh menjadi semakin kronik dan teruk.
MAKANAN TAMBAHAN MENENTANG PMS :
- Kalsium & Magnesium
Penyelidikan menunjukkan wanita yang menghidapi pms mempunyai aras kalsium yang lebih rendah berbanding wanita yang tidak mengidap pms ketika waktu subur dalam kitar haid mereka. Dan wanita yang menghidapi pms ini kemudiannya mengambil 1000-1200mg
kalsium sebagai makanan tambahan setiap hari. Beberapa bulan kemudian, didapati simptom-simptom seperti kembung dan mood tidak stabil dapat dikurangkan.
Didapati pengambilan dan kandungan magnesium yang cukup dalam badan bersama 50mg vitamin B6 mampu mengurangkan gejala pms seperti keresahan
Di Shaklee, untuk keperluan nutrisi kalsium dan magnesium yang mencukupi, anda disarankan mengambil Ostematrix Shaklee yang terdiri daripada kalsium , magnesium dan mangan.
- B - Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut. Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah. Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
- GLA Complex
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima
jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------