Penyakit Kayap : Rawat Dan Ketahui Pantang Larangnya

Kayap oh kayap!
.
Perkara yang paling kita semua takut ,sebab azab kayap ni menyiksakan dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. 

Mak saya sendiri adalah bekas pesakit kayap yang kena di bahagian belakang badan . Menurut mak saya ,tempat kayap tu rasa pedih , panas macam terkena api. Walaupon kayap dan air bisa dah takde, rasa panas pedih tu masih menghinggap .

Kayap adalah lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Penyakit ini mempunyai persamaan dengan demam campak atau Chicken Pox iaitu datang dari kelompok virus yang sama iaitu Herpes dan virus boleh bersembunyi di bawah kulit dan menunggu masa untuk muncul sebagai kayap.

Penyakit kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster atau disebut Shingles terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut ,kayap jagung dan kayap ular berpunca daripada serangan virus Varicella Zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chicken pox sewaktu kita masih kecil. 



Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress , tahap imunisasi badan yang lemah, kecederaan pada kulit dan juga akibat masalah penyakit kanser.

Kayap ni terjadi pada ibu saya sendiri yang dah berusia 48 tahun,mungkin disebabkan virus campak dulu tak habis keluar, jadinya di keluar menjadi kayap semasa sistem pertahanan kita lemah.Yup, memang menyakitkan. Mak cakap tempat ruam tu macam  ada orang layurkan api.

Gejala dan Simptom Simptom Kayap

Antara simptom-simptom yang boleh dijangkiti penyakit kayap adalah :
  •  berasa nak demam
  •  tekak rasa loya
  •  pening berpanjangan
  •  badan dijangkiti ruam panas
  •  badan rasa sengal
  •  hilang selera makan
  • pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
  •  pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
  •  kulit juga akan rasa gatal
  •  kulit rasa geli geli
  •  kulit terasa panas seperti terbakar
  •  timbul ruam panas



Kayap di Bahagian Muka

Ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada dan akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular, bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap  kayap ular yang lebih berusia , mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang panjang iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa

Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini. Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular adalah untuk mengurangkan atau meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. 


Kayap menyerang dibelakang badan


Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.



Komplikasi Atau Risiko Kayap Jika Tak Dirawat

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada 

  • mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).
  • keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis)
  • jantung (carditis)
  • paru-paru (pneumomitis) 
  • usus (enterocolitis).


Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). 

Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Pantang larang ketika kayap.

Dari segi kesahihannya, saya tak dapat nak pastikan. Tapi, ini adalah antara pantang larang orang terdahulu yang mungkin membantu mencepatkan proses penyembuhan :
  • Jangan makan makanan berminyak.
  • Buah tempatan tak boleh makan.
  • Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
  • Tak boleh kena sabun.
  • Tak boleh makan buah atau sayur yang menjalar atau berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
  • Tak boleh makan makan yang gatal contohnya makanan laut,ayam,telur

Vitamin Untuk Kayap 


Kayap ni sejenis virus. Ubatnya kena boost-kan immune system. 💉


Kayap bukan sakit yang hanya nampak di kulit luaran sahaja. Sakitnya di bahagian dalam selagi virus ada attack saraf tu.

Kalau tak rawat, kayap akan menyebabkan post herpetik neuralgia; KESAKITAN SARAF JANGKA PANJANG seperti kehilangan pendengaran, jangkitan kulit, lemah otot & parut yang lama. 😱

✔ Garlic Complex : 
  • bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. 
  • ia menjanjikan penyakit yang sudah pulih, tidak lagi kembali.



Nutriferon :
  • Nutriferon miliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.

  • Apabila pesakit yang alami kayap ini mengambil nutriferon, interferon meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. Jika sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, bagaimana ia mahu melawan virus dengan kadar yang cepat? Di sini lah perlunya nutriferon.


✔ Vitamin C : 

  • Merupakan meningkatkan sistem pertahanan badan kerana ia terlibat didalam produksi antibodi, aktiviti dan fungsi sel darah putih dan paling penting ia terlibat didalam penghasilan interferon. 


✔ ESP Shaklee :
Baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka nanah kayap dengan cepat.


Testimoni Pengguna Shaklee Yang Sembuh dari Kayap


# Testimoni 1 : 5 hari diwad, setelah amalkan Shaklee Kayap lari !



" Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! 

Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.



NUTRIFERON ⏩boost  balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. 

LECITHIN  ⏩consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.








# Testimoni 2 : Kayap Kering Selepas Seminggu !



# Testimoni 3 : Kayap Menghilangkan Diri Selepas 9 hari Mengamalkan Shaklee



# Testimoni 3 : Tiada lagi Derita kayap setelah 2 minggu Mengamalkan Vitamin Shaklee






# Testimoni 4 :  Seminggu Selepas pengambilan Nutriferon, kayap anak dah kering






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAUPUN


 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------------