Benarkah Penyakit Tiroid Menggangu Kesuburan Wanita ?

Gangguan tiroid sebaiknya jangan diabaikan. Menurut kajian terbaru, gangguan tersebut menyebabkan masalah pada kesuburan wanita. 


Para ahli perubatan mengatakan, wanita yang mempunyai kesukaran hamil dan mengalami keguguran berulang seharusnya juga memeriksa kadar tiroidnya untuk mengetahui sama ada gangguan tiroid sebagai penyebabnya.


Apa itu Tiroid ?

Kelenjar tiroid secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). 

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.





Untuk penjelasan lanjut, anda boleh klik disini 

Sebenarnya, saya ada menerima whatsapp dari seorang pelanggan yang mempunyai masalah kesuburan dan mengalami masalah tiroid , ingin mendapatkan cahaya mata.Jadi, saya disini ingin berkongsikan serba sedikit maklumat mengenai tiroid dan kesuburan wanita





Tanda dan gejala gangguan tiroid?

  • Gejala gangguan tiroid termasuk adanya kelewatan kematangan seksual. Keadaan ini boleh diperbaiki dengan pemberian makanan tambahan hormon tiroid.
  • Pada wanita dewasa, proses persenyawaan atau ovulasi paling umum dihubungkan dengan hipotiroid termasuk:
- Kitaran haid tak teratur, misalnya perubahan pada tempoh kitaran haid dan banyaknya darah haid.
- Hirsutisme (peningkatan atau bertambahnya rambut pada badan) juga merupakan salah gejala hipotiroid.
- Menoragia (peningkatan jumlah darah haid) merupakan gejala paling sering dan terjadi pada 60% wanita dengan hipotiroid.


  • Hypertiroidisme juga boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur atau tidak hadir, dan ketidaksuburan adalah perkara yang biasa.
  • Jika kelainan pada tiroid tidak dirawat, maka akan mengakibatkan kemandulan atau keguguran yang berulang.



Kesan Tiroid pada Kesuburan Wanita.

Menurut penyelidik Amanda Jefferys, ketidaknormalan pada fungsi tiroid boleh memberi kesan pada :
  • kesihatan pembiakan 
  • kesukaran persenyawaan
  • meningkatkan risiko keguguran
  • menurunkan kualiti kehamilan. 


Hubungkait antara Tiroid dan Kesuburan


Walau hasil kajian tersebut tidak menunjukkan hubungan sebab akibat, namun seorang pakar dari Amerika Syarikat tidak terkejut dengan hasil kajian ini. "Selama dua dekad, kami telah melihat hubungkait antara hipertiroid dengan kesuburan dan juga gangguan kehamilan dan bayi yang dilahirkan," kata Dr.Tomer Singer, ahli pembiakan endokrinologi dari New York. 

Singer menyarankan wanita untuk melakukan pemeriksaan fungsi tiroid secara rutin sebelum bermulanya kehamilan, terutama ketika mereka sedang melakukan program kehamilan atau baru mengalami keguguran. Tiroid menghasilkan hormon yang berperanan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin. 

Perubahan dalam fungsi tiroid akan memberi kesan yang besar pada fungsi pembiakan sebelum, selama, dan setelah pembuahan. Kira-kira 0.5 peratus wanita mengalami ganggun tiroid. 


Merancang Kehamilan untuk Pesakit  Tiroid.


  • Hipotiroid – diagnosis dan rawatan hipotiroidisme adalah mudah. Dicadangkan terapi penggantian hormon tyroid  dan ujian fungsi tiroid, termasuk ‘Thyroid Stimulating Hormon’(TSH) dijalankan, sebelum meneruskan kehamilan, untuk mengurangkan sebarang risiko terhadap ibu dan bayi yang mungkin disebabkan oleh hipotiroidisme semasa mengandung.

  • Hipertiroid - diagnosis hypertiroidisme di kalangan wanita  lebih rumit. Pertama, iodin radioaktif untuk pengimbasan, yang digunakan untuk diagnosis hypertyroidisme, serta rawatan radioiodine hypertyroidisme, sama sekali tidak boleh digunakan sehingga doktor yang menjalankan ujian tertentu yang mengesahkan bahawa pesakit tidak hamil. Untuk rawatan, doktor mungkin mencadangkan ubat antithyroid sama ada atau iodin radioaktif di kalangan wanita peringkat usia reproduktif. Dalam kes keperluan rawatan untuk mengawal keadaan hiperthyroid sebelum meneruskan kehamilan, biasanya mengambil masa 3-6 bulan. 


Vitamin Shaklee untuk Pesakit Tiroid Meningkatkan Peluang Kehamilan

Dalam ikhtiar ingin menimang cahaya mata, selain dari teruskan berdoa , bersedekah supaya Allah pulangkan dengan rezeki anak, supplement yang penting dalam aspek kesihatan juga perlu dititik beratkan. 

Ini adalah saranan pengambilan vitamin yang sesuai untuk pesakit tiroid samada hipertiroid atau hipotiroid






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

 jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------