Gempar minggu ini bila terbaca keratan akhbar bahawa Penyakit Kaki,Tangan dan Mulut atau HFMD semakin meningkat. Ibu bapa mana yang nakkan anak anak sakit, kalau boleh nak mencegah sebelum terlambat. Sedihhhh hati ni bila tengok anak anak sakit
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah dan mudah berjangkit berbanding orang dewasa.
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah dan mudah berjangkit berbanding orang dewasa.
Punca dan Risiko Penyaki Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71.
Cara Penularan & Simptom Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
Cara Penularan Wabak HFMD
Penularan penyakit /virus HFMD merebak secara melalui dengan- air liur
- cecair lepuh (blister)
- najis mereka yang berpenyakit
- tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari
- sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.
Tanda Tanda dan Simptom HFMD
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti :
- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 Celcius
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Jangkitan saluran pernafasan
- Cirit birit
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
- Tidak berselera untuk makan serta minum.
Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.
Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapi. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Komplikasi Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
- Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
- Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
- Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
- Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
Langkah Pencegahan Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersihkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak menggunakan larutan chlorine based
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
- Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah
Pihak pengusaha TASKA, TADIKA dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya mengambil langkah-langkah yang sama seperti di atas. Selain itu :
- Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelak rebakan.
- Saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) dilakukan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.
Bagaimana mengatasi Masalah HFMD dengan Vitamin Shaklee ?
⏩Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi kanak-kanak.
⏩Vitamin C chewable – Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.
⏩Meal Shakes – Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.
Testimoni Pengguna Yang Merawat Masalah HFMD
# Testimoni 1 : Wafa Sembuh Dari HFMD setelah 6 hari amalkan ESP dan Meal Shakes
# Testimoni 2 : Tanda Tanda HFMD hilang dan anak pulih dari HFMD
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
------------------------------------