4 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Jika Ingin Cepat Hamil

Banyak entry di dalam blog saya ini berkisarkan mengenai info info kesuburan mahupun kesuburan lelaki mahupun kesuburan wanita. Khas buat mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat yang diidamkan oleh setiap pasangan

Perlu diingatkan pada anda , bahawa anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Bila masa dan ketikanya kita adalah diluar penguasaan kita . Sebagai manusia , kita sebaiknya berusaha yang terbaik dan sehabis daya untuk mendapatkan zuriat kerana zuriat merupakan salah satu saham akhirat kita nanti.

Kita sering diberikan tips cepat hamil,mudah hamil, senang hamil..tapi jangan lupa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk cepat hamil 

Jom baca!


Perkara yang anda perlu elakkan untuk mempercepatkan proses kehamilan?

(1) Awasi Penggunaan Cecair Pelincir


Bagi   sesetengah   pasangan   yang  mempunyai masalah sakit ketika bersama, vagina kekeringan boleh menggunakan   bahan   pelincir   untuk hubungan kelamin . Tapi, perlu diingatkan bahawa pelincir yang terbaik adalah dihasilkan   oleh   badan   sendiri. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelincir dipasaran boleh mematikan sperma si suami .Eh, bukan pelincir sahaja tapi air liur juga!

Bagi mereka   yang   tetap   ingin gunakan   pelincir   buatan, anda perlu   pastikan   bahawa pelincir   yang digunakan itu adalah ‘mesra sperma’.

Apa   yang   dimaksudkan   dengan   ‘mesra sperma’?

Secara umumnya,persekitaran  faraj  adalah  berasid.  Tetapi  sebaliknya,  sperma perlukan persekitaran  yang  lebih beralkali  untuk  hidup.  Oleh  itu,  sejurus  sebelum ovulasi, mukus serviks yang  bersifat  alkali dirembeskan   untuk mewujudkan satu persekitaran ‘mesra sperma’ atau 'sperm friendly'

Oleh  sebab  itulah  digalakkan  supaya penetrasi  sebaik-baiknya didahului dengan ‘foreplay’  supaya lebih  banyak ‘pelincir  semulajadi’  dirembeskan  dari   badan.

Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekeringan faraj, sakit ketika melakukan hubungan intuk yang membuatkan anda terpaksa menggunakan pelincir bagi mengurangkan sakit semasa bersama suami , saya mengesyorkan anda  Set Kewanitaan Shaklee (klik disini) yang membantu menghasilkan pelincir semulajadi didalam badan. Ramai yang berpuas hati dengan hasilnya !


 (2) Awasi Cecair Pembersih Faraj

Terdapat sejenis cecair yang dijual di pasaran sebagai cecair pembersih faraj. Mungkin anda pernah dengar istilah ‘douching’?  


Alat yang digunakan dinamakan sebagai ‘douch’. ‘Douching’ adalah suatu proses untuk membersihkan faraj dengan sejenis cecair yang mengandungi antiseptik untuk tujuan higenik atau menghilangkan bau. Cecair yang digunakan dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik untuk daya hidup sperma.


(3) Seks Oral

Anda tahu apa itu seks oral bukan? Air liur daripada seks oral sebenarnya boleh membunuh sperma.  Oleh  itu,  jika  terdapat  sisa-sisa  air  liur  pada alat  kelamin  lelaki  atau  wanita, ia  akan  membunuh  sperma.  Oleh  itu,elakkan tabiat ini.

Untuk meningkatkan peluang kehamilan ,anda perlu mengetahui posisi seks yang terbaik  (klik pada disini) untuk meningkatkan peluang kehamilan


(4) Perkara yang dielakkan selepas hubungan intim
3 perkara yang perlu dielakkan selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan intim adalah :

  • Elakkan dari mengemut faraj, menutup paha atau meluruskan kaki selepas hubungan kelamin kerana ini akan menolak keluar angin dari faraj dan seterusnya menolak air mani keluar dari faraj. Sebaik-baiknya kaki perlu diangkat sedikit ataupun mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj. Walau bagaimanapun, pengeluaran sedikit air mani setelah hubungan kelamin adalah perkara biasa. Tetapi sebagai langkah untuk memaksimumkan peluang untuk hamil, adalah baik jika perkara ini diberi perhatian.
  • Jangan  bangun  dan  jangan  gerakkan  badan  keterlaluan  setelah hubungan   kelamin kerana gerakan   badan   akan   mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj. 
  •  Elakkan daripada menyelitkan kain ke kelengkang  kerana kain tersebut boleh menyerap air mani.

Semestinya untuk merancang mendapatkan zuriat, anda harus titikberatkan mengenai kesihatan fizikal dan mental selain dari usaha anda dengan mencuba Set Kesuburan Shaklee yang boleh diamalkan suami isteri bagi membantu meningkatkan kesuburan , dan lupa juga ada perkara yang anda perlu elakkan untuk mempercepatkan proses pelekatan

Sampai disini sahaja perkongsian saya mengenai perkara yang perlu dielakkan jika anda ingin cepat hamil.




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------