Kecutkan Rahim Dengan Cepat Untuk Ibu Bersalin Normal dan Pembedahan

Bagi ibu yang lepas bersalin , pastinya nakkan rahim mengecut dengan cepat  samada bersalin normal ataupun melalui pembedahan. Pasti ibu yang lepas bersalin perasan yang perut kita masih buncit sedikit  dan lembik lembik  selepas bersalin , tambah tambah lagi jika si ibu mengandungkan dengan perut yang besar :)


Menjadi kerisauan memikirkan macamana nak kecutkan balik perut ,slim macam anak dara. Jom saya kongsikan beberapa info untuk kecutkan rahim bagi ibu yang bersalin normal mahupun bersalin secara pembedahan.


Cara Ketahui Rahim Dah Kecut Atau Belum?

 1) Pemeriksaaan Sendiri

Ibu – ibu boleh melakukan pemeriksaan peranakan sendiri selain berjumpa dengan professional bagi mengetahui samada peranakan telah  kecut atau sebaliknya. Caranya; ibu perlu menekan bahagian bawah pusat. Sekiranya terasa seperti biji bola ping pong seolah-olah ketumbuhan. Itu tandanya peranakan belum kecut. 

2) Darah Nifas

Darah nifas yang banyak juga salah satu daripada tanda peranakan masih belum kecut. Sekiranya darah nifas telah habis tetapi masih terdapat ketulan pada bahagian pusat kemungkinan terdapat kesilapan ketika dalam pantang.

3) Pemeriksaan Melalui Jururawat

Kebiasaaannya jururawat akan datang ke rumah ibu bersalin selepas melahirkan dalam tempoh sebulan untuk memantau kesihatan ibu dan bayi. Jadi, ada beberapa pemeriksaaan dijalankan antaranya adalah mengukur tinggi rahim. Lihat pada gambar untuk lebih jelas.

Apa yang saya lihat, jururawat akan membawa pita pengukur dan mengukur ketinggian rahim dari bagian atas rahim hingga ke ari ari. Pada saya sendiri, saya mengambil masa lebih kurang seminggu lebih untuk kecutkan rahim (kelahiran secara normal). Kejap lagi saya kongsikan pada anda bagaimana saya boleh mengecutkan rahim secepat itu 




Tips Mengecutkan Rahim Dengan Cepat Untuk Ibu Bersalin Normal dan Pembedahan

1) Menyusukan Bayi

Cara yang terpantas dan paling selamat adalah menyusukan bayi. Cara ini memang sangat berkesan dan saya sendiri telah mengamalkan kaedah ini dan sesungguhnya ia sangat berkesan.  Semasa menyusukan bayi, ibu akan merasa sakit pada bahagian ari ari. Jangan  risau, kerana itu tandanya 
peranakan anda sedang mengecut.



Apabila anda menyusu, kelenjar pituitari merembeskan hormon oxytocin. Ia bertindak mengecutkan otot seperti pundi susu dalam payudara anda. Pengecutan otot itu menyebabkan susu bergerak ke hadapan dan sedia untuk dihisap oleh bayi.

Perkara yang sama berlaku pada sel otot di dalam rahim. Hormon oxytocin yang terhasil membantu mengecutkan rahim kepada bentuk asalnya semula.

Saya mengamalkan Energizing Soy Protein untuk membantu meningkatkan pengaliran susu badan, susu badan lebih pekat dan bayi lebih cepat kenyang! Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang 2 tahun. Syukur sangat


2) Bertungku 

Bertungku tujuannya untuk kecutkan rahim dan  kempiskan perut. Dah memboyot selama 9 bulan perut agak menggeleber lepas bersalin. Bertungku bukan sahaja bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kesakitan dan  lenguh-lenguh malah ia akan membantu luka lebih cepat sembuh dan rahim mudah kecut. Luka dalaman akan lebih cantik dan tidak melekat pada rahim. 

Bagi ibu yang bersalin normal, boleh mula bertungku selepas bersalin. Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisi berbaring, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Ibu yang bersalin secara pembedahan masih boleh bertungku mengikut had batasan yang tertentu.Bagi ibu yang bersalin bertungku boleh dilakukan dengan cara meletakkan tungku pada bahagian belakang, pinggang, paha dan betis. Sekiranya ingi bertungku  pada bahagian perut. Jangan diletakkan tungku pada bahagian atas perut tetapi dalam keadaan mengiring letak di bahagian bawah perut. 

Apa yang penting pastikan tungku  tidak terkena bahagian pembedahan (Cesarean).  Bertungku untuk ibu yang bersalin secara pembedahan sangat digalakkan. Ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) boleh mula bertungku pada hari kedua pembedahan(Cesarean). 


3) Berbengkung 

Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan 2 kali sehari, pagi dan malam. Ketahui kelebihan berbengkung pada artikel saya sebelum ini disini

Bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan digalakkan digalakkan untuk menunggu dalam masa 2 minggu dan menggunakan bengkung moden atau bengkung khas untuk ibu bersalin secara pembedahan.

Bagi luka cesarean, selepas mandi pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.Kalau ingin gunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.



4) Makanan Dalam Berpantang

Sebaiknya bagi ibu yang berpantang amalkan makanan yang panas seperti banyakkan halia, lada sulah, jintan manis. Tapi, jangan lupa ye..tolong try and error. Bagi ibu yang menyusus badan, mulakan dengan kuantiti yang sedikit kerana ada sesetengah bayi akan mengalami kembung perut atau cirit birit jika mengambilnya berlebihan. Atau anda boleh klik disini untuk  Resepi  Khas Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Rahsia Saya Kecutkan Rahim dengan Cepat dan Berkesan

Selain dari itu , anda juga boleh cuba jamu tradisional yang membantu mencepatkan proses pengecutan rahim. Perlu diingatkan bagi ibu yang ingin mengambil jamu, pastikan anak anda bebas dari demam kuning, penyakit G6PD sebelum pengambilan kerana khuatir akan meningkatkan bacaan jaundis pada bayi. 

Untuk lebih selamat anda boleh mencuba Set Berpantang Shaklee yang bebas kandungan jamu, selamat untuk bayi jaundis dan G6PD dan membantu ibu kembali cergas semasa berpantang 

Antara rahsia saya kecutkan rahim dengan cepat adalah saya memilih untuk mengamalkan JAMU MODEN iaitu Alfalfa Complex Shaklee . Selain itu, Alfalfa Complex juga membantu meningkatkan kuantiti susu badan, merapatkan keintiman, menghangatkan keintiman bersuami suami selepas berpantang. Yang penting harganya berpatutan dan tahan lama penggunaan!


itulah antara tips yang saya dapatkongsikan dengan anda antara cara saya berjaya mengecutkan rahim dengan cepat. Insyallah ,tips ini juga sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Semoga bermanfaat!




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.



-----------------------------------