Untuk ibu yang mempunyai anak yang mengalami masalah G6PD. Pastinya penekanan aspek kesihatan , pemakanan, ubat ubatan dan segalanya perlu dititikberatkan untuk mengelakkan segala kemungkinan yang tak diingini. Syukur sekarang zaman dah canggih, segala info yang diperlukan ada dihujung jari.
Kebanyakan pembawa G6PD adalah dikalangan bayi lelaki. Kali ini saya diuji apabila kelahiran kedua saya disahkan mengalami G6PD. Alhamdulillah, saya mampu mengharungi dengan tenang selepas mendapat info info yang mencukupi mengenai G6PD
G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Si ibu jangan risau, selepas melahirkan bayi , doktor akan lakukan pemeriksaan samada bayi kita mengalami G6PD atau tidak. Jika positif G6PD, doktor akan memberikan penerangan dari pihak sebelum dibenarkan keluar wad.
Penyakit kekurangan enzim G6PD merupakan satu penyakit bawaan genetik. G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. I
Si ibu jangan risau, selepas melahirkan bayi , doktor akan lakukan pemeriksaan samada bayi kita mengalami G6PD atau tidak. Jika positif G6PD, doktor akan memberikan penerangan dari pihak sebelum dibenarkan keluar wad.
3 Perkara Yang Si Ibu Perlu Tahu Mengenai Bayi G6PD
- G6PD Deficiency bukan penyakit, hanya satu bentuk kekurangan iaitu kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate dehydrogenase yang terdapat dalamsel darah merah yang menyebabkan darah merah mereka mudah musnah / pecah.
- Di negara kita, semua bayi yang baru lahir akan disaring dengan menggunakan darah daripada tali pusat untuk mengesan kekurangan enzim g6pd
- Ibu-ibu juga jangan risau kerana kita masih boleh menyusukan anak kita dengan susu ibu sepenuhnya
- Bayi G6PD memang mudah kena demam kuning atau jaundis
Persediaan Berpantang yang Sesuai Untuk Ibu Kepada Bayi G6PD
Saya kongsikan pengalaman saya sendiri melahirkan dan melalui proses berpantang kepada bayi G6PD . Setelah hari kedua melahirkan Adam, saya dikhabarkan oleh jururawat bahawa kemungkinan anak saya mengalami G6PD ,tetapi mereka masih menunggu keputusan dari makmal. Petang harinya, jururawat bertugas beritahu yang keputusan makmal menunjukkan Adam mengalami G6PD.
Jom, saya kongsikan pengalaman berharga ini. Jangan panik !
(1) Tinggal di hospital sekurangnya 5 hari
Potensi untuk anak G6PD terkena demam kuning atau jaundis sangatlah tinggi. Bayi baru lahir perlu diperhatikan didalam wad sekurangnya 5 hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat. Bayi yang kuning (jaundis) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Nasihat saya, jika anda memang berniat menyusukan bayi sebaiknya teruskan . Penyusuan susu ibu sangat membantu menurunkan bacaan bilirubin dalam darah bayi . Lagipun, kolostrum atau susu awal ibu sangat bernilai ,membantu meningkatkan antibodi si anak.
Biasanya ibu dan bayi akan dipindahkan dari wad bersalin ke wad kanak kanak. Si ibu boleh tinggal bersama si anak (ikut pada kekosongan di wad hospital anda menginap).
Si ibu masih boleh meneruskan pemberian susu ibu dengan mengepam susu ibu dan berikan pada nurse bertugas untuk diberikan pada bayi, Untuk permulaan susu badan memang tak banyak, tapi jangan putus asa! Teruskan mengepam dan menyusu, susu akan semakin meningkat. Banyakkan menyusu kerana tahap bacaan jaundis akan berkurang jika bayi kerap kencing dan berak
Adam semasa sesi fototerapi |
Biasanya ibu dan bayi akan dipindahkan dari wad bersalin ke wad kanak kanak. Si ibu boleh tinggal bersama si anak (ikut pada kekosongan di wad hospital anda menginap).
Si ibu masih boleh meneruskan pemberian susu ibu dengan mengepam susu ibu dan berikan pada nurse bertugas untuk diberikan pada bayi, Untuk permulaan susu badan memang tak banyak, tapi jangan putus asa! Teruskan mengepam dan menyusu, susu akan semakin meningkat. Banyakkan menyusu kerana tahap bacaan jaundis akan berkurang jika bayi kerap kencing dan berak
(2) Pemilihan Set Berpantang
Ini adalah antara benda yang paling penting. Untuk pengetahuan ibu ibu,terutamanya yang menyusukan badan jika anak anda ada G6PD , anda tak dibenarkan mengambil sebarang makanan atau minuman berunsurkan jamu!
Dilarang keras terutamanya pada ibu menyusu kerana jamu kemungkinan boleh menyebabkan sel darah merah si anak pecah dengan cepat dan meningkatkan lagi bacaan jaundis
Dilarang keras terutamanya pada ibu menyusu kerana jamu kemungkinan boleh menyebabkan sel darah merah si anak pecah dengan cepat dan meningkatkan lagi bacaan jaundis
Memang agak susah nak memilih set berpantang yang terbaik sebab kebanyakan yang ada dipasaran berunsurkan jamu. Jadi, saya cadangkan ibu mengantikan jamu atau herba dengan set berpantang yang berunsurkan vitamin atau makanan tambahan.
Vitamin atau supplement tak memberi kesan pada bayi dan boleh diamalkan oleh ibu yang mempunyai anak G6PD, sesuai untuk menyusukan bayi dan tingkatkan kesihatan ibu dan bayi.
Terdapat vitamin shaklee yang tidak sesuai untuk penghidap G6PD ini, ada yang berasaskan herba seperti Alfalfa. Selain itu yang berasaskan soya juga tidak sesuai iaitu ESP. Dan saya terjumpa 1 artikel yang mengatakan di mana Herbal Blend juga tidak sesuai.
Jadi , saya sarankan pengambilan Set Berpantang Shaklee. Antara khasiatnya adalah :
- Vitalea Iron Formula - Semasa dlm pantang banyak makanan yg tak boleh dimakan ,jadi tenaga kita akan berkurang, cepat letih dan pucat. Vitalea gantikan semula darah yg hilang semasa bersalin, sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
- B Complex - Membantu menstabilkan hormon badan kita.Jika kekurangan B complex,boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi seperti meroyan.Jadi, B Complex membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang serta menukarkan makanan kpd tenaga
- Zinc Complex - Zinc sangat penting dlm membantu proses pemulihan dan baiki luka dalam selepas bersalin. Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik. Selain itu, mengurangkan masalah rambut gugur dan membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.
- Sustained Released Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan dan meningkatkan tahap imun badan si ibu dan bayi, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk
- OsteMatrix - mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan
Kalau anda tanya perlu ke ambil semua dalam satu set ni? Terpulang pada budget anda :) Saya akan suggestkan berdasarkan budget anda. Kalau nak yang terbaik, tentulah Set Lengkap Berpantang Shaklee yang pastikan membantu anda kembali cergas dalam berpantang , menguruskan bayi dan menyusukan bayi dengan jayanya :)
Antara respon ibu yang mengamalkan set berpantang shaklee bagi bayi G6PD:
(3) Pemakanan Semasa Berpantang
Jika anda berhajat makan makanan berherba seperti halia, lada hitam dan sebagainya , sebaiknya tunggulah sehingga jaundis bayi anda reda dan menurun. Kalau bacaan semakin meningkat, sebaiknya hentikan dahulu. Sebaiknya cuba satu persatu dulu, jangan main campur campur herba dalam makanan anda. Tengok dulu tindakbalas pada bayi anda
Pesanan yang paling penting, ibu ibu yang ada anak G6PD yang menyusu badan ,mestilah elakkan daripada memakan ubat ubatan tradisional seperti jamu
(4) Rutin Berpantang Ibu Selepas Bersalin
Si ibu sebaiknya meneruskan rutin berpantang seperti biasa. Semasa berkampung dihospital bekalkan diri anda dengan set berpantang yang sesuai untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan selepas bersalin.
Jika anda berhajat ingin mengambil jamu atau herba, pastikan bayi anda bebas dari jaundis atau tahap jaundis menurun terlebih dahulu. Untuk memulihkan dalam selepas bersalin, si ibu digalakkan meneruskan aktiviti bertungku, berbengkung, berurut bagi mengelakkan masalah dalam berpantang seperti rengat, angin dalam badan, perut mengelember dan banyak lagi. Jangan lupa bawa tungku elektrik maklumlah diwad takde sapa yang akan jaga kita.
Jika anda berhajat ingin mengambil jamu atau herba, pastikan bayi anda bebas dari jaundis atau tahap jaundis menurun terlebih dahulu. Untuk memulihkan dalam selepas bersalin, si ibu digalakkan meneruskan aktiviti bertungku, berbengkung, berurut bagi mengelakkan masalah dalam berpantang seperti rengat, angin dalam badan, perut mengelember dan banyak lagi. Jangan lupa bawa tungku elektrik maklumlah diwad takde sapa yang akan jaga kita.
Mungkin pada awal kelahiran anda tak cukup rehat sebab nak kena ulang alik dari hospital , jadi saya kongsikan tips mudah untuk mengecutkan rahim adalah menyusukan bayi! Memang cepat rahim anda mengecut. Pada awal penyusuan susu ibu, memang ada ibu yang mengalami masalah susu sedikit, ia adalah normal.
Teruskan pemberian susu ibu, makin lama susu akan semakin banyak dan meriah . Jika anda tak cepat putus asa , insyallah anda mampu meneruskan pemberian susu ibu sehingga bayi 2 tahun
(5) Info dan Maklumat Mengenai G6PD
Sebaiknya ibu bapa kepada bayi G6PD mempunyai maklumat dan info yang lengkap untuk mengendalikan anak ini kerana pembawa G6PD tak boleh terdedah kepada ubat-ubatan tertentu dan makanan yang tertentu juga. Ia boleh sel darah merahnya akan pecah dan boleh menyebabkan kematian atau kecacatan. Disini saya senaraikan beberapa pantang larang pemakanan , ubat ubatan dan persekitaran :
Senarai yang Tak Boleh Diambil atau Pantang Larang G6PD
Pada anak yang mengalami G6PD
Pemakanan
- kacang parang (fava beans)
- makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
- makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya
- Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
- Asid askorbik tiruan yang biasanya terdapat dalam vitamin C
- gula-gula dan makanan berperisa menthol
Persekitaran
- Naphtalene / Moth balls (Ubat Gegat) tidak boleh dipakaikan untuk pakaian anak yang mengalami G6PD dan ibunya
- Ubat nyamuk dan racun semburan serangga haruslah dijauhi
Ubat untuk Merawat Malaria:
- Choroquine
- Hydroxycloroquine
- Primarquine
- Pamaquine
- Quinine
- Mepacrine (Quinacrine)
Ubat Penahan Sakit
- Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
- Phenacetin (Acetophenetidin)
- Aminopyrine (Amidopyrine)
Ubat Antibiotik
- Chloramphenicol
- Cotrimoxazole (Bactrim)
- Furazolidine
- Nalidixic Acid
- Nitrofurantoin
- Nitrofurazone
- Para-Aminosalicy Acid
- Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
- Sulfapyridine
- Sulfasalazine
Ibu menyusukan bayi G6Pd
Selain menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubat berikut agar tidak termasuk di dalam susu ibu :
- ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
- ubat gegat (mengandungi napthalene)
- ubat-ubatan cina (senseh)
- ubat-ubatan herba
- jamu-jamuan
- ubat anti-malaria
- ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)
Untuk senarai pantang larang ini sebaiknya ibubapa bayi perlu lebih peka . Elakkan bayi daripada bahan bahan dan ubat ubatan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah. Risikonya adalah bayi akan mendapat penyakit kuning yang serius, warna air kencing bayi akan bertukar kepada warna yang pekat dan bayi menjadi pucat.
Inilah antara serba sedikit perkongsian saya mengenai persediaan yang perlu untuk ibu berpantang dengan bayi G6PD. Saya harap anda dapat manfaatkan artikel ini.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
✿ Jika anda ingin terus ke cawangan shaklee berhampiran , anda boleh menggunakan id saya (866457: Nornadia Mansor) semasa pembelian di kaunter shaklee di cawangan berdekatan anda ✿
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------