Tips Kekalkan Berat Badan Ideal

Selalunya , saya hanya kongikan bagaimana cara menurunkan berat badan , memecahkan lemak dengan lebih cepat, mengurangkan masalah selulit dibadan , mengurangkan rasa lapar..tapi kali ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk kekalkan berat badan ideal.

Maksudnya, jika sekarang anda memiliki BMI yang ideal dengan berat badan dan ketinggian anda.Pastinya anda nak kekal 'maintain' berat badan supaya tak berlakunya masalah berat badan berlebihan


Untuk mengekalkan berat badan ideal bukanlah perkara mudah. Berat badan seringkali turun naik umpama yoyo, berat badan turun sedikit dengan segala usaha susah payah, tetapi berat badan naik amat mudah sekali apabila kita meninggalkan sebentar usaha untuk berdiet dan senaman

Jom baca perkongsian ini dibawah  ini saya sediakan tip-tip yang diharap dapat membantu anda dan diri saya sendiri dalam mengawal berat badan.



Rahsia Kekalkan Berat Badan Ideal

1. Berhenti sebelum kenyang

Setiap kali berdepan dengan makanan yang menyelerakan, setkan  dalam minda anda untuk makan mengikut keperluan sahaja dan bukan mengikut selera dan kehendak. Amalkan mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan kawal  selera anda dan berhentilah makan sebelum kenyang.


2. Jangan takut kepada kelaparan


Sekira  merasa lapar seketika atau sejam selepas makan, jangan  hiraukan perasaan lapar tersebut. Cuba lupakan perasaan lapar  dengan melakukan pelbagai aktiviti lain sehinggalah tiba waktu makan.

3. Jangan makan kerana sedih


Kebanyakan dari kita, apabila dalam keadaan sedih, akan mengambil  makanan untuk mengurangkan kesedihan tersebut. Itu adalah  perkara yang harus dielakkan. Cubalah lupakan kesedihan tersebut dengan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.


4. Jangan makan ketika melakukan tugas di pejabat atau dirumah


Cuba elakkan untuk makan makanan ringan ketika melakukan tugas  di pejabat atau melakukan tugas di rumah seperti berblog. Hadkan diri anda untuk makan cuma di waktu makan.


5. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat


Anda harus mengurangkan pengambilan karbohidrat ketika makan  dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan protein seperti daging, ayam dan ikan. Pengambilan makanan yang berprotein tinggi dan berserat akan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama.


6. Makan secara konsisten


Cuba untuk menetapkan waktu makan dengan makan pada waktu yang sama setiap hari.Cara makan yang konsisten akan membantu minda anda untuk merasa lapar hanya apabila tiba waktu-waktu makan yang anda telah tetapkan. 


7. Kawal diri anda dengan bijak


Apabila anda berada didalam majlis-majlis keraian seperti majlis  perkahwinan dan sebagainya, cuba kawal diri anda dari makan  secara berlebihan.Makan dahulu sedikit dirumah agar anda tidak merasa terlalu lapar ketika tiba ke majlis tersebut. Ini akan membantu anda untuk makan dengan sedikit apabila tiba di sana nanti.


8. Jangan malas bergerak


Kebanyakan dari kita berasa tidak selesa jika perlu menaiki tangga atau berjalan kaki untuk sampai ke satu destinasi. Seharusnya anda jadikan itu sebagai motivasi untuk mengurangkan berat badan.


9. Tidur dengan nyenyak


Individu yang mempunyai tidur yang berkualiti dan nyenyak mampu mengawal nafsu makan. Jangan kusutkan fikiran dengan pelbagai masalah yang menganggu tidur anda. Jadikan waktu tidur untuk tubuh anda berehat sepenuhnya.



Okay, cukup 9 cara saja hari ini. Banyak-banyak nanti, pening pula. Yang penting anda semua istiqamah tau dalam menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

 jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------