Kenapa ada segelintir perempuan yang lengan atau kaki mereka berbulu macam lelaki?
Mungkin anda berasa malu dengan apa yang dialami, namun usahlah khuatir kerana ini bukan sejenis penyakit yang perlu dipandang serius.
Wanita yang berbulu lengan dan kakinya memiliki hormon testosteron lebih banyak berbanding wanita normal. Fenomena ini dikenali sebagai Hirsutism . Bagi wanita, hormon androgen dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dan juga ovari dengan fungsi asalnya untuk mengawal nafsu syahwat.
Hormon testosteron terdapat hampir dalam semua hidupan. Ia merupakan hormon dominan lelaki, yang mempengaruhi sifat kematangan lelaki seperti tulang rangka yang lebar dan ketumpatan yang lebih, jisim otot yang banyak, halkum, dan termasuklah bulu pada badan (misai dan rambut).
Disebabkan hormon ini juga, lelaki akan tumbuh bulu atau rambut lebih cepat berbanding perempuan, dan ini adalah antara sebab mengapa lelaki harus potong rambut dan misai dalam kadar yang kerap.
Disebabkan hormon ini juga, lelaki akan tumbuh bulu atau rambut lebih cepat berbanding perempuan, dan ini adalah antara sebab mengapa lelaki harus potong rambut dan misai dalam kadar yang kerap.
Testosteron dihasilkan oleh organ utama alat kelamin masing-masing (Testis bagi lelaki, dan Ovari bagi perempuan). Secara normalnya, wanita juga memiliki hormon testosteron dalam badan mereka, namun ia tidaklah setinggi hormon testosteron yang dimiliki lelaki. Jumlah yang ada dalam badan wanita normal adalah sangat sedikit, ‘cukup-cukup’ untuk tujuan pertumbuhan manusia yang normal.
Tak dinafikan akan ada segelintir wanita yang memiliki lebih sedikit hormon ini berbanding wanita normal.
- Jumlah normal dalam Lelaki: 300 -1,200 ng/dL
*** ng/dL = nanograms per deciliter
- Jumlah normal dalam Wanita: 30 – 95 ng/dL
Kesan Hormon Testosteron berlebihan pada wanita.
Kehadiran hormon testosteron dalam kuantiti yang tinggi ini juga bukan sahaja mempengaruhi kelebatan bulu pada lengan dan betis wanita. Sekiranya anda memerhati betul-betul, wanita yang berbulu lebat ini juga kebiasaannya mempunyai saiz buah dada yang lebih kecil, atau bidang/rangka badan yang besar, atau suara yang sedikit garau, atau kombinasi salah satu daripadanya.Ini merupakan antara kesan-kesan hormon testosteron – kesan nyata yang anda dapat lihat pada tubuh seorang lelaki. Namun usahlah anda risau kerana dalam kebanyakkan kes, fenomena ini tidak memudaratkan kesihatan, ia hanya mempengaruhi fizikal dalam peringkat yang kecil.
Punca Masalah Hirsutism
Mengapa pula ada sesetengah wanita yang memiliki hormon testosteron yang banyak, manakala dalam tubuh wanita normal pula sedikit?
- Ini adalah disebabkan oleh faktor genetik – bermaksud ia boleh diwarisi. Malah maklumat genetik yang berbeza di antara bangsa juga menyebabkan fenomena ini sering dilihat ada pada satu-satu kaum. Maklumat genetik ini pula akan mempengaruhi regulasi testosteron dalam badan.
- Dalam arena bina badan, wanita yang menyertainya kebiasaannya akan mengambil suntikan testosteron untuk menggalakkan pertumbuhan otot mereka. . Namun ini tak bererti juga mereka (wanita) yang mengambil hormon testosteron akan turut tumbuh bulu dengan ketara lebatnya kerana semua hormon yang diambil telah digunakan untuk tujuan pembentukan otot
- Obesiti - Ia berkait rapat masalah insulin yang gagal memainkan peranan secukupnya.
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) - Wanita yang mengalami sindrom ini biasanya mendapati diri mereka sukar hamil. Tubuh mereka cenderung gemuk, kulit berminyak, berjerawat, haid sedikit serta tidak menentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai ovari yang berpolisistik serta paras hormon androgen yang tinggi.
- Masalah gangguan hormon seperti penyakit endokrin hipotiroid.
- Hiperprolaktinemia - Paras hormon prolaktin tinggi dalam badan. Hormon ini lazimnya berkait rapat dengan pengeluaran susu, walaupun wanita itu tidak hamil.
- Penyakit Akromegali - Disebabkan peningkatan abnormal hormon tumbesaran dan juga kegagalan insulin.
- Hiperplasia kongenital adrenal - Ketiadaan atau ketidakhadiran enzim-enzim tertentu dalam badan yang menyebabkan lebih banyak hormon lelaki androgen terhasil.
- Sindrom Cushing - Membabitkan peningkatan abnormal hormon-hormon steroid termasuklah hormon lelaki androgen.
Vitamin Shaklee untuk Masalah Hirsutism (Hormon Lelaki Berlebihan Pada Wanita)
Oleh itu, jika anda mempunyai simptom di atas & ingin hamil, saya sarankan anda untuk mengambil GLA Complex Shaklee untuk menstabilkan hormon kewanitaan anda.
GLA (atau gamma linolenic acid) merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang sangat diperlukan oleh badan untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin merupakan sejenis hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.
Selain itu, ia juga berperanan
- memgembalikan kitaran haid yang normal
- membantu mengoptimumkan tahap kesuburan wanita
- menstabilkan hormon
- membantu wanita untuk hamil
- menyokong sistem imun
- memelihara integriti sel
GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan. Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.
Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
#Testimoni 1
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------
GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan. Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.
Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
#Testimoni 1
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------