Hati mana yang tak risau kalau anak sakit. Nak buat kerja pun tak tenteram. Kan? Itulah naluri seorang ibu. Kalau boleh tak nak tengok anak kita tanggung kesakitan. Tapi, segalanya diberi adalah ujian Allah untuk hamba yang dikasihi.
Harini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana merawat dan tips penjagaan untuk yang terkena demam campak.
Ia juga boleh masuk ke dalam otak dan menyebabkan penyakit yang sangat serius dan juga kematian. Jadi, jom saya kongsikan serba sikit maklumat mengenai demam campak
Penyakit demam campak bukanlah sakit biasa yang perlu kita pandang remeh, jika tak dirawat sebaiknya, boleh bertukar serius. Dalam minoriti kes, ia boleh pergi ke dalam hati dan otak.
Ia juga boleh masuk ke dalam otak dan menyebabkan penyakit yang sangat serius dan juga kematian. Jadi, jom saya kongsikan serba sikit maklumat mengenai demam campak
Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.
Tanda Tanda Demam Campak Pada Anak
Tanda-tanda demam campak ialah antara 7 hingga 10 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Ruam yang sangat gatal yang merebak dari batang tubuh ke leher,muka dan anggota badan
- berlangsung dari lebam merah berisi cecair lepuh (vesikel) yang longkang dan kuping lebih. Vesikel juga boleh muncul dalam mulut, pada kulit kepala, di sekitar mata atau pada alat kelamin dan boleh menjadi sangat menyakitkan.
- Batuk, selesema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
Info Mengenai Demam Campak
Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah berjangkit kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana Jangkitan Awal Demam Campak
Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
Langkah Langkah Merawat dan Penjagaan
1- Pantau Suhu Badan Anak
Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya. Sebaiknya anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi. Even doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik.
2- Pemakanan Si Manja
Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.
Mengelakkan apa-apa yang boleh membuat sakit mulut, seperti makanan masin. Sup mudah untuk menelan selagi ia tidak terlalu panas.
3- Potong Kuku Si Anak
Pastikan bayi anda atau kuku kanak-kanak itu dipotong untuk mengelakkan dia dari mengganggu kulit jika dia cuba untuk menggaru. (Jika anda mempunyai bayi, meletakkan stoking atau sarung tangan atas tangan beliau.) Menggaru mungkin meredakan gatal-gatal buat sementara waktu, tetapi ia boleh membuat luka pada kulit yang boleh dijangkiti.
4- Pakai Pakaian Yang Nipis
Jika anak anda demam, atau jika kulit mereka sakit dan teruk, berpakaian mereka sewajarnya supaya mereka tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Longgar, licin, kain kapas adalah yang terbaik dan akan membantu menghentikan kulit daripada menjadi sakit dan gatal-gatal.
Pantang Larang dan Petua Tradisional Untuk Demam Campak
Selain dari kaedah moden, pastinya kita juga berikhtiar melalui cara tradisional yang dipercayai membantu meredakan demam campak dan beberapa pantang larang yang perlu diikuti untuk mengelakkan campak lebih teruk.
1- Jangan bagi anak kita yang kena campak makanan bergoreng. Kerana dikhuatiri parut kekal pada muka, badan iman nanti.
2- Kalau boleh elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada pesakit demam campak. Sebab di khuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin menjadi-jadi.
3- Daun semambu di alaskan atas tempat tidur. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik di atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu juga.
4- Ada juga yang tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh mengelakkan miang gatal dan juga elak parut.
5- Minum dan mandi air kelapa muda yang fresh!
Bila Demam Kebah?
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki.
Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Adakah Ada Komplikasi Sampingan?
Pesakit yang kurang daya melawan tubuh boleh mengalami komplikasi yang lebih serius seperti :
- jangkitan telinga tengah (otitis media 5-15%)
- cirit birit
- jangkitan peparu (bronkitis dan pneumonia 5-10%)
- jangkitan pada otak (subacute sclerosing panencephalitis 1/10,000-1/100,000 kes)
- boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kematian
Kenapa perlu rawatan segera?
*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan
Disamping itu, dinasihatkan juga ibu bapa untuk memantau kesihatan anak anak
Vitamin Shaklee untuk Rawatan Demam campak
Selain dari penjagaan yang baik , tahap kesihatan juga perlu dititik beratkan. Saya ada beberapa cadangan untuk anda membantu menyembuhkan demam campak
1- Menurunkan haba badan
Basic H terkenal dengan 1001 kegunaan. Salah satunya adalah dapat menyerap haba 3kali ganda dari air biasa dan suhu badan menurun. Cuma masukkan beberapa titik ke dalam air mandian.
-
2-Mengelakkan Kegatalan Kulit akibat Campak dan Berparut
Herbal Blend Shaklee sesuai diambil untuk membantu melegakan kegatalan kulit dan mengelakkan kulit dari berparut
3- Meningkatkan Imunisasi dan Cepat Sembuh
Untuk ibu yang masih menyusukan anak kecil, si ibu dinasihatkan mengambil Sustained Released Vita C Shaklee yang membantu meningkatkan daya tahan kerana susu yang disalurkan pada bayi juga akan membantu bayi meningkatkan imunisasi .
Ditambahkan pula dengan khasiat susu ibu yang hebat! Insyaallah,anda mampu membantu sikecil melawak virus campak dengan cepat dan mengelakkan komplikasi sampingan
☑ Bagi ibu yang menyusukan badan , disarankan mengambil Sustained released Vita C Plus. Khasiat Vita C akan disalurkan melalui susu badan kepada anak anda untuk meningkatkan imunisasi badan anak
# Testimoni 1
Pengambilan Chewable Vita C semasa Demam Campak |
# Testimoni 2
Menyapukan Herbal Blend pada bahagian yang terkena campak |
# Testimoni 3
Basic H mandian yang membantu meredakan demam campak |
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------