Kanser Prostat adalah pembunuh senyap kedua bagi kaum lelaki selepas penyakit jantung. Kajian mendapati bahawa kanser prostat meningkat dengan bertambahnya jumlah pasangan seks wanita untuk seorang lelaki.
Biasanya penyakit kanser prostat ini sering berlaku pada usia 50 tahun keatas. Hampir 99% pesakit adalah berusia 55-85 tahun.
Apa itu Prostat?
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.Apa itu Kanser Prostat?
Terdapat banyak jenis kanser . Kesemua jenis kanser terjadi apabila sel didalam badan berubah dan bercambah di luar kawalan. Kanser prostat adalah merupakn ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostatDari masa ke masa, ia boleh mengambilalih keseluruhan kelenjar dan merebak di luar kelenjar. Apabila kanser membesar, ia mungkin ia juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain dan kemungkinan sangat cepat berkembang dan merebak dengan cepat ke bahagian-bahagian badan yang lain nod limfa dan tulang .
Kanser prostat merupakan sejenis kanser yang lambat perkembangannya berbanding kanser jenis lain seperti kanser usus, kanser payudara dan paru-paru. Kanser ini tidak menunjukkan tanda-tanda di peringkat awal, namun, apabila tanda-tanda berlaku, ia mungkin telah berada pada peringkat kritikal.
Tanda-tanda awal Kanser Prostat
1. Sering membuang air kecil terutama pada waktu malam.2. Kesukaran sewaktu mula-mula membuang air kecil.
3. Sukar/tidak boleh mengeluarkan air kencing.
4. Aliran air kencing yang lemah dan tersekat-sekat.
5. Kesakitan/kepanasan ketika mengeluarkan air kencing.
6. Terasa sakit ketika air kencing keluar.
7. Terdapat darah dalam air kencing/air mani.
8. Nodus limfa membengkak di kawasan kelangkang.
9. Hilang kawalan terhadap pembuangan air kencing.
10. Sering terasa sakit di bahagian pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.
Penyebab/Faktor Risiko Kanser Prostat
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui . Antara faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
(1) Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
(2) Sejarah Keluarga
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
(3) Hormon
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Bagaimana Mengesan Kehadiran Kanser Prostat?
Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian darah yang dikenali sebagai Prostate Specific Antigen (PSA). Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser.
Biopsi lazimnya dilakukan sekiranya terdapat ketidaknormalan pada bacaan PSA atau pemeriksaan kelenjar prostat setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi dan mereka akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.
Peringkat Kanser Prostat
- Peringkat 1 : Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat. Saiznya kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan
- Peringkat 2 : Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat. Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
- Peringkat 3 : Kanser melibatkan sarung prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
- Peringkat 4 : Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang
Vitamin Untuk Mencegah dan Mengelakkan Kanser Prostat
Shaklee mempunyai beberapa produk vitamin yang mampu mengatasi masalah penyakit prostat ini dari awal. Rumusan bahan semulajadi yang terperinici yang dihasilkan oleh pakar-pakar saintis Shaklee yang terkemuka telah berjaya mencipta tiga jenis produk yang bersesuaian untuk kaum lelaki mengamalkannya. Ianya merupakan Set Men's Vital Health.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” - Ar-Ra’d 13: 11
Set Men's Vital Health mengandungi tiga jenis vitamin tertumpu iaitu Omega Guard, Zinc Complex dan Vita-E Complex. Mari kita lihat fungsi-fungsi vitamin dengan lebih terperinci.
Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat.
Walaupun zink terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zink lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kekurangan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat).
Vita-E Complex
Vitamin Gagah ini mengandungi agen antioksidan yang tinggi untuk menyingkirkan toksin dan sel-sel jahat dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala kanser prostat. Tambahan pula, Vita-E Complex juga merupakan sifat larut dalam lemak yang secara saintifik boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dikalangan lelaki.
Merupakan hasil ciptaan Shaklee dari sumber minyak ikan terbaik didunia. Supplement yang mengandungi spektrum penuh asid lemak omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya dapat mencegah penyakit darah tersumbat dan strok. Kandungan omega 3 yang tulen membantu sel-sel saraf berhubung dengan otak dengan efisyen untuk memberi arahan kepada organ dalaman untuk berfungsi dengan baik.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------