Salam semua..Harini saya nak berkongsi dengan anda mengenai masalah kencing kotor terutamanya bagi ibu mengandung yang kerap mengalami masalah kencing kotor. Termasuklah diri saya sendiri yang tak telepas dari masalah kencing kotor ini, rungsing dibuatnya memikirkan jalan penyelesaian.
Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing. Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh).
Siapa yang mudah dijangkiti ?
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.
Simptom Kencing Kotor
Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
Demam dan seram sejuk.
Wanita hamil dan Kencing kotor
Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
Kesan Komplikasi Kencing Kotor Pada Kandungan
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang(dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat.
Pencegahan Kencing Kotor
- Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
- Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
- Menjaga kebersihan diri
- Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
- Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
- Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin
- Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
- Mengambil supplement atau vitamin untuk membantu melawan kuman
Vitamin Shaklee untuk Masalah Kencing Kotor
Fungsi Vitamin:
Garlic Complex Shaklee dalam mengurangkan masalah kencing kotor ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida.
Selain dapat mengurangkan masalah kencing kotorketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.
Sustained Released Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah kencing kotor. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.
Testimoni Pelanggan
Bagi ibu yang pernah mengalami masalah kencing kotor, selalunya dinasihatkan meminum air masak dalam kuntiti yang mencukupi. Tapi , bila dah takde perubahan . Doktor akan bekalkan dengan ubat jenis yang dimasukkan ke dalam vagina untuk mengelakkan jangkitan.
Pengguna ini mencuba Garlic Complex , alhamdulillah berhasil !
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------