Tips dan Petua Pengendalian dan Penjagaan Anak Ekzema

Kulit bayi yang baru lahir sangat lembut dan sensitif. Kulit bayi mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. 

''Eh, kenapa muka bayi saya merah-merah?''
''Ini ruam susu ke apa''
"Anak saya kena ruam lampin ni"

Anda pernah mengalami situasi macam ni? Ok, jangan panik ye. Apa yang nak buat bila ada sesuatu yang tak kena pada kulit anak ?



LANGKAH PERTAMA: 
Kenalpasti jenis ruam yang menimpa bayi anda. Ruam Panas? Ruam Susu? Ruam Lampin? Ekzema? Allergy? 

Macam mana nak tahu....?

Eczema : Rasa gatal dan kelihatan tidak selesa. Kesan lebih teruk dapat dilihat apabila berdarah dan keluar air. Selalunya dapat dikesan pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Dermatis seperti kulit kemerahan, kuping dan bengkak turut kelihatan.

Saya pernah berkongsi maklumat dan info penting mengenai ekzema secara terperinci, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut sila klik Info Penyakit Ekzema dan Cara Merawat

Bila terjadinya kerengsaan pada kulit, raa tak selesa sepeti gatal gatal, pedih akan muncul dan buatkan si anak tadi menangis dan merengek. Bayangkan kalau kita pulak  ditempat dia. Hanya Allah je tahu macamana gatalnya.

Ibu mana yang sampai hati melihat anak sendiri menangis,merengek disebabkan masalah pada kulit ini. Jadi, saya nak kongsikan beberapa tips dan cara pengendalian penyakit ekzema.


Tips Pengendalian dan Merawat Penyakit Ekzema



1. Penyusuan Susu Badan

Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara eksklusif selama enam bulan. Walaubagaimanapun, proses penyusuan yang berlanjutan sehingga bayi berumur 2 tahun adalah digalakkan. Menyusu boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain.

Sebahagian kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin alah kepada susu lembu. Jika anak anda mengambil susu formula, disarankan anda untuk mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Jika bayi menyusu badan, ibu-ibu kena berkorban sedikit untuk kawal pemakanan, cuba elakkan makanan laut, kekacang dan makanan gatal yg lain. Dan elakkan makanan tersebut terkena pada kulit bayi.


2. Kuku Yang Pendek 

Sebaiknya, pastikan kuku anak sentiasa dipotong . Kulit pesakit ekzema biasanya sangat gatal, kemerahan dan kadangkala melepuh ketika mengalami serangan. Akibat kadar menggaru yang kerap, kulit bukan sahaja semakin rosak, malah menyebabkan bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus) yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.

Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teruk. Jangkitan ini memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak


3. Pengurusan Si Anak semasa Mandi

  • Walaupun anak anda suka bermain air, elakkan membiarkan anak anda mandi terlalu lama. Mandi yang terlalu lama boleh mengeringkan kulit.
  • Elakkan penggunaan air panas atau air suam ketika mandi. Air panas dan air suam mengurangkan kelembapan kulit anak anda.
  • Keradangan kulit akibat daripada bahan pencuci, sabun mandi, sensitif pada fabrik dan terdedah kepada bahan kimia  yang berpotensi akan mengeringkan kulit..Gunakan produk mandian/bedak/minyak yang berasaskan sumber semula jadi/ berubat. jangan main hentam keromo.
  • Penggunaan “bubble bath”, garam mandian (bathing salts) atau minyak wangi boleh mennyebabkan inflamasi lebih teruk dan haruslah di elakkan.


4. Elakkan Steroid!

Ibu ibu pastinya tercari krim, sabun mandian untuk baikkan kulit aanak yang menghidapi ekzema ini. Tapi , hati hati ye ! Steroid terkandung dalam ubat-ubatan seperti krim (tak semua dan ada sesetengah krim dan ubat sahaja). Sistem imun tubuh dilemahkan dan ini akan mengurangkan reaksi kulit terhadap eczema. Pengguna akan rasa selesa, kulit tiada reaksi kemerahan dan nampak sembuh.

Namun disebalik itu, ketagihan steroid berlaku. Dan sama seperti dadah yang lain, dari semasa ke semasa dadah (steroid) yang lebih kuat diperlukan oleh tubuh. Sehingga tahap jika tiada steroid, seluruh tubuh akan merah seolah-olah kulit terbakar. Jadi, sila check label dan ketahui kandungan krim atau ubatan yang anda ambil!


  • Sila elakkan STEROID Steroid terkandung dalam ubat-ubatan seperti krim (tak semua dan ada sesetengah krim dan ubat sahaja).
  • Sila elakkan PARAFFIN - Paraffin biasanya terkandung dalam baby oil dan sabun-sabun.


5. Pelembap penting Untuk Kulit Ekzema
Pesakit sering juga mengalami kegatalan dan kulit kering yang melampau. Apabila kulit kering ia mengalami masalah kekurangan air. Ini biasanya terjadi pada pesakit Atopic Ekzema dimana keadaan kulit menjadi kering disamping terdedah pada jangkitan bakteria dan virus.

Oleh itu pesakit perlu berusaha untuk mengekalkan lapisan air di bawah kulit. Ia akan mengelakkan kulit kering dan merekah. Antara cara untuk mengelakkan kehilangan lapisan air dan kulit kering adalah dengan berendam ketika mandi tanpa sebarang sabun.Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap adalah selepas mandi.

Untuk pesakit ekzema , saya sarankan pengunaan Multipurpose Herbal Blend Cream ,krim ini bagus disapu pada kulit bayi ekzema . Semestinya kandungannya berasaskan herba dan bebas steroid ! Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Lihat testimoni disini





6. Kawal Permakanan

Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. 

Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

Selain dari itu, pemakanan tambahan seperti vitamin juga membantu meningkatkan tahap imunisasi badan si anak , mengurangkan inflamisasi pada kulit dan banyak lagi fungsinya.

Untuk anak yang menghidapi ekzema, saya sarankan pengambilan Omega Guard dan Mealshake yang sangat membantu merawat masalah ini.


  • Mealshakes Shaklee mampu mengurangkan masalah ekzema dengan membantu membaik pulih sel sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit ekzema lazimnya mengalami pertumbuhan sel sel abnormal. Jadi, pengambilan mealshakes dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Mealshakes yang lengkap dengam multivitamin, protin, kalsium dan serat boleh diambil bermula dari kanak kanak setahun hingga dewasa. 

  • Omega Guard meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru serta jantung. Dengan kelebihan meningkat sistem imun ini  omega guard dapat membaiki alahan kulit pesakit ekzema. EPA dan DHA dari omega guard juga mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi. Emosi yang tidak terkawal juga merupakan faktor utama ekzema.

7. Persekitaran

Untuk mengelakkan dari terdedah kepada hama seratus peratus bukanlah mudah. Hama berada di mana-mana sahaja termasuklah di dalam habuk yang terdapat pada cadar, bantal, pakaian, mainan (soft toys), sofa dan karpet. Langkah-langkah yang mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan hama adalah seperti berikut :

  • Tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu. Rendam dalam air panas melebihi 60oC selama setengah jam sebelum dicuci. Cadar dan sarung bantal kemudiannya perlu disidai di bawah pancaran cahaya matahari sehingga kering.

  • Jemur dan bersihkan tilam anda dengan menggunakan hampagas (vacuum cleaner) sekurang-kurangnya sekali seminggu.

  • Jangan menyimpan mainan-mainan yang berbulu (soft toys).

  • Elak dari menggunakan langsir yang berat dan tebal yang mudah memerangkap habuk dan susah dicuci.

  • Gunakan almari bertutup untuk menyimpan pakaian atau buku-buku untuk mengurangkan pengumpulan habuk.

  • Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster.Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembap untuk membersihkan permukaan yang berdebu.

  • Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah.

  • Jika boleh, elakkan dari memelihara binatang.

Korang tau tak? Sebenarnya anak kepada CEO Shaklee ,  Roger Barnett disahkan doktor menghidap Asthma. Puas mereka mencari household products yang sesuai dan akhirnya mereka diperkenalkan kepada household products Shaklee. Sebaik bertukar daripada produk biasa yang bertoksik kepada produk Shaklee yang ORGANIK iaitu Get Clean Home Care System , anak beliau beransur sihat. 

Jom kita layan video ini:


Ekzema adalah 1 penyakit yang akan berulang-ulang jika tidak di rawat terus. Kebarangkalian ia datang semula tu ada dan biasanya jika dah tahap teruk ia akan mengakibatkan gatal-gatal yang teruk pada penghidap.

Sekian saja perkongsian saya untuk mengendalikan bayi ekzema. Sebaiknya buatlah pilihan yang terbaik untuk si manja anda ! Jangan terlambat bertindak, menyesal kelak


Testimoni Pesakit Ekzema dengan Vitamin Shaklee!

# Testimoni 1


# Testimoni 2 
Kisah adik Ruhil yang mengalami masalah eczema sejak terkena demam campak sewaktu masih bayi. Sekarang Alhamdulillah semakin pulih. Ikuti kisah sepenuhnya disini 


# Testimoni 3


# Testimoni 4
Anak kecil yang berusia 2 tahun ,mengalami penyakit ekzema yang teruk sehingga berdarah akibat mengaru kembali pulih 


# Testimoni 5
Masalah ekzema pada anak dah kesan parut kembali pulih 90%.





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN

 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------------