Salam ibu ibu ,
Kebiasaanya selepas melahirkan anak, si ibu lebih risaukan keadaan anak ada kemungkinan besar akan menghidapi penyakit jaundis atau demam kuning.
Menurut pengalaman saya sendiri dengan Damia (anak sulung), selepas 3 hari melahirkan anak sulung saya Damia, baru mempunyai tanda tanda demam kuning . Alhamdulillah, selepas seminggu kuningnya terus hilang.
Berlainan bg anak kedua saya , Adam, disahkan prolonged jaundice (jaundis berpanjangan. Antara penyebabnya adalah Adam mempunyai masalah G6PD. Jadi, penghidap G6PD cenderung mengalami masalah jaundis yg berpanjangan sehingga diambil sample darah 3 botol melalui tangan dan sample air kencing untuk ujian makmal bagi mengetahui kemungkinan dia mempunyai sebarang masalah berkaitan hati, air kencing dan tiroid. Syukur , ujian makmal mendapati Adam bebas dari ketiga masalah itu.
Tips nak tengok kuning tinggi ke tak, tengok je kat mata putih baby, kalau kuning kat situ, maksudnya tinggi lah tu
Apa pun, sebagai seorang ibu kita harus mempunyai ilmu untuk menyembuhkan demam kuning dengan sebaiknya. Jom saya kongsikan info dan cara mengatasi masalah demam kuning
Apa itu Jaundis atau Demam Kuning ?
Jaundis adalah istilah kepada demam kuning. Jaundis sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah .
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Bagaimana Jaundis atau Demam Kuning Boleh Berlaku ?
Semasa bayi
dalam kandungan , proses pembuangan bilirubin ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri sebelum dikeluarkan melalui najis
Hati bayi yang belum
matang (biasanya bayi yang lahir tak cukup bulan) mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas
sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. Inilah punca mengapa bayi yang lahir pra-matang kebanyakkannya mengalami masalah jaundis yang tinggi
Punca Bayi Mudah Terkena Jaundis Apabila :
- Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
- Berat yang kurang
- Berbezaan darah ibu dan bayi berisiko
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis berpanjangan
- Mempunyai darah jenis O
- Bayi yang menghidapi G6PD (sel darah merah mudah pecah)
Jaundis yang berpanjangan (Prolonged jaundice)
Apabila keadaan kekuningan berlanjutan
sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi
pramatang. Ianya disebabkan oleh:
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
- Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Inilah yang terjadi pada Adam iaitu anak kedua saya, jika jaundis masih ada dalam tempoh tersebut. Bayi perlu diambil sample darah di tangan dan air kencing bagi tujuan mengenalpasti punca seperti diatas.
BAGAIMANA ALFALFA MEMBANTU?
Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan bayi. Jika si ibu amalkan alfalfaa di hujung kehamilan, insya-Allah ia bantu kuatkan hati bayi, bayi sendiri tu dapat proses sendiri billirubin diaUntuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan bayi mengalami demam kuning atau jaundis , ibu tersebut disarankan mengambil Alfalfa & menyusukan anak . Khasiat Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu akan membantu kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.
ALFALFA SEMASA HAMIL
Untuk ibu yang pernah ada sejarah anak pertama dan kedua kuning tinggi, saya suka nak cadangkan ambil lah Alfalfa di hujung kehamilan. Bukan sepanjang kehamilan tau. Cukup lah bulan ke-8 ke atas.
Ada kenalan saya buat camtu.
Kisahnya, sebelum dia berkenalan dengan Shaklee, masa anak pertama dan anak kedua lahir, bacaan jaundice sangat tinggi sampai terpaksa warded.
Tapi Alhamdulillah selepas berkenalan dengan Shaklee dan amalkan Alfalfa masa hujung pregnancy anak ketiga, Alhamdulillah yang anak ketiga ni tak kuning
Yang bestnya, Alfalfa juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu. Jadi, bayi anda lebih cepat
DAN HASILNYA?
Alhamdulillah dapat lah result macam 2 orang kisah kawan saya dalam pantang bersama anak jaundice tadi.
# Testimoni 1
# Testimoni 2
Sorang anak jaundice terus turun kuning lepas 3 hari makan Alfalfa. Sorang lagi anak prolonged jaundice, dan Alhamdulillah lepas ibu ambil Alfalfa, jaundice anak turun
Ibu- ibu yang anak ada jaundice belum turun atau susah nak turun, jom lah dapatkan Alfalfa.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------