Setiap wanita mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk mudah mendapat kehamilan. Ini kerana ia amat bergantung kepada situasi wanita itu sendiri. Apa yang akan saya bincangkan dengan puan-puan sekalian adalah secara menyeluruh bagaimana kita dapat meningkatkan peratusan kehamilan.
Suburkah anda? Bagaimana pula kesuburan bagi pasangan anda? Dalam satu kajian yang dijalankan 15%-20% pasangan yang berkahwin akan bunting pelamin. Manakala 60% akan hamil dalam tempoh 6 bulan berkahwin. 90% akan hamil setelah setahun berkahwin. Dan 10% lagi perlu berjumpa doktor setelah lebih setahun mencuba tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Anda mungkin telah mencuba pelbagai cara untuk mendapat kehamilan. Mungkin sudah berjumpa doktor pakar dan berhabis beribu-ribu wang ringgit, ada juga diantara kita sanggup jumpa bomoh seluruh tanah air untuk memudahkan mendapat kehamilan.
Dan saya pasti mungkin sampai tahap ini anda sudah hampir berputus asa.Mungkin juga ketika ini keluarga mertua sudah sibuk suruh anak lelakinya mencari calon yang lain.
Tetapi anda tidak perlu risau. Seperti yang kita ketahui kehamilan adalah satu rezeki yang paling berharga yang dianugerahkan Tuhan kepada hambanya.
Langah langkah meningkatkan peluang kehamilan
1. Mengira waktu subur
Banyak pasangan keliru mengenai waktu subur ini. Kebanyakkan daripada mereka menggangap hari ke-14 selepas haid pertama keluar adalah subur. Ternyata tanggapan mereka salah sama sekali.Penting sekali adalah untuk kita mengetahui bilakah waktu bagi seseorang wanita itu subur kerana setiap orang mempunyai tempoh haid yang berbeza, ini bermakna waktu subur pon berbeza
Jika anda masih tak tahu bagaimana nak menentukan waktu subur sila rujuk artikel sebelumnya mengenai Cara Menentukan Waktu Subur dengan Mudah
Bagi wanita yang normal, kitar haidnya mengandungi 28 hari. Pada hari pertama adalah dimana hari bermulanya darah haid itu keluar. Biasanya darah haid ini keluar selama 5-7 hari dan ia akan berhenti selepas itu. Dan pada hari ke 14, ovum akan mula dibebaskan.
Pada setiap kitaran haid, hanya satu sahaja ovum akan dibebaskan. Pada hari ovum dibebaskan inilah dikatakan seseorang wanita itu dalam keadaan subur .Namun demikian setiap wanita mempunyai kitar haid yang berbeza. Ada yang konsisten dan ada juga sebaliknya.
Telur (ovum) keluar dari tiub fallopio (saluran benih). Jika sperma dilepaskan semasa ovum juga telah dilepaskan, itu adalah waktu terbaik untuk mudah disennyawakan. Sesuatu yang perlu kita ingat adalah tempoh hayat sperma dan ovum. Tempoh hayat sperma adalah 48jam-72 jam. Tetapi tempoh hayat ovum adalah singkat. Hanya 24 jam sahaja. Katakan selepas 24jam ovum dilepaskan baru sperma datang, maka ia tidak akan berhasil untuk disenyawakan.
2. Posisi Bersetubuh
Posisi bersetubuh dan bagaimana sperma (mani) dilepaskan adalah perkara mustahak untuk dititik beratkan dalam usaha untuk mencapai kehamilan. Posisi yang salah serta cara sperma dilepaskan juga salah akan menurunkan lagi potensi anda untuk hamil.
Ok baiklah, apakah posisi yang terbaik agar peratusan kehamilan yang dihasilkan adalah tinggi? Dan apakah juga posisi yang perlu dielakan semasa bersetubuh yang boleh mengurangkan kadar peratusan kehamilan?
Boleh rujuk artikel yang pernah saya diskusikan sebelum ini iaitu Posisi Seks Yang Meningkatkan Peluang Cepat dan Mudah Hamil
Selain masalah posisi, masalah pancutan pra matang juga akan menpengaruhi peratusan kehamilan untuk setiap pasangan. Kebanyakkan daripada pancutan pra matang ini akan menghasilkan kuantiti air mani yang sedikit dan juga kualiti sperma yang rendah.Kadar pergerakkan sperma yang terhasil daripada pancutan pra matang ini amat kurang. Maka sperma tidak dapat berenang dengan sempurna dan ‘mati’ ditengah jalan dalam usaha untuk bertemu ovum.
3. Keasidan kawasan faraj
Untuk meningkatkan lagi peratusan kehamilan, keasidan faraj perlu dijaga rapi. Nilai keasidan (pH) vagina atau faraj adalah sekitar 3.8-4.5 dan ia dalam keadaan sedikit berasid.
Jika persekitaran normal faraj tidak dijaga, ia akan menimbulkan pelbagai komplikasi yang akan menyukarkan untuk kita mudah hamil. Elakkan penggunaan spray vagina dan juga tampon kerana ia akan menjejaskan asiditi pada faraj atau vagina. Penggunaan jeli pelincir , minyak sayuran dan juga air liur (saliva) dapat membunuh sperma yang berkualiti. Jadi elakkan daripada menggunakan bahan-bahan tersebut.
Selain daripada itu, penggunaan pencuci vagina (douching) perlu dihindari kerana ia dapat membuang semua mukus (lendir) yang berguna dalam faraj. Mukus atau lendir ini berfungsi untuk memudahkan sperma ‘berenang’ menuju ovum. Ketahu juga 4 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Jika Ingin Cepat Hamil
4. Kekerapan hubungan intim
Ramai yang masih tidak tahu mengenai kekerapan hubungan seks supaya peratusan untuk hamil adalah tinggi. Kebanyakkan wanita diluar sana menang tidak tahu tetapi malu bertanya. Waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan kelamin adalah semasa waktu anda subur!
Lakukanlah sebanyak mana hubungan kelamin pun tetapi anda tidak subur, tidak berguna juga.
Lakukanlah sebanyak mana hubungan kelamin pun tetapi anda tidak subur, tidak berguna juga.
Jom kita berbalik pada perbincangan kita yang lepas bagaimana menentukan waktu subur. Anda perlu ketahui terlebih dahulu waktu subur anda. Katakan pada jam 10 pagi anda telah menyemak kesuburan anda menggunakan alat pengesan kesuburan dan pada malam itu juga anda perlu goda suami anda supaya mudah untuk hamil. Hubungan kelamin perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas anda mengetahui kesuburan anda itu
5. Kenali perubahan diri
Untuk meningkatkan peratusan kehamilan, kita seharusnya peka dengan perubahan terhadap diri kita. Setiap daripada seorang wanita diatas muka bumi ini mempunyai ciriciri fisiologi yang berbeza. Pemahaman terhadap perubahan pada diri kita amat penting dalam menentukan bilakah hari subur kita.
Badan kita sebenarnya akan ‘memberitahu’ jika terdapat sebarang perubahan yang berlaku ke atas diri kita. Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan ovum bakal dibebaskan. Antaranya adalah keluarnya cecair yang melekit, keinginan seks yang membara, sedikit kesakitan dibahagian perut (abdomen) dan payu dara yang agak tegang. Atau anda boleh ketahui tanda ovulasi pada wanita disini
6. Pengambilan asid folik
Asid folik merupakan salah satu vitamin yang diperlukan jika anda merancang untuk hamil. Asid folik ini boleh didapati secara semulajadi dalam sayur-sayuran hijau, bijian dan juga buah-buahan.
Pengambilan asid folik ketika ibu sedang hamil amat penting sekali. Ia adalah bertujuan untuk menggelakkan berlakunya kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan kelak.
Jadi apakah kaitannya pengambilan asid folik untuk wanita yang inginkan kehamilan? Ketahui Kepentingan Asid Folik Bagi Yang Merancang untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan
Pengambilan asid folik dapat membantu melancarkan pengaliran hormon dan dapat meningkatkan peratusan kehamilan bagi setiap kitaran haid. asid folik akan memudahkan lagi proses pembebasan ovum. Dalam Journal of Reproductive Medicine menyatakan pengambilan nutrisi tambahan seperti folic asid dapat meningkatkan lagi peratusan kehamilan.
7. Kekalkan & tingkatkan kesuburan
Tanpa kesuburan memang mustahil kehamilan dapat berlaku. Dan sudah tentunya kesuburan ini melibatkan hormon, kemampuan suami menghasilkan sperma dan juga kemampuan isteri mengeluarkan ovum.
Ketidakstabilan penghasilan hormon, sperma dan ovum yang terhasil tidak normal dan akan menjejaskan lagi peluang kita untuk mencapai kehamilan.Apabila bercakap mengenai hal-hal kesuburan ini, ia mestilah melibatkan suami dan juga isteri.
Tiada deskriminasi jantina disini ya apabila membicarakan isu kesuburan ini. Tetapi masyarakat kini lebih cenderung menunding jari keatas wanita apabila lebih setahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Tiada pengetahuan asas dan kesedaran mengenai kesuburan inilah akan mengoncangkan lagi kehidupan rumahtangga.
Ketidakstabilan penghasilan hormon, sperma dan ovum yang terhasil tidak normal dan akan menjejaskan lagi peluang kita untuk mencapai kehamilan.Apabila bercakap mengenai hal-hal kesuburan ini, ia mestilah melibatkan suami dan juga isteri.
Tiada deskriminasi jantina disini ya apabila membicarakan isu kesuburan ini. Tetapi masyarakat kini lebih cenderung menunding jari keatas wanita apabila lebih setahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Tiada pengetahuan asas dan kesedaran mengenai kesuburan inilah akan mengoncangkan lagi kehidupan rumahtangga.
Bagaimana Vitamin Shaklee Dapat Membantu Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
Set Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :
memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
Tempoh penggunaan : 2-4 bulan penggunaan & boleh digunakan suami isteri
# Testimoni 1
# Testimoni 2
# Testimoni 3
2 Tahun Penantian..Akhirnya berjaya hamil! |
# Testimoni 4
# Testimoni 5
# Testimoni 6
5 tahun penantian. Pernah mengalami masalah cyst & pcos! |
# Testimoni 7
# Testimoni 8
Berjaya hamil setelah 2 kali keguguran dan hamil setelah 3 bulan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee |
# Testimoni 9
6 Tahun penantian ,pernah mengalami 2 kali keguguran dan cyst sebesar 9.7cm |
Akhirnya semua perkara berkaitan bagaimana meningkatkan peratusan kehamilan telah dibongkarkan. Saya tahu mungkin ada diantara cara yang didedakan kepada anda agak janggal dan masih baru untuk anda. Tidak mengapa, yang penting anda tahu bagaimana cara untuk meningkatkan peratusan kehamilan dapat dilakukan
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------