Ramai yang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Di dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang bernama “Glomeruli“. Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari keluar ke dalam air kencing.
Apabila glomeruli ini telah rosak atau bocor, lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari (dipanggil proteinuria). Keadaan ini akan menyebabkan badan mula kehilangan banyak protein yang sangat penting untuk sistem tubuh (kebocoran protein).
Masalah ini dinamakan Nephrotic Syndrome atau Penapis Buah Pinggang Bocor.
Tanda Tanda Buah Pinggang Bocor
Jom kita tengok tanda tanda seperti dibawah, ia bermaksud anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan :
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Kencing berbuih
- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Bengkak pada pergelangan kaki.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.
Komplikasi Dari Masalah Nephrotic Syndrome
Komplikasi yang mungkin akan berlaku akibat daripada masalah ini termasuklah:
- Pembesaran kanak-kanak terbantut dan mereka perlu dimasukkan ke dalam hospital sehingga sembuh
- Antibodi badan akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pesakit mudah diserang jangkitan kuman sehingga boleh membawa risiko maut
- Air yang terkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan boleh menjadi tempat pembiakan kuman yang meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
- Kegagalan buah pinggang peringkat akhir di mana ia tidak dapat lagi berfungsi dengan baik
- Darah menjadi lebih pekat akibat kehilangan banyak air yang boleh menyebabkan salur darah bengkak (edema) seperti pada kaki, sekitar mata dan muka, atau pada bahagian perut.
- Kebergantungan kepada ubat seperti steroid yang perlu diambil, dan mungkin akan memberi banyak kesan sampingan.
- Hati pula akan mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah.
Kaedah Rawatan Yang Perlu Dijalani
kaedah rawatan yang mungkin anda perlu ambil:
- Ubat steroid (prednisolone) diberikan mengikut berat badan sehingga tiada lagi protein di dalam air kencing. Kemudian dose ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit
- Ubat kencing akan diberikan sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa.
- Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang
- Protein albumin akan dimasukkan kedalam salur darah jika perlu
- Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan
- Menjaga diet dalam pemakanan seharian iaitu mengurangkan pengambilan garam mengawal pengambilan air (untuk kes edema yang teruk)
- Memastikan pengambilan kalori dan protein yang baik dalam diet seharian.
Testimoni Pesakit Nephrotic Syndrome
Inilah yang berlaku pada seorang pesakit buah pinggang bocor iaitu Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Jom kita baca kisah kesihatan beliau
"Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan?
Tanda atau simptom yang dialami :
Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital.
Rawatan Yang Dijalankan :
Semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.
Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.
Langkah Alternatif Merawat Masalah Nephrotic Syndrom:
Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.
Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.
Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.
Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan. "
Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Masalah Kebocoran Buah Pinggang (NEPHROTIC SYNDROM) ?
Vivix diformulasi sebagai tonik anti penuaan yang membantu memperbaharui sel dan memulihkan sel kita secara keseluruhannya supaya kembali seperti dna sel kita yang asal sewaktu kita sihat dan muda.Proses ini menyebabkan tubuh akan menolak unsur asing yang tidak baik dan memulihkan semula sel seperti asalnya sebagaimana ketika kita sihat.
BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG?
Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol.
RESVERATROL ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu:
- Antioksidan : Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
- Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
- Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.
- Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
- Mengurangkan proses lipid peroksida.
- Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.
Begitu juga dengan pesakit buah pinggang. Ia membantu memulihkan kesihatan pesakit buah pinggang secara menyeluruh dan menjadikan pesakit buah pinggang lebih sihat setelah mengamalkannya.
Testimoni Pengguna
# Testimoni 3 : Dengan Izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein dalam air kencing menampakkan penurunan
Inilah yang berlaku pada seorang pesakit buah pinggang bocor iaitu Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Jom kita baca kisah kesihatan beliau disini
# Testimoni 4: Tiada lagi protein berlebihan dalam air Kencing, dengan sebotol penggunaan Vivix
# Testimoni 5 : Bacaan gula normal, bacaan dialisis semakin menurun dari hari ke hari
# Testimoni 6 : dari pesakit buah pinggang tahap 5, setelah amalkan vivix, 73 hari tak perlu lakukan dialisis buah pinggang
# Testimoni 7 : Protein dalam buah pinggang menunjukkan penurunan . Sudah henti pengambilan ubat dari hospital
# Testimoni 8 : Buah pinggang semakin baik, dialisis dibatalkan !
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
---------------------------------