Cara Elakkan Faraj Dari Koyakan Teruk Semasa Bersalin

Setiap kali nak melahirkan, bila difikirkan lepas sakit bersalin ..mula pulak sakit jahit selepas bersalin mungkin disebabkan salah teknik meneran. Lagipun bukan mudah nak jaga luka bersalin ni -_- , sebab masa tu kita pun masih bertatih menjaga si kecik yang baru keluar ke dunia. Sebolehnya, takde sapa pun yang nak dijahit atau berlakunya koyakan besar semasa bersalin.


Masih ada masa lagi, kita masih boleh pelajari cara nak elakkan koyakan faraj semasa bersalin.

Faedah Elakkan Luka Koyakkan Teruk Semasa Bersalin

  • memudahkan proses menyusukan bayi andai cedera kurang
  • memudahkan proses berurut
  • memudahkan proses membuang
  • mengurangkan trauma

Tahap Koyakan Faraj Semasa Bersalin

episiotomi, luka bersalin , elakkan luka faraj semasa bersalin

Koyakan tahap pertama hanya melibatkan lapisan atas faraj iaitu kulit perineum dan tisu sekitar faraj. Ia sama sekali tidak melibatkan otot. Sekiranya tidak dijahit, ia berupaya untuk sembuh sendiri.


Koyakan tahap kedua biasa berlaku dan ia melibatkan otot perineum. Koyakan ini perlu dijahit lapisan demi lapisan dan mengambil masa beberapa minggu untuk pulih seperti sedia kala. Koyakan ini sama seperti potongan episiotomy yang selalu dilakukan oleh doktor untuk melancarkan proses kelahiran.


Koyakan tahap ketiga pula paling dikhuatiri jika terjadi. Sekiranya terkena biarpun sedikit bahagian dubur, ia akan menyebabkan anda sukar menahan najis jika koyakan yang dialami sehingga ke otot dubur tidak dirawat segera.


Sama juga dengan koyakan tahap keempat  yang lazimnya melibatkan otot dubur. Komplikasi perineum koyak pada tahap ketiga dan keempat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, ia boleh berlaku berdasarkan kepada situasi seperti



  • Saiz bayi terlalu besar
  • Posisi bayi
  • Proses kelahiran terlalu lama
  • Kedudukan dubur hampir dengan faraj
  • Kelahiran normal yang pertama
  • Melahirkan anak secara normal di kelahiran terdahulu dan mengalami koyakan tahap ketiga atau keempat
  • Melahirkan bayi menggunakan alat bantuan kelahiran terutamanya forsep
  • Pernah menjalani episiotomi di kelahiran sebelum itu



Cara Mengelakkan Koyakan Teruk Semasa Bersalin

1- Urutan Perineum

Urutan perineum boleh mula seawal 32-34 minggu kehamilan menggunakan minyak urutan organik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara, urut dgn lembut menggunakan ibu jari diantara vagina dan lubang dubur utk meningkatkan aliran darah dan keanjalan atau berbincang dengan stafff kesihatan yang menjaga anda semasa bersalin untuk meletakkan kain / pad basah / di perineum (kawasan antara vagina dan dubur) semasa proses bersalin dan proses meneran.

urutan perineum , tips mudah bersalin,


Tatacara mengurut perineum
  • Sapukan jari dengan minyak.
  • Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
  • Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
  • Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk 'U'.
  • Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
  • Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Kajian menunjukkan urutan perineum dari minggu ke 35 mengurangkan koyakan pada bahagian perineum yang perlu dijahit. Kebanyakan anita yang mengamalkan teknik ini juga melaporkan tiada berlaku kesakitan bahagian perineum dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina. Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain. 



2- Jangan meneran terlalu awal

Terutama jika jalan belum terbuka sepenuhnya kerana  kepala bayi masih tinggi. Jika anda merasa ingin meneran sebelum masa, mengiring kekiri dan gunakan teknik pernafasan huhuhu hi...meneran terlalu awal boleh menyebabkan vagina menjadi bengkak dan senang pecah. Penting juga untuk anda pelajari Teknik Meneran Semasa Bersalin Dengan Betul 

Ya, kedudukan bayi juga memainkan faktor penting. Kedudukan yang optimum untuk kelahiran bayi adalah dengan kepala ke bawah, dagu terletak ke dalam dalam , tulang belakang menghadap ke luar terhadap perut ibu dan tangan mereka terletak pada badan bayi. Kepala bayi membentuk dengan baik dalam kedudukan ini menjadikannya ia lebih mudah bagi mereka untuk bergerak melalui pelvis anda. Dan jika lengan dan tangan bayi yang turun ini juga amat memberi kesan kepada integriti perineum .

Jadi bagaimana cara untuk meningkatkan peluang bayi berada dalam kedudukan ini? Bagi yang bukan muslim teknik melakukan regangan seperti kucing misalnya dapat membantu merendahkan graviti serta kaedah ini dapat menggerakkan tulang belakang ke hadapan.

Alhamdulillah, jika anda seorang muslim, anda ada banyak masa dengan mempraktikkan sujud yang lama (kedudukan graviti yang rendah dan memberikan lebih ruang pada bayi anda untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik untuk kelahiran).




3- Senaman kegel dan senaman otot pelvik 

Ia bertujuan bagi menguatkan otot pelvik agar tidak mudah koyak. senaman ini sangat penting bukan sahaja untuk mengelakkan koyakan perinium tetapi juga sangat membantu proses meneran ketika bersalin nanti insyaAllah. Sangat penting anda serius melakukan senaman ini pada usia kehamilan 7 bulan ke atas. 

Otot pelvic yang kuat akan memudahkan proses meneran, insyaAllah proses meneran akan berlaku dengan tepat dan lebih mudah. ada banyak cara kiraan masa untuk senaman kegel ini, bagi saya adalah anda contract otot yang betul..bukan otot perut tapi otot pelvic...kiraan terpulang pada anda...walaupun senaman ini nampak mudah, tetapi jika pertama kali anda melakukannya pasti anda rasa letih juga :)


senaman kegel,kuatkan rahim, senaman kemut faraj, kemutan faraj



Kaedah Senaman Kegel yang betul
  • Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
  • Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.



Senaman Kegel Yang Sempurna
  • Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
  • Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
  • Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
  • Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam)




4 - Posisi bersalin .

" JANGAN ANGKAT PUNGGUNG, DAN PEGANG TERUS PERGELANGAN KAKI"
posisi bersalin , cara bersalin,

rasanya ramai ibu ibu yang dah tahu teknik ni tapi bila bersalin biasalah kita tengah sakit kadang kadang terlupa...cara untuk anda tidak lupa, pesan selalu pada suami yang insyaAllah akan temani kita dalam labour room nanti supaya selalu ingatkan kita supaya tidak angkat punggung.



Tahukah anda, mengangkat punggung ketika meneran akan menyebabkan otot perineum mengeras dan akhirnya boleh mengakibatbkan bahagian perineum koyak. 



Pengalaman Saya Semasa Bersalin.

Melahirkan anak tu adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sangat istimewa. Kita belajar dari pengalaman lepas. Itulah saya  ^_^ . Saya pun pernah mengalami jahitan episiotomi semasa bersalin anak pertama dulu. Ngeriiii! Rasa sendiri jarum jemarum yang dijahit ke faraj. Penting juga untuk anda pelajari Teknik Meneran Semasa Bersalin Dengan Betul 

Sebolehnya, saya nak kongsikan dengan anda tips elakkan koyakan teruk semasa bersalin sebab luka semasa bersalin ni bukan sesuatu yang perlu dipandang remeh. Kalau salah penjagaan, macam macam masalah akan timbul. Sure korang pun tahu, ada kes ibu yang terbuka jahitan ,menanah dikawasan jahitan, jahitan bersalin terbuka dan ada antaranya koyakan tahap keempat hingga hilang rasa nak terkencing.

Tips ini adalah antara yang saya dapatkan dari ibu mertua saya (beranak enam, paling bongsu umur 2 tahun), jururawat yang menjaga saya semasa bersalin dan ihsan pakcik google.hihihi.

Selepas bersalin, jika anda mengalami pengalaman luka jahitan yang teruk atau episiotomi , bolehlah cuba cara Atasi Luka Bersalin Supaya Cepat Sembuh dan Kering Tanpa Bermasalah.

Insyaallah, saya jugak bakal melahirkan bayi pada awal 2016 nanti! Saya doakan ibu yang lain jugak dapat melahirkan dan berpantang dengan selamat dan tanpa masalah. Yang penting, banyakkan berdoa dan yakinlah dengan doa kita :)

Semoga bermanfaat



------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang 

berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.


---------------------------------