Pendarahan Ketika Hamil,Walau Sedikit Tetap Serius


Apa itu Pendarahan awal kehamilan?

Dikenali sebagai  Spotting , pendarahan pada vagina seakan akan haid ,tapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna darahnya berbeza dengan haid iaitu hitam kecoklatan . 

Sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan pada trimester pertama iaitu pada tiga bulan pertama kandungan  mereka. 

Pendarahan awal kehamilan biasanya terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.



Kenapa pendarahan awal kehamilan berlaku?

Ia berlaku pada segelintir antara kita dan terjadi ketika ovum disenyawakan mula menempatkan di uterus. Tapi, tanda tanda yang dialami oleh setiap wanita adalah berbeza

Selain itu, darah yang keluar mungkin disebabkan oleh jangkitan yang berlaku pada pelvik ataupun pundi kencing. Ada kalanya darah turut keluar selepas ibu hamil melakukan hubungan kelamin kerana ketika mengandung, serviks menjadi lembut dan sensitif. 

Jika hal ini berlaku pada anda, elakkan melakukan hubungan kelamin buat sementara waktu iaitu sehingga pendarahan berhenti. 



Pengalaman Saya : Pendarahan Semasa Kehamilan

Pendarahan di awal kehamilan ada yang cakap bahaya, ada yang cakap tak..mesti dah keliru nak cari mana jawapan yang betul. Nadia sendiri punya pengalaman pendarahan semasa hamil ini.

Kandungan Pertama 
Pertama, semalam saya hamil yang pertama . Seawal 5 minggu kehamilan, masa tu baru balik bulan madu (berjalan sakan) . Malam sebelum tu dah rasa macam senggugut tapi ingatkan biasa. Tapi, bangun pagi tu ada darah coklat pada panties. Lama kelamaan darah yang keluar semakin merah . Akhirnya , Nadia didapati keguguran.

Menurut doktor yang merawat jika tanda pendarahan + disusuli rasa kejang seperti senggugut ia mungkin disebabkan Threaten Miscarriage (ancaman keguguran)



Kandungan Kedua
Pada awal kehamilan Nadia keluar spotting coklat tanpa rasa cramp atau senggugut selama lebih dari seminggu. Bukan sekali ye, tapi dua kali. Sampai ada ketikanya saya ingatkan dah gugur, sebab lama sangat pendarahan berlaku. Sehinggalah kandungan hampir 3 bulan. 

Alhamdulillah, bila pergi scan untuk sahkan. Dengan Kuasa ALLAH, Nadia tengok baby seronok dok tendang ,menari nari & kandungan saya sihat :) Tapi , sepanjang spotting yg keluar tu hanya bewarna coklat kehitaman ye , bukan merah darah.

Apapun , bila berlakunya pendarahan semasa hamil. Ibu ibu tolonglah jangan berteka teki dengan diri sendiri, cepat cepat jumpa doktor. Takut ada yang lebih serius !



Adakah Pendarahan Awal Kehamilan Berbahaya?

Menurut pembacaan saya, jika masalah ini terjadi maka anda perlulah mengambil tindakan yang wajar agar tak membahayakan diri anda. Pendarahan awal kehamilan kemungkinan menunjukkan atau petanda ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan andaselain menimbulkan risiko terhadap kehamilan



Suka untuk saya ingatkan sekali lagi:


Pendarahan awal kehamilan

Spotting yang NORMAL biasanya terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan berlaku.Untuk pengetahuan, pendarahan diawal kehamilan mungkin juga disebabkan beberapa perkara seperti keguguran, kandungan luar rahim atau kehamilan anggur, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan dan disertakan aliran darah semakin banyak.



Pendarahan semasa Trimester Kedua dan Ketiga

Jika berlaku pada trimester kedua dan ketiga mungkin menunjukkan petanda kurang baik,mungkin masalah yang dihadapi adalah serius . Masalah yang mungkin anda hadapi adalah disebabkan Plasenta Praevia, Accidental Haemorrhage ataupun Incidental Bleeding.


Akhir Kehamilan
Jika tompokan darah atau pendarahan berlaku pada lewat 37 minggu kandungan, mungkin ia adalah petanda yang anda hampir bersalin. Tapi jika pendarahan berlaku pada bawah minggu ke 37, disarankan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana mungkin anda akan melahirkan bayi pramatang


Apa yang Perlu anda Lakukan?

1. Berjumpa  Doktor dengan Segera

Sebaiknya berjumpalah dengan doktor anda , walaupun mungin ia tidak membahaya tapi pendarahan diawal kehamilan perlu diambil serius kerana boleh membawak kesan yang saya nyatakan diatas tadi.Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ujian imbasan ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi selain memastikan anda dan bayi adalah sihat. 

Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).Pemeriksaan menggunakan imbasan ultra bunyi melalui faraj (vagina) selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya baik atau tidak

2. Pengambilan Vitamin Prenatal (Semasa Hamil)

Vitamin prenatal sedikit sebanyak membantu badan kita membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan secara baik. Kesihatan yang optimum sangat perlu dititikberatkan sepanjang kehamilan kerana badan kita terpaksa menjaga dan membekalkan lebih nutrisi yang diperlukan untuk si ibu dan bayi didalam kandungan.



Haa..lihat testimoni diatas. Beliau mengalami pendarahan pada minggu ke 7 hingga ke 8 kehamilan. Beza kan kehamilan dengan Set Kehamilan Shaklee :)


3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.Di Malaysia, doktor selalu akan menasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest. 

Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat. Anda perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.


Vitamin Shaklee Semasa Hamil 

pendarahan awal kehamilan , bleeding semasa hamil , spotting semasa mengandung ,adakah keluar darah semasa mengandung berbahaya? ,adakah spotting berbahaya,set kehamilan shaklee,set mengandung shaklee

1)Vita-Lea (Multivitamin dilengkapi zat besi)


  • Ibu tidak perlu mengambil obimin lagi, tapi jika ingin meneruskan pengambilan obimin dibolehkan, tiada masalah . 
  • Vitalea di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.

Pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.Disini saya kongsikan dengan anda perkongsian saya sebelum ini mengenai bahayanya pengabaian zat besi semasa hamil 



2) B Compleks (Dilengkapi dengan Asid Folik)

  • B Complex Shaklee lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B, ia adalah ciri ciri vitamin b complex yang baik. 
  • Ianya penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.


3) Vitamin C 

  • Vitamin C sangat penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. 
  • Perubahan  hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya.
  • Membantu meningkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


4)OsteMatrix (Kalcium Magnesium)

  • Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 
  • Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby kerana itulah badan sering saring, gigi rosak dan lain-lain lagi.
  • Berfungsi Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 

Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan




------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang 

berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.


---------------------------------